Euforia Bola 2026
Inspirasi

Hadapi Cabaran Emosi & Autisme Bukan Halangan, Nur Syahirah Raih 10A SPM 2025.. Hebat!

PELAJAR AUTISME

Seorang pelajar autisme membuktikan bahawa kekangan kesihatan bukan halangan untuk mencapai kecemerlangan apabila berjaya meraih keputusan 10A dan 1B dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, Nur Syahirah Syazwani Zailani, 18, menunjukkan peningkatan ketara apabila berjaya muncul antara calon terbaik, sekali gus memperbaiki pencapaian percubaan yang sebelum ini mencatat 7A, 1B dan 3C.

Baca juga: Bangga! 7 Anak Selebriti & Individu Berpengaruh Cemerlang SPM 2025, Bukti Didikan Berhasil

PELAJAR AUTISME RAIH 10A SPM 2025, HEBAT

PELAJAR AUTISME

Kredit: Autism Talent

Disahkan menghidap autisme pada usia 16 tahun, Nur Syahirah mengakui pernah berdepan cabaran dari segi emosi serta kesukaran dalam interaksi sosial.

Namun, dia memilih untuk menumpukan perhatian terhadap pelajaran dengan mengikuti kelas tambahan serta tuisyen secara dalam talian.

“Alhamdulillah, saya jadikan kekurangan ini sebagai kekuatan. Saya banyak habiskan masa mengulang kaji selama tiga hingga empat jam setiap hari.

“Selain itu, saya mengamalkan bacaan surah al-Mulk, al-Kahfi dan Yasin bagi menenangkan diri,” jelasnya.

Menurut Nur Syahirah, dia lebih selesa belajar dari rumah dan pernah melalui fasa sukar sehingga kurang berminat untuk hadir ke sekolah. Walau bagaimanapun, dorongan berterusan daripada keluarga menjadi faktor utama yang membantunya bangkit dan terus berusaha.

Anak bongsu itu kini menyimpan hasrat untuk melanjutkan pengajian dalam program asasi Teknologi Maklumat (IT) di institusi pengajian tinggi.

PELAJAR AUTISME

Kredit: Utusan

Sementara itu, ibunya, Maznah Kadir, 51, menyifatkan pencapaian tersebut sebagai sesuatu yang melangkaui jangkaan keluarga yang pada awalnya hanya menyasarkan sekitar 8A.

“Walaupun berdepan autisme, dia sangat berdisiplin dan tekun. Kami sentiasa pastikan dia tidak mengabaikan pelajaran,” katanya.

Maznah turut memaklumkan bahawa Nur Syahirah pernah melanjutkan pengajian di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai, namun mengambil keputusan untuk berhenti selepas empat bulan kerana kurang selesa dengan kehidupan berasrama.

Si ibu turut menambah, anaknya itu kini masih menjalani rawatan susulan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.

Baca juga: Ini 5 Idea Lengkap ‘Prompt’ AI Wajib Cuba Untuk Gambar Raya Lebih Cantik, Macam Photoshoot Profesional!

Sumber: Facebook Autism Talent & Utusan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×