Asuh

Panduan Untuk Ibubapa Tentang Cara Membersih Dan Menyucikan Najis Anak, Berguna!

224
SHARES

Masih ada lagi dalam kalangan ibubapa yang keliru tentang cara untuk membersihkan najis bayi. Bukannya apa, kadang-kadang selalu fikirkan dari aspek kebersihan sahaja tetapi kurang menitikberatkan dari soal agama. Jadi, perkongsian ini sedikit-sebanyak dapat memberikan anda gambaran yang lebih jelas mengenai cara untuk membersih dan menyucikan najis anak-anak ya!

www.tommeetippee.us

Membersih & Menyucikan Najis Anak

Dalam pada para ibu teruja nak ajar anak potty train.. Jangan sehingga terlepas pandang bab menyucikan najis (air kencing/poo²) anak. Biasalah kes-kes ‘incident’ kecil masa potty train ni..pasti anak ada terlepas dan terbabas kat memana.. Tu tak termasuk kes diaper bocor atas tilam/karpet/sofa atau anak kencing malam.

www.mnn.com

Sebelum ni saya pernah kongsikan cara buat spray serbaguna menggunakan sabun dan larutan cuka. Spray ni juga sangat berkesan untuk hilangkan bau hancing (boleh rujuk post saya sebelum ni untuk sukatan). Alhamdulillah, lepas kering memang dah takde bau lagi.

Najis anak dikira najis mutawassitah iaitu najis pertengahan (kecuali air kencing anak lelaki bawah 2 tahun yang belum makan & hanya minum susu ibu je). Najis mutawassitah ni pula terbahagi kepada 2 iaitu yang boleh nampak (ainiah) & tak boleh nampak (hukmiah). Cara membersih & menyucikan najis berbeza bergantung pada kategorinya. Baru-baru ni saya dengar ceramah seorang ustazah mengenai penyucian najis anak. Alhamdulillah, cara ini juga yang saya gunakan selama ni. Saya kongsikan cara menyucikan najis ni terutamanya bagi ibu-ibu baru yang mungkin tak banyak pengalaman. Semoga dapat dimanfaatkan.

www.todaysparent.com

Cara sucikan najis yang boleh nampak (ainiah)

http://www.darussaadah.or.id/

Najis yang sedikit (percikan/tompokan najis & air kencing yang sedikit)

1. Buang najis.
2. Bersihkan hingga hilang warna, rasa & baunya. (boleh gunakan sabun+larutan cuka)
3. Tuangkan air ke atas tempat terkena najis sehingga rata.

Disunatkan:

4. Perah/keringkan air (lekapkan kain di atasnya atau gunakan vacuum jenis wet & dry).
5. Ulang basuh & keringkan (dengan kain berbeza/bahagian lain yang kering) sebanyak 3x.

Najis yang banyak & tempat terkena najis boleh diangkat

1. Buang najis.
2. Bersihkan hingga hilang warna, rasa & baunya. (boleh gunakan sabun+larutan cuka)
3. Basuh dengan mengalirkan/menjirus air hingga sebahagian air mengalir, menitis/menitik.

Disunatkan:

4. Membasuh dengan air sebanyak 3x.

Najis yang banyak & tempat terkena najis tidak boleh/sukar diangkat (contohnya seperti karpet yg mempunyai barang berat diatasnya, dll)

http://says.com/

1. Buang najis.
2. Bersihkan hingga hilang warna, rasa & baunya. (boleh gunakan sabun+larutan cuka)
3. Tuangkan air ke atas tempat terkena najis sehingga rata.
Disunatkan:
4. Perah/keringkan air (lekapkan kain di atasnya atau gunakan vacuum jenis wet & dry).
5. Ulang basuh & keringkan (dengan kain berbeza/bahagian lain yang kering) sebanyak 3x.

Cara sucikan najis yang tak boleh nampak (hukmiah)

http://www.ittefaq.com.bd/

Najis yang diyakini kewujudannya tetapi tak boleh nampak sifatnya tetap dikira najis secara hukum. Contohnya air kencing yang telah kering, najis yang terkena lantai namun tidak melekat (boleh jadi sebab najis keras/permukaan licin) ataupun tempat yang terkena najis telah hilang sifatnya (warna, rasa & bau) disebabkan terlalu lama terbiar. Jika tersentuh tempat terkena najis hukmiah ini ketika tangan basah boleh membatalkan wudhuk. Untuk menyucikan najis hukmiah, memadai hanya dengan

1. Menjiruskan air di tempat diyakini ada najis & kawasan sekitarnya.

Disunatkan:
2. Membasuh dengan air sebanyak 3x

www.webmd.com

Ni pulak menurut Ustaz Azhar Idrus-
*Jika selepas kering masih ada bau – dimaafkan dalam Islam kerana hanya tinggal 1 sifat (bau sahaja)
*Tempat terkena najis yang telah dicuci masih dikira najis ketika basah (membatalkan wudhuk jika tersentuh)
*Tempat terkena najis yang telah dicuci & kering, jika dipegang/disentuh walaupun ketika tangan/kaki basah adalah dimaafkan

Sumber: Yatie Eimra

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×