Euforia Bola 2026
Percutian

“Tak Pernah Nampak Di Eropah!”- Pelancong Luar Kagum Airport Malaysia Bagi Payung Waktu Hujan

PELANCONG LUAR NEGARA

Sebuah perkongsian oleh seorang pelancong luar negara di aplikasi TikTok mencuri perhatian ramai apabila dia memuji layanan mesra yang diterimanya di lapangan terbang Malaysia.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @margitdob, pelancong tersebut kagum dan terharu apabila pihak lapangan terbang menyediakan payung untuk penumpang yang perlu berjalan ke pesawat semasa hujan.

Baca juga: Kena ‘Kacau’ Di Campsite Ketika Period, Jam 12 Malam Ada Bau Hanyir Darah & Tangan Sakit!

PELANCONG LUAR NEGARA PUJI TINDAKAN AIRPORT MALAYSIA

PELANCONG LUAR NEGARA

Menurutnya, pengalaman sebegitu jarang ditemui di negara-negara Eropah meskipun kebanyakan lapangan terbang di sana mempunyai sistem operasi yang baik.

“At the airport in Malaysia, they hand out umbrellas to passengers when it rains. I’ve never seen this in Europe. Well done, Malaysia,” pujinya.

Kata-kata penuh penghargaan itu menerima sambutan hangat, terutama daripada rakyat Malaysia yang berasa bangga dengan tahap layanan di pintu masuk utama negara.

Sikap prihatin kakitangan lapangan terbang untuk memastikan penumpang tidak basah kuyup ketika menuju ke pesawat bukan sahaja memudahkan pelancong, malah mencerminkan budaya Malaysia yang terkenal dengan nilai mesra, sopan dan membantu.

Walaupun kelihatan sebagai tindakan kecil, perkhidmatan seperti ini memberi keselesaan kepada penumpang yang mungkin membawa banyak beg, mengurus anak kecil atau sedang mengejar masa penerbangan.

PELANCONG LUAR NEGARA

Perkongsian tersebut menerima pelbagai komen positif daripada rakyat Malaysia serta pelancong luar yang pernah mengalami layanan sama. Ramai mengakui bahawa perkhidmatan kecil seperti ini membuatkan mereka berasa dihargai.

“Malaysia memang macam tu. Hujan sikit pun staf dah standby payung. Service tip top. Terima kasih sebab hargai layanan kami. Malaysia memang suka bantu orang walau tak diminta,” komen warganet.

Perkongsian seperti ini bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di mata pelancong luar, malah mengingatkan rakyat tempatan bahawa budaya hormat dan keprihatinan masih kukuh dalam masyarakat.

Walaupun hanya payung, tindakan itu cukup untuk membuat pelancong merasakan Malaysia sebagai sebuah negara yang  ramah, selamat dan menyenangkan untuk dikunjungi.

@margitdob

We all got umbrellas, no one cares about passengers like that in Europe. I will miss you Malaysia 🇲🇾 travel#podroze#malezja#asia#world

♬ original sound – TravelandbehappyMM

Baca juga: Jalan Simpang Pulai Ke Cameron Highlands Risiko Tanah Runtuh, Hati-Hati Bila Pergi Bercuti!

Sumber: TikTok Margitdob

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×