40 Minggu

Bapa Ini Kongsi Pengalaman Hadiri Kelas Antenatal Di Andorra. Cuma RM50/seorang, Serius Berbaloi!

663
SHARES

Sejak mula beroperasi Disember 2017 lalu, nama Hospital Wanita Dan Kanak-kanak Andorra kian meniti bibir para wanita yang bakal bergelar ibu. Dengan bangunan tersergam indah dan penataan dalaman yang ceria, hospital pertama di Malaysia yang berkonsep patuh syariah ini menjadi popular kerana dikatakan berjaya membangkitkan persekitaran yang damai untuk ibu bersalin. Pendek kata, macam duduk di hotel atau rumah sendiri – berbeza dengan persekitaran hospital yang biasa.

Dengan review meluas serta maklumbalas pengalaman bersalin yang positif daripada pelanggan, tak hairanlah ramai wanita berimpikan untuk melahirkan bayi di sini. Selain menyediakan perkhidmatan bersalin yang lengkap, pihak Andorra juga membuka kelas antenatal untuk orang ramai. Dalam kesempatan ini, kami bertuah kerana saudara Firdaus Khairi sudi berkongsikan pengalaman beliau yang cukup terperinci dalam kelas antenatal yang dihadirinya bersama isteri di hospital tersebut.

Mari ikuti perkongsian beliau selanjutnya di bawah.

Pengalaman Hadiri Kelas Antenatal Di Andorra. Cuma RM50/seorang, Serius Berbaloi!

InsyaAllah, ini kali keempat wife saya mengandung. Tapi ini jugalah kali pertama saya attend kelas antenatal. Saya nak seru sangat kepada bapa-bapa di luar sana. Kalau wife ajak pergi kelas antenatal, tolonglah pergi ataupun tempah kelas tu & ajak wife pergi.

Alhamdulillah, untuk saya lepas attend antenatal class di Andorra banyak ilmu yang saya dapat dan best sangat. Sebelum ini, saya baca pengalaman orang. Kali ini, alhamdulillah ada rezeki dapat rasa sendiri. Terus terang cakap, Alhamdulillah kami puas hati. Tak rugi. Ekstra berbaloi.

Kami hadiri kelas antenatal di Andorra pada 11 Februari 2018 sebab kelas untuk Januari dah penuh.

6 Sebab Saya Rasa Berbaloi Hadiri Kelas Antenatal Di Andorra

Biasanya pengetahuan tentang pregnancy ni, ibu-ibu je yang banyak ambil kisah. Betul? Sebenarnya, bapa-bapa pun wajib ambil tahu. Tak boleh lepas pada ibu-ibu saja. Sekurang-kurangnya, wife akan rasa adanya sokongan dari kita sebagai suami.

Seharian attend kelas antenatal ni, banyak ilmu yang saya dapat. Terlalu banyak. Sampai saya rasa punyalah naifnya saya ni. Saya cakap dekat wife, “Dulu kita takde ilmu kan..”. Wife saya senyum je tengok saya. Senyum semacam pulak tu.. Haishhhh…

Ok saya nak share apa yang best sangat kelas antenatal di Andorra ni. Ini apa yang saya rasa tau, orang lain saya tak tahu.

1. Yuran Terlajak Berbaloi

Untuk suami & isteri, yuran antenatal hanya RM100 SAHAJA. Maknanya satu kepala RM50. Ha, murah kan? Memang murah. Sangat-sangat murah untuk ilmu-ilmu dari pakar, makanan sedap-sedap dari team Chef Zubir (Masterchef), fasiliti yang superb & pengalaman yang awesome.

2. Layanan Ala Hotel First Class

Taknak over. Tapi kami rasa memang macam layanan hotel kelas pertama. Sampai-sampai saja, staf Andorra yang bertugas sambut dengan ramah, senyum tak pernah lekang. Daftar nama & ingat nombor untuk cabutan bertuah. Ada krew yang akan attend kita. Siap tolong tekankan butang lif & hantar sampai ke hall untuk kelas antenatal.

Kebetulan waktu naik lif, kami terserempak dengan CEO Andorra, Puan Zaila. Ceria, energetic, peramah & tak lokek senyum. Patutlah team Andorra pun bersemangat & peramah.

3. Makanan Super Sedap

Part makanan, Ya Rabbi… Sedap sangat-sangat. Team Chef Zubir yang masak, tentulah sedap. Super sedap. Haish… Masa tulis ni pun terliur tau bila teringat sedapnya lahai..

Ada dua kali makan, sarapan pagi & makan tengahari. Macam-macam ada dalam menu makanan tu. Makan ala-ala di hotel. Adik-adik dari team Chef Zubir ni pun senyum je waktu serve. Terima kasihlah adik-adik, layan baik-baik kami semua waktu tu. Senang hati kami nak makan. Nak tambah pun tak malu & segan.

4. Pengisian Hebat & Mantap

Mula dari pagi bersama Prof Muhaya, sampailah ke petang. Semuanya best. Rezeki sungguh dapat jumpa Prof Muhaya secara live. Saya dan wife dapat peluang jadi volunteer buat praktikal ilmu Prof. Dalam slot Holistic Parenting ni, Prof share tentang 5 Love Languages. Prof juga tekankan tentang kenapa kita perlu tahu fasa kehidupan. Bila dah tahu fasa kehidupan baru kita boleh set GPS kehidupan kita.

Second session by Dr Yulianty Ariffuddin. Salah seorang doktor O&G di Andorra juga. Topik serius, tapi gaya Dr Yuli sampaikan memang seronok. Apa expectation kita bila ibu-ibu dah masuk labor room. Persediaan & kefahaman tu penting. Jadi, kita boleh standby & taklah blur saja nanti bila wife dah nak bersalin.

Antara topik lain yang ada dalam kelas ni, ilmu penyusuan. Wajib jugak untuk bapa-bapa tahu. Setidak-tidaknya, kita boleh faham apa cabaran penyusuan badan yang isteri-isteri kita hadapi. Nanti kita sebagai suami akan lebih bersedia untuk bagi moral support pada isteri.

Ada beberapa lagi seisi lain dengan pihak sponsorship. Antaranya yang saya ingat dari Cyrocord, Anmum & Sebamed. Sesi terakhir kami belajar teknik bersalin dengan betul. Walaupun untuk kami kali ini bukan anak sulung, teknik bersalin dgn betul tetap kena tahu. Untuk yang tak tahu, wajib belajar. Ada juga diajar teknik pernafasan masa sakit contraction & cara meneran dengan betul.

Kenapa suami-suami kena tahu jugak teknik-teknik ni? Sebabnya bila wife sakit sangat masa contraction, ada kemungkinan wife kita akan terlupa teknik bernafas yang betul. Masa tu kita kena tunjuk hero, ingatkan isteri cara yang betul. Teknik yang betul dalam labor room boleh bantu wife kita manage sakit contraction & deliver baby secara natural & selamat, insyaAllah.

Jadi, nampakkan betapa pentingnya untuk husband and wife tahu ilmu-ilmu ni? Sekali lagi saya seru untuk para suami, ambil berat tentang kelas natenatal. Semampu yang boleh, cuba usaha untuk sertai dengan isteri.

5. Cabutan Bertuah & Goodie Bag

Habis sesi praktikal, ada sesi cabutan bertuah. Hadiah-hadiah untuk cabutan bertuah pula memang best. Siapa yang dapat tu memang kira bertuah habislah. Ada pam susu, steamer, set new born, car seat, baby stroller & banyak lagi. Lebih kurang 20 lebih hadiah-hadiah yang sangat menarik.

Kebarangkalian untuk menang pula sangat tinggi. Bayangkan peserta yang hadir lebih kurang 50 orang pasangan. Dari jumlah peserta tu, sebahagian akan dapat rezeki menang cabutan bertuah tu.

Tapi untuk yang tak dapat apa-apa hadiah cabutan bertuah, jangan sedih. Sebabnya Andorra akan bagi kita bekal goodie bag yang mana barangnya tak kurang hebat juga. Kalau dikira harganya, mungkin boleh cecah ratus ringgit.

6. Andorra Tour Visit

Akhir sekali, Puan Zaila CEO Andorra tawarkan kami untuk jalan-jalan untuk tengok fasiliti di Andorra. Kalau tak ada event macam ni, tak bolehlah suka-suka naik ya.

Kami semua masing-masing pusing Andorra – round bilik bersalin, jalan-jalan tengok wad 4 bedded, 2 bedded, 1 bedded, VIP suites & bilik nursery. Masa melawat bilik nursery tu kami tengok dari luar bilik kaca ada baby, comellah sangat masyaAllah.

Serba Sedikit Tentang Kelebihan Hospital Andorra

Apa yang saya perasan, antara kelebihan yang ada pada Andorra :

1. Wad Yang Amat Selesa

Sangat comfy & homey. Katil-katil bercadarkan cadar patchwork. Cantik & nampak selesa. Tujuannya nak bagi ibu-ibu rasa macam dekat rumah, bukan dekat hospital.

Paling best tentulah bilik satu katil (one bedded). Selain tak berkongsi dengan ibu-ibu yang lain, kita boleh bawa famili & anak-anak bermalam dekat situ. Bilik yang agak luas, selesa, ada TV & bilik air khas. Andorra memang galakkan famili stay sama-sama ibu untuk bagi support pada ibu-ibu yang dah bersalin ni.

2. Servis Untuk Ibu Bersalin

Di Andorra, servis yang ada sangat mesra ibu. Ibu-ibu yang dah bersalin, staf nurse akan uruskan sebaik mungkin. Sampai ada nurse yang akan uruskan untuk mandikan & siapkan ibu-ibu.

Tapi, kalau kita sebagai suami nak ambil tugas mandi & siapkan isteri kita, boleh aje. Lagi bagus.

3. Menu Berpantang Ala Hotel

Lepas bersalin, Andorra akan bagi pilihan untuk ibu-ibu pilih pakej menu yang semuanya sedap-sedap. Sekali lagi, team Chef Zubir yang akan sediakan semua menu-menu ni.

Kalau ada bapa-bapa ataupun famili yang teringin nak rasa menu ala hotel ni, ada food service yang Andorra sediakan. Menarikkan? Tak perlu ‘paw’ makanan isteri. Hehe.

4. Harga Promosi Yang Menarik

Andorra ada sediakan pakej terbaik. Tempoh hari ada promosi bagi yang menempah sebelum 28 Februari lalu.

Bermula dari RM2499 untuk bilik 4 orang. RM2699 untuk bilik 2 katil & RM2999 untuk bilik 1 katil. Perlu buat full payment. Andai kata tak jadi bersalin di Andorra, Andorra akan pulangkan semula wang kita.

Kalau nak tahu bila ada promosi lagi, kenalah selalu tengok laman web mereka.

5. Pakar O&G Wanita Yang Bertauliah

Yang ini sebenarnya paling penting. Sekarang memang hangat isu kelahiran yang selamat. InsyaAllah di Andorra, pakar-pakar O&G terdiri dari doktor-doktor yang berpengalaman. Dr. Khamsiah, Dr. Lily Fariza & Dr. Yulianty. Doktor-doktor ini yang akan bantu ibu-ibu masa nak bersalin nanti. Tak perlu risau tentang doktor lelaki. Sebabnya di Andorra, semua pakar-pakar terdiri dari doktor wanita.

Kalau nak bersalin di Andorra, syaratnya mesti attend check up sebanyak 2 kali.

6. Non Muslim Juga Dialu-alukan

Tak terhad untuk orang Islam sahaja. Kalau ada non-muslim yang nak cuba servis di Andorra, sangat-sangat dialukan. Waktu kami attend kelas antenatal ni pun, ada pasangan India yang hadir sama. Siap menang hadiah cabutan bertuah tempat pertama lagi.

7. Lain-lain

Sentiasa akan ada alunan bacaan AlQuran. Sangat tenang. Memang membantu ibu-ibu untuk urus emosi saat nak bersalin & selepas bersalin.

Perancangan akan datang, khabarnya Andorra bercadang nak buat servis untuk confinement. Yang ni khas untu ibu-ibu berpantang.

Terbaru, Andorra dah ada panel. Antara panel yang berdaftar dengan Andorra :

  • Amanah Raya Berhad
  • World Health Organisation
  • Staff of Selangor Government – via 3rd party SelCare
  • Pusat Pungutan Zakat – MAIWP

Hadiah Istimewa Buat Isteri

Untuk ibu-ibu yang berhajat nak bersalin di sini. Bolehlah share dengan suami masing-masing. Untuk suami-suami yang nak bagi hadiah terbaik untuk isteri, pakej bersalin di Andorra boleh masuk dalam senarai. At least bagi hadiah untuk isteri, kelas antenatal Andorra yang the best.

Jujurnya baru saya tahu betapa pentingnya kelas antenatal untuk persediaan fizikal dan emosi suami & isteri. Jarang saya tulis macam ni. Tapi sebab saya rasa informasi ini sangat berguna untuk pasangan suami isteri tahu, saya gagahkan tulis.

Cara Menempah Kelas Antenatal Di Hospital Andorra

Cara nak tempah kelas antenatal di sini senang saja. Caranya:

i. Survey tarikh kelas dibuka dan yang masih ada kekosongan.
ii. Email ke [email protected]. Buat karangan sikit, masukkan butiran kita & maklumkan yang kita nak booking kelas antenatal di Andorra. Beritahu sekali dah berapa minggu pregnant. Andorra akan bagi prioriti untuk ibu-ibu yang dah 28 minggu & ke atas.
iii. Dapat reply dari pihak Andorra.
iv. Buat bayaran RM100 untuk suami dan isteri. Maknanya satu kepala, RM50 saja. Murah sangat kan?
v. Dapat confirmation dari pihak Andorra. Tunggu masa & hari kejadian.

Tips: Kalau tak dapat reply dari pihak Andorra, cuba call 03-89661133 untuk follow up. Setidak-tidakya, pihak Andorra akan alert dengan email kita. InsyaAllah pihak Andorra sangat membantu.

Akhir kata dari saya, nak bersalin tak perlu cari doula. Cukuplah pergi ke Andorra.

 

*Perkongsian oleh saudara Firdaus Khairi ini disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh rujuk dan follow post asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×