Hebahan

Pencerahan Berganda untuk Kulit Sempurna Mencegah dan pudarkan bintik paling degil dengan KOSÉ INFINITY Perfective White XX

1
SHARES

INFINITY Perfective White XX 1

Kitaran pembentukan bintik hitam

Bintik-bintik hitam pada muka melalui kitaran yang menggelap dan merebak disebabkan oleh keradangan kulit kronik akibat faktor-faktor luaran seperti sinaran UV, pencemaran, tekanan dan peningkatan usia. Apabila ini berlaku, isyarat dirangsangkan, mengaktifkan melanosit, iaitu sel-sel untuk menghasilkan melanin.

Apabila kerosakan berlaku secara berterusan untuk suatu tempoh yang panjang, melanosit ini akan sentiasa diaktifkan kerana keradangan kronik. Ini menyebabkan melanin dihasilkan secara berlebihan, membesar dan menggelapkan bintik hitam pada kulit. Proses ini tidak kesudahan: bintik-bintik hitam yang wujud akan menjadi semakin gelap dan jelas, dan bintik-bintik baharu pula akan muncul pada kulit.

Vicious Cycle of Spots Development_BM

INFINITY Perfective White XX

Dengan adanya penyelidikan yang bertahun-tahunnya, KOSÉ berjaya mencipta satu produk yang boleh menamatkan kitaran ini. Bertindak secara aktif terhadap cela yang semakin gelap dan membesar apabila usia meningkat, INFINITY Perfective White XX adalah serum pencerah dwi-tindakan yang boleh membantu mencerahkan bintik-bintik degil dan mencegah bintik baru daripada terbentuk. Pada masa yang sama, ia juga mengandungi bahan-bahan anti-penuaan yang akan membantu kulit lebih cerah dan muda bagi mencapai kulit sempurna!

INFINITY Perfective White XX 2

Untuk mengekalkan keserian kulit, ia bukan sahaja penting untuk merawat kulit dengan bahan-bahan pencerah semula jadi, tetapi juga untuk mengelakkan kekasaran dan menghalang keradangan. INFINITY Perfective White XX mengandungi campuran bahan-bahan yang dipilih dengan teliti yang mensasarkan bintik-bintik hitam.

Bahan-bahan Oriental

Dua bahan aktif utama, Allantoin dan GL Kojic Acid, membaiki kulit bagi mengalami kerosakan sambil terus menangani kecelaan bermula dari punca masalah.

Allantoin: mengawal keradangan kulit untuk mengurangkan isyarat pengaktifan melanosit yang dihasilkan di dalam dermis dan epidermis, menjadikan kulit kurang terdedah kepada bintik degil. Ia juga membantu mewujudkan persekitaran yang menghalang ketidaksempurnaan pada kulit.

Asid GL Kojic: gabungan Kojic Acid dan Licorice Root Extract menembusi dengan mendalam ke kulit untuk bertindak secara langsung pada melanosit, iaitu penyebab tompok-tompok hitam. Penghasilan melanin kini terus terhalang.

Kesan pemutihan INFINITY Perfective White XX juga dipertingkatkan dengan tiga ekstrak semula jadi: Geranium Thunbergii Extract (mengurangkan keberkesanan isyarat yang mengaktifkan melanosit), Neem Leaf Extract dan Soy Extract (menghalang isyarat pengaktifan melanoit).

Walaupun dengan manfaat pemutihan intensif, INFINITY Perfective White XX adalah ringan dan menembusi kulit dengan mudah, tidak meninggalkan sebarang kesan tetapi kemasan sehalus baldu, mewujudkan keanjalan lembut yang dapat anda rasai.

Tips penggunaan

Tips penggunaan: Gunakan setiap pagi dan malam selepas kulit dibersihkan dengan losen. Pam kuantiti kecil ke atas tapak tangan dan sapukan dengan lembut pada kulit.

Dengan aroma lembut, KOSÉ INFINITY Perfective White XX boleh didapati pada harga RM395 / 40ml di semua kaunter Kose.

[box type=”info” align=”” class=”” width=””]Berkenaan KOSÉ Corporation

Sejak penubuhan syarikat pada tahun 1946, KOSÉ Corporation telah menjadi salah sebuah syarikat kecantikan yang paling inovatif. Bermula di Jepun, syarikat ini telah berkembang untuk mencapai berjuta-juta wanita di 17 buah negara di seluruh dunia, dengan 25 jenama teras, daripada jenama pilihan-diri yang boleh didapati di kedai-kedai ubat dan farmasi, hinggalah kepada jenama prestij dan prestij tinggi, yang didapati di kaunter dan di kedai-kedai di mana pelanggan dapat menikmati perkhidmatan dan rawatan penuh.

Di Malaysia, tiga jenama KOSÉ prestij yang boleh didapati, iaitu SEKKISEI, INIFINITY KOSÉ dan DECORTÉ.

Pada tahun 2000, syarikat ini telah disenaraikan dalam Bursa Saham Tokyo, ini merupakan satu pencapaian besar bagi sebuah syarikat kecantikan Jepun.

Selama beberapa dekad, KOSE Corporation telah bekerja keras untuk mencari esen kecantikan. Teras syarikat terletak pada penyelidikan inovatif, kualiti tinggi, reka bentuk yang selesa dan perkhidmatan yang unggul. Ia telah menghasilkan produk penjagaan kulit yang inovatif berdasarkan penyelidikan yang mendalam, dengan menggunakan gabungan alam semula jadi dan sains untuk memperoleh hasil yang sukar ditandingi.[/box]

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×