Hebahan

Ghostbusters Kini ‘Menghantui’ Sunway Lagoon

1
SHARES

Jangan takut jika anda menemui pelbagai lembaga menakutkan yang menghantui The Ghostbusters Adventure Live, Scream Park, Sunway Lagoon kerana anda perlu tahu “who to call’ dan seterusnya akan diselamatkan oleh Pemburu Hantu “Ghostbusters”!

image001

Ghostbusters Adventure Live, Tarikan Terbaru Sunway Lagoon

Itulah yang berlaku jika anda menyusuri The Ghostbusters Adventure Live, satu lagi tarikan terbaru di Sunway Lagoon dan satu-satunya tarikan bertema Ghostbuster di dunia.

Perjalanan menyusuri The Ghostbusters Adventure Live yang mengambil masa selama 20 minit ini bermula dengan Slimer pad, diikuti kediaman Rumah Agam Aldridge yang tertua di New York di mana di sinilah bermula cerita seram mengenai anak gadis pasangan Aldrige iaitu Gertrude Aldridge.

Kemudian pengunjung akan melalui stesen kereta api New York, Seward Street Station seterusnya keluar ke Restoran Cina Old Zhu yang menjadi ibu pejabat Ghostbuster. Dari situ, pengunjung akan melawat ruang bawah tanah yang menjadi tempat kurungan roh hantu jahat dan Hotel Mercado yang terletak di Times Square New York.

Foto Kredit: mb.com.ph

Filem terbaru Ghostbusters 2016. / Foto Kredit: mb.com.ph

Direka Khas Berdasarkan Filem The Ghostbusters Terbaru

Semua cabaran yang dilalui di The Ghostbusters Adventure Live adalah lokasi-lokasi yang terdapat dalam filem The Ghostbuster terbaru agar pengunjung dapat merasa seolah-olah berada dalam filem itu sendiri.

“Kami di Sunway Lagoon gembira dapat menghasilkan daya tarikan antarabangsa seperti Ghostbuster ini memandangkan kami memang sentiasa menghasilkan yang terbaik dan terbaru untuk pengunjung. Jadi kami mahu pengunjung rasai sendiri keunikan The Ghostbusters Adventure Live ini yang interaktif dan seronok”-Calvin Ho, Pengurus Kanan Sunway Theme Parks.

Dibuka Sekarang!

The Ghostbusters Adventure Live mula dibuka untuk orang ramai pada 14 Julai, dari pukul 11 pagi hingga 6 petang setiap hari. Hanya dengan RM150 bagi orang dewasa dan RM120 untuk kanak-kanak, pengunjung bukan sahaja boleh melawat tarikan terbaru ini, malah boleh menaiki lebih daripada 90 permainan di sini.

Untuk maklumat lanjut, who you gonna call? 03-5639000 atau www.sunwaylagoon.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×