Hebahan

Peminat Tulang Rusuk, Jom Sertai Pertandingan di Tony Roma’s

29
SHARES

Peminat tegar daging, ini memang untuk anda. Anda bakal berpeluang menjadi juara di dalam pertandingan tahunan memakan tulang rusuk Tony Roma’s. Untuk pertama kalinya, Tony Roma’s yang terkenl dengan hidangan tulang rusuk dan stik, akan mengadakan pertandingan memakan tulang rusuk kambing biri-biri.

Peserta dari seluruh negara akan bertanding untuk hadiah hebat – Makan PERCUMA di Tony Roma’s untuk sepanjang tahun!

tr-ayre_9740

Dari 12 September sehingga 31 Oktober 2016, setiap pembelian Tony Roma’s Ribs Entrée di mana-mana sepuluh cawangan Tony Roma’s di Semenanjung Malaysia mendapat satu penyertaan. Pelanggan kemudiannya boleh mendaftar diri mereka untuk pertandingan tersebut dan hanya seorang pemenang akan berjaya.

Sepuluh pelanggan lelaki dan sepuluh pelanggan perempuan akan dipilih pada penghujung tempoh pertandingan bagi menyertai pusingan akhir pertandingan.

 

tr-ayre_8613

 

Mengenai Tony Roma’s

“Memberikan Pengalaman Hebat Kepada Ahli Pasukan Dan Pelanggan” merupakan misi syarikat Tony Roma’s, salah sebuah nama yang dikenali di dalam industri. Restoran untuk seisi keluarga, Tony Roma’s adalah tempat di mana anda boleh makan tulang rusuk dan stik BBQ yang hebat di 150 lokasi restoran di enam benua.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×