Kenapalah jadi begini sehingga sanggup melanggar fitrah manusia dan melanggar hukum Allah SWT. Makhluk bernama lelaki telah telah ditetapkan untuk berpasangan bersama wanita dan bukan sebaliknya. Semoga kisah ini jadi pedoman buat pembaca.
Melalui laporan laman berita Kosmo hari ini, remuknya hati isteri tatkala mengetahui suaminya bernafsu songsang serta gemar melayari web lucah golongan sejenis, sehingga tidak bernafsu terhadap wanita tersebut.
Baca juga: Viral Lagu ‘Bodoh Piang’, Rupanya Lirik Parodi Dari Bahasa Rusia Ada Maksud Tak Elok!
KERAP MELAYARI WEB & MELAYANI MESEJ LUCAH
Kisah sedih itu diceritakan oleh peguam syarie, Nor Asyiqin Mohamad Sediqi menerusi hantaran pada Facebook berhubung suami kepada anak guamnya yang merupakan gay pernah ‘terkantoi’ melayan mesej lucah dengan lelaki lain.
“Perbualan lucah dengan lelaki tersebut bagaimanapun tidak diakui oleh suami dan dia cuma menegaskan ia berbentuk gurauan semata-mata.
“Isteri memaafkan perbuatan suami memandangkan dia berjanji tidak akan ulangi lagi. Sehinggalah ‘kantoi’ beberapa kali suami pernah masuk ke laman web lucah untuk lelaki bernafsu songsang.
“Bukan itu sahaja, suami masih aktif dengan akaun baharu mencari lelaki lain untuk berkongsi perkara intim. Sehingga kini anak sudah besar dan bersekolah, suami masih tidak berubah,” katanya.
KERANA ITU SI SUAMI ENGGAN MENYENTUH ISTERINYA LAGI
Tambah Asyiqin, lelaki itu juga telah beberapa tahun enggan menyentuh isterinya malah wanita itu sudah tawar hati untuk meneruskan perkahwinan dan tekad untuk berpisah.
“Disebabkan hal itu maka jelas ia syiqaq iaitu perkelahian dalam perkahwinan mereka itu sudah terang dan nyata. Ia berlaku apabila suami dan isteri tidak lagi menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam rumah tangga.
“Sebelum masuk ke lantikan hakam dalam kes cerai, mahkamah akan meneliti syiqaq dalam perkahwinan sama ada wajar diteruskan perceraian atau tidak. Sekiranya syiqaq itu terang dan nyata, maka terjadilah perceraian,” katanya.
Sumber: Kosmo