Percutian

Pengalaman Saya Bercuti Ke Koh Samui Guna Jalan Darat. Puas Hati!

1.2K
SHARES
bercuti di koh samui

Antara destinasi yang mudah dilawati dan sering menjadi persinggahan orang Malaysia adalah negara jiran kita, Thailand. Berhampiran dengan sempadan, terdapat beberapa pulau yang popular, cantik dan bersih. Antaranya termasuklah Phi Phi Island, Koh Lipe, Koh Samui, serta banyak lagi tempat menarik di Krabi dan Phuket.

Selain menaiki kapal terbang, anda sebenarnya boleh sampai ke tempat tersebut hanya dengan menggunakan jalan darat. Jadi, tak semestinya kena tempah tiket awal-awal. Sebaliknya, bila-bila rasa nak pergi, boleh saja terus buat perancangan. Asalkan ada pasportlah ya.

Tapi, mesti ada yang tertaya-tanya juga, macam mana nak ke sana – naik apa, aktiviti apa, dan sebagainya. Jadi, jom ikuti perkongsian Cik Ummul semasa lawatan mereka ke sana bulan Mac yang lalu.

Pengalaman 5H4M Ke Hat Yai-Surat Thani-Koh Samui Guna Jalan Darat

Trip kali ini kami pergi berlima dari 17 Mac hingga 21 Mac 2018. Teringin nak rasa angin laut. Macam biasa, jalan darat jadi pilihan. Tren memang dah jadi pengangkutan wajib kalau ke Thailand.

Di sini nak kongsikan aktiviti kami beserta kos yang terlibat beserta beberapa tips supaya mudah jadi rujukan sesiapa yang nak ke sana nanti.

Hari Pertama: Padang Besar – Hat Yai

* KTM Komuter dari Anak Bukit ke Padang Besar. Harga tiket MYR 5.20/pax (40min)

* Sepatutnya naik train terus dari Padang Besar ke Hat Yai, tapi disebabkan masa menunggu agak lama untuk urusan pasport dan terpaksa beratur panjang, kami sepakat naik van terus ke Hat Yai. Tambang naik van dari Padang Besar ke Hatyai THB 150/pax (Boleh request nak turun dekat mana)

* Van memang sentiasa ada jadi tak perlu risau.

* Sampai ke Hat Yai kami check in WE HOSTEL HATYAI dengan rate THB 270/pax

* Aktiviti kami seterusnya ke Asean Night Bazaar untuk shopping (THB 350), foot massage (THB 350) dan naik tuk-tuk (THB 50/pax return). Sempat juga singgah 7e beli bekalan untuk breakfast, sebab dalam train esok memang tak disediakan makanan.

Asean Night Market

Asean Night Market

Hari Kedua: Hat Yai – Surat Thani – Koh Samui

* Esoknya kami gerak dari Hat Yai pukul 6.30 pagi dan sampai Surat Thani lebih kurnag pukul 2 petang. Train Hat Yai ke Surat Thani 3rd class berharga THB 55/pax (7 jam perjalanan).

* Tiket boleh beli terus di kaunter masa hari perjalanan. Kalau nak tengok details, boleh google ‘Thai Train Schedule’. Hari tu cuma ada tren kelas ketiga sahaja kalau nak bertolak pagi. Jadi tak ada pilihan terpaksa naik jugalah. Wajib bawa makanan dalam tren sebab perjalanan yang lama dan tiada makanan disediakan melainkan ada orang tempatan yang naik dan menjual atas tren. Tu yang tak yakin halal atau tak.

* Sampai Surat Thani terus keluar cari local bus. Boleh cakap dekat driver nak ke Phantip Travel. Tambangnya THB 20/pax.

* Sampai di Phantip Travel, terus beli tiket untuk ke Koh Samui. Seorang THB 400 (Untuk tambang bas dan feri termasuk transfer terus ke hotel)

* Pukul 3.30 petang, kami bertolak ke Terminal Feri Donsak dengan masa perjalanan lebih kurang 1 jam.

* Sesampainya ke Donsak, kami terus naik feri untuk ke Koh Samui. Masa perjalanan lebih kurang 1 jam 30 min. Dan di Koh Samui nanti ada driver van memang dah tunggu untuk hantar terus ke hotel. Jangan hilangkan resit ya.

* Kami check in Hotel Chaweng Park Place dengan rate THB 310/pax.

* Aktiviti sebelah malam, kami makan malam (THB 130) dan naik tuk-tuk ke Chaweng Walking Street dengan tambang THB 100/return.

Bertolak naik tren ke Koh Samui dengan tren.

Dalam tren 3rd class. Memang lama sikit, jadi sediakan hiburan dan makanan.

Feri ke Koh Samui

Hari Ketiga: Koh Samui

* Hari ketiga kami ke Angthong National Marine Park pada sebelah pagi. Banyak aktiviti kami buat termasuk snorkeling, hiking, kayaking dengan harga THB 1300/pax.

* Untuk aktiviti, boleh pilih nak guna speedboat atau bigboat. Sebab kami nak jimat, kami ambil pakej yang guna bigboat. Tetap selesa dan makanan memang disediakan sepanjang aktiviti. Yang penting, dijamin halal.

* Sebelah petangnya kami check-in ke Samui Beach Resort dengan rate THB 520/pax.

* Kami sewa motor untuk jalan-jalan di sana dengan harga THB 200/hari.

Puas hati jalan-jalan dengan motor yang kami sewa. Habis satu pulau kami pusing.

Coconut ice cream, antara benda wajib cuba di sini.

Kalau ke Thailand haruslah cuba pancake juga.

Hari Keempat: Koh Samui

* Esoknya kami sarapan (THB 100) kemudian bergerak ke Namuang Waterfall dan Fisherman Village. Selain jalan-jalan, di Fisherman Village ni, kita boleh shopping souvenir.

* Tengah hari pula kami check in di New Hut Bungalows dengan rate THB 180/pax.

* Kemudian keluar cari tiket balik ke Hat Yai di area Nathon. Tambang balik naik van THB 650 dan diorang akan datang pick-up terus dari hotel.

* Aktiviti lain macam biasalah, makan tengah hari (THB 100), shopping (THB 850), dan makan malam (THB 140).

Fisherman Village, Bhophut. Nak shopping souvenir boleh beli dekat sini. Setiap Jumaat ada night market.

Untuk tiket balik, boleh cari area Nathon. Banyak ejen untuk dipilih, daripada yang murah sampailah yang paling mahal.

Ini restoran yang selalu kami makan. Terletak betul-betul berhadapan Chaweng Park Place dan dari sini boleh jalan kaki ke Central Festival.

 

Hari Kelima: Koh Samui – Hat Yai – Padang Besar

* Hari terakhir ni kami check-out hotel awal pagi sebab van datang pick-up pukul 6 pagi.

* Dalam pukul 2.30 petang kami sampai ke Terminal Bas Hat Yai.

* Dari Hat Yai, kami naik minivan ke Padang Besar dengan tambang THB 50/pax.

* Last sekali, naik tren Padang Besar ke Anak Bukit MYR 5.20/pax.

Hotel

Sedikit review tentang beberapa hotel yang kami duduk sepanjang 5 hari perjalanan ini:

• WE HOSTEL, HATYAI
* area Lee Garden Plaza, jalan kaki je nak ke train station.
* bersih and host dia pun baik.
*rasa nak ber‘Thai massage’ boleh turun saja ke bawah hotel.

• CHAWENG PARK PLACE, KOH SAMUI
* area Chaweng.
* jalan kaki je kalau nak ke Central Festival.
* restoran halal depan hotel saja.
* host yang sangat sporting, kami sampai lewat and minta izin untuk mandi pool. Dia cakap tak kisah dan boleh mandi walaupun pool dah tutup.
* dalam bilik lengkap semua barang termasuk ada microwave.

• SAMUI BEACH RESORT LAMAI, KOH SAMUI
* beachfront
* area Lamai Beach, kira-kira 30 minit perjalanan dari Chaweng
* bilik super besar dan selesa.

Samui Beach Resort

• NEW HUT BUNGALOWS LAMAI, KOH SAMUI
* area Lamai Beach
* beachfront
* shared bathroom
* bilik memang sempit dan sesuai untuk tidur saja. Tak boleh nak lepak-lepak.

New Hut Bungalows

Dari dalam New Hut Bungalows

Nota Tambahan

  • Agak susah nak cari halal food sepanjang di Koh Samui. Kami hari-hari makan dekat kedai yang sama sampai tak tahu dah nak makan apa.
  • Kalau nak jimat masa boleh naik minivan dari Hat Yai terus ke Koh Samui. Kalau nak cepat lagi boleh terus naik kapal terbang sampai ke Surat Thani Airport.
  • Bagi yang nak nightlife yang happening, boleh menginap di area Chaweng. Macam-macam ada dan takkan boring.

Bajet Keseluruhan

  • Pengangkutan THB 1875
  • Hotel THB 1280
  • Makan THB 1535
  • Aktiviti THB 1480
  • Shopping THB 1275

JUMLAH KESELURUHAN: THB 7445 = MYR 936 untuk 5 hari 4 malam 

Wah, nampaknya berbaloi juga perjalanan ke sana dengan bajet yang sederhana. Kalau dibahagikan, lebih kurang RM200/hari. Oklah kan? Memang boleh sangat kalau nak berjimat lagi sebab inipun dah termasuk duit shopping mereka.

Semoga tips ini dapat memberi inspirasi dan panduan untuk anda pergi bercuti di sana.

 

*Tips dan pengalaman ini adalah berdasarkan penulisan oleh Cik Ummul Ummul. Ia disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×