Kini Trending

Papar ‘Live’ Berpakaian Seperti Syaitan & Baca Mantera Di Tiktok, Mak Ayah Kena Pantau Anak-Anak!

1.7K
SHARES

Selari dengan perkembangan zaman teknologi yang moden, sudah ramai dalam kalangan kanak-kanak yang terdedah dengan budaya yang dipaparkan dalam media sosial. Pergi ke mana sahaja, semua kanak-kanak memegang telefon pintar dalam gengaman mereka. Mungkin ada yang terlepas pandang dengan kandungan video di laman media sosial yang sebenarnya berpotensi untuk mempengaruhi minda anak-anak ke jalan yang salah!

Sumber: Kenapa Kartun ‘Fast Paced’ Macam Cocomelon Tak Sesuai Untuk Anak? Rupanya Boleh Ketagih!

PAPAR LIVE BERPAKAIAN SEPERTI SYAITAN & BACA MANTERA

Baru-baru ini viral di laman media sosial Tiktok mengenai satu akaun memaparkan kandungan berbentuk syirik. Akaun Tiktok yang dikenali sebagai ‘WeAreTheCleansing’ tersebut memaparkan video live di mana seorang lelaki memakai pakaian seperti ‘syaitan’ dan memegang buku yang mempunyai bacaan mantera. Seram juga bila tengok video ini!

Apa yang merisaukan adalah, kandungan live sebegini boleh juga ditonton oleh kanak-kanak yang berpotensi untuk terpengaruh dan dirasuk oleh bacaan mantera tersebut. Bukan itu sahaja, ini menjadi pengaruh yang buruk untuk kanak-kanak yang mudah terpesong dan mempercayai amalan tersebut, tidak ketinggalan orang dewasa juga.

Be careful about your children coming across this person on TikTok. They are reading from what appears to be a satanic bible or a book of spells. They are chanting and there is chanting going on in the background. Curiosity can allow open doors of opportunity for your children to either become demon possessed or demon oppressed.

You may think your children can’t see this person. I hardly get on to TikTok much any more but what little I have I’ve seen this person at least 10 times. Your children may or may not be on TikTok for all the right reasons but this person can make them a victim of the demonic realm just by being curious. Please please please check your children’s social media! Or just keep them away from it!

Ada komen orang ramai yang mengatakan bahawa ini hanyalah video untuk mempromosikan satu kumpulan black metal dari United Kingdom, namun tidak pasti kesahihannya. Semoga ibu bapa yang telah membiasakan anak-anak dengan media sosial dapat memantau kandungan yang ditonton oleh mereka.

Sumber: Jim Mathis

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×