Advertorial

Panduan Mudah Untuk Mohon 6 Bulan Moratorium Bagi Mereka Yang Terjejas Dengan PKP 3.0

684
SHARES

Kesemua peminjam individu, perusahaan mikro serta PKS yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19 kini boleh memohon moratorium di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH). Para peminjam boleh memilih untuk menangguhkan bayaran pinjaman bagi tempoh 6 bulan.

Pihak bank juga menawarkan pakej bayaran balik pembiayaan yang lain seperti pengurangan bayaran bulanan buat peminjam. Kesemua permohonan untuk pakej-pakej ini adalah sangat mudah untuk dipohon tanpa memerlukan sebarang dokumen sokongan. Kelulusan juga akan diberikan secara automatik kepada pemohon.

Bantuan tersedia untuk semua lapisan masyarakat

Pakej ini adalah bantuan menyeluruh untuk semua golongan termasuk mereka yang sedang berada dalam program bantuan bayaran balik pinjaman dan sedang menjelaskan bayaran mengikut terma program tersebut.

Namun, buat peminjam yang mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman melebihi 3 bulan pula anda boleh juga menghubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan (AKPK) bagi mendapatkan nasihat kewangan secara percuma. Pihak mereka akan membantu anda untuk memilih bantuan bayaran balik pinjaman yang bersesuaian dengan situasi kewangan semasa.

Semudah manakah permohonan moratarium kali ini?

Di sini kami sertakan langkah-langkah mudah untuk anda jadikan panduan semasa membuat permohonan. Anda boleh buat permohonan sama ada melalui borang web, e-mel atau panggilan telefon. Jika anda perlu lebih maklumat sebelum membuat keputusan, layarilah laman sesawang bank anda. Sekiranya anda ingin mengunjungi cawangan bank anda semasa PKP, pastikan waktu operasi bank anda terlebih dahulu. 

 

Bagi mereka yang tidak menerima sebarang maklum balas daripada pihak bank atau tidak puas hati dengan bank mereka, boleh menghubungi BNMTELELINK atau isikan borang bnm.my/RAsurvey untuk membuat aduan.

Pengalaman peminjam membuat permohonan bantuan bayaran balik pinjaman

Kami tahu mungkin ada di antara peminjam berasa sangsi di atas penawaran moratorium oleh pihak bank dan merasakan permohonan masih leceh dan memerlukan pelbagai jenis dokumen. Tapi sebenarnya, proses permohonan moratorium di bawah pakej PEMULIH adalah sangat mudah kerana tidak perlu dokumen sokongan dan kelulusan adalah secara automatik. Keutamaan pihak bank ketika ini adalah untuk membantu seramai mungkin peminjam yang terkesan. 

Kami mahu kongsikan pengalaman Puan Nina sewaktu mendapatkan bantuan moratorium baru-baru ini. 

Puan Nina berkata, beliau membuat pemohonan moratorium melalui borang web yang ringkas dan tidak leceh. Yang menariknya, kelulusan telah diberikan melalui SMS pada hari yang sama permohonan dibuat dan beliau telah mendapat butiran ansuran bulanan yang baharu pada hari yang berikutnya.

Walaupun pengalaman peminjam mungkin berbeza dari bank ke bank, yang pastinya, peminjam perlu melengkapkan borang ringkas yang disediakan oleh bank dengan memberikan maklumat yang tepat. 

Kajian kami mendapati bahawa borang web permohonan memang ringkas. Peminjam hanya perlu isikan maklumat peribadi yang dikehendaki dan tandakan maklumat yang tersedia seperti dibawah. Yang paling best, tiada dokumen sokongan perlu dikemukan.

Puan Norfazlina, pengasas Fazs Faozi Enterprise & Fazbeauty juga berkongsi bagaimana pihak bank membantu perniagaan beliau yang terjejas akibat COVID-19.

Pesannya, supaya rakan PKS yang lain berjumpa pihak bank dan berunding. Pasti akan ada solusi dan jalan keluar yang boleh dicapai kedua-dua pihak dalam menyelesaikan masalah kewangan semasa peminjam. Bagi Puan Norfazlina, beliau telah mengambil keputusan untuk tidak mendapatkan bantuan moratorium seperti yang diumumkan baru-baru ini. Beliau merasakan beliau masih mempunyai kemampuan untuk meneruskan bayaran bulanan dan ingin menjelaskan hutang dengan bank secepat mungkin.


Macam mana pun, hutang tetap hutang dan perlu dibayar.

Hasil penyelidikan kami berkenaan bantuan yang diberikan di negara lain mendapati bahawa Malaysia ialah satu-satunya negara yang bermurah hati melaksanakan moratorium untuk semua peminjam yang terjejas. Ia juga mudah untuk dipohon demi manfaat kepada rakyat dan perniagaan di negara ini.

Peminjam juga harus memahami bahawa dengan mengambil bantuan bayaran balik pinjaman, faedah akan terus dikenakan ke atas jumlah bayaran ansuran tertangguh. Tetapi tiada faedah tersembunyi atau faedah terkompaun (faedah atas faedah) akan dikenakan ke atas faedah asal pinjaman yang sudah sedia ada.

Sekiranya anda memilih bayaran ansuran bulanan yang lebih rendah setiap bulan selepas moratorium, maka tempoh pinjaman anda akan dilanjutkan untuk jangka masa yang lebih panjang bagi menyelesaikan hutang tersebut.

Apa yang penting, dapatkan bantuan lebih awal. Jangan tunggu sehingga hutang menjadi tertunggak tinggi dan tak berbayar (default loan).

Lagi satu pesanan penting

Bagi mereka yang mendapat moratorium, apabila keadaan kewangan anda bertambah baik di masa depan, pergilah berbincang dengan bank untuk mengubah ansuran bulanan. Ini dapat membantu mengurangkan kos keseluruhan pinjaman dan membolehkan anda melunaskan pinjaman dengan lebih cepat.

Bagi yang mampu untuk meneruskan bayaran bulanan pula, mereka patut terus berbuat demikian. Tindakan ini akan memberi manfaat kepada mereka yang mampu berbuat demikian kerana tidak menambahkan kos keseluruhan pinjaman.

Yang telah berjaya mendapatkan moratorium atau pengurangan bayaran ansuran, gunakan lebihan wang tunai anda untuk belanja keperluan dan bukan untuk tujuan pelaburan. Melabur dalam unit trust menggunakan wang lebihan ini juga tidak berbaloi. 

Sekiranya anda berdepan sebarang kesukaran dalam memohon bantuan bayaran balik pinjaman, anda boleh membuat laporan di bnm.my/RAsurvey

Jika anda memerlukan panduan untuk memilih bantuan bayaran balik pinjaman atau ingin mengetahuai pilihan alternatif yang sesuai dengan keadaan kewangan anda, sila hubungi AKPK melalui services.akpk.org.my

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai bantuan bayaran balik pinjaman anda boleh klik di bnm.gov.my/RA.

Untuk memudahkan permohonan, kami sediakan senarai laman web permohonan moratorium seperti di bawah untuk anda:

  1. Moratorium 𝙈𝙖𝙮𝙗𝙖𝙣𝙠

https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/announcements/2020/March/announcement_financial_relief_scheme.page

  1. Moratorium 𝘽𝙖𝙣𝙠 𝙍𝙖𝙠𝙮𝙖𝙩

https://cv19-support.bankrakyat.com.my/

  1. Moratorium 𝘽𝙖𝙣𝙠 𝙄𝙨𝙡𝙖𝙢

https://vao.bankislam.com.my/ppb/

  1. Moratorium 𝘾𝙄𝙈𝘽

https://www.cimb.com.my/en/personal/help-support/covid-19-support.html

  1. Moratorium 𝘽𝙎𝙉

https://www.bsn.com.my/page/TRA?lang=ms-MY&csrt=2377079063855427836

  1. Moratorium 𝙋𝙪𝙗𝙡𝙞𝙘 𝘽𝙖𝙣𝙠

https://www.pbebank.com/Personal-Banking/Banking/Loan/Retail-Loans-Financing-COVID-19-Repayment-Assistan/Retail-Loans-Financing-COVID-19-Repayment-Assistan.aspx

  1. Moratorium 𝘼𝙢𝙗𝙖𝙣𝙠

https://www.ambank.com.my/eng/targeted-repayment-assistance

  1. Moratorium 𝙍𝙃𝘽

https://www.rhbgroup.com/en/TPA/index.html?utm_source=PWSPOPUP&utm_medium=PWSPOPUP&utm_campaign

  1. Moratorium 𝙎𝙈𝙀 𝘽𝙖𝙣𝙠

https://byb.smebank.com.my/fra/pemulih

  1. Moratorium 𝘼𝙜𝙧𝙤𝘽𝙖𝙣𝙠

https://pemulih.agrobank.com.my

  1. Moratorium 𝘼𝙛𝙛𝙞𝙣 𝘽𝙖𝙣𝙠

https://www.affinbank.com.my/Others/Financial-Assistance-Instalment-Relief-(FAIR)-Prog.aspx?lang=ms-MY

  1. Moratorium 𝘼𝙡𝙡𝙞𝙖𝙣𝙘𝙚 𝘽𝙖𝙣𝙠

https://www.alliancebank.com.my/?utm_source=announcement%20popup&utm_medium=direct&utm_campaign=Payment%20Relief%20Assistance&utm_content=pra%20banner

  1. Moratorium 𝙈𝘽𝙎𝘽

https://rnr.mbsbbank.com/payment_assistances/new

  1. Moratorium 𝙃𝙤𝙣𝙜 𝙇𝙚𝙤𝙣𝙜 𝘽𝙖𝙣𝙠

https://www.hlb.com.my/en/personal-banking/news-updates/hlb-payment-relief-assistance-plan.html

  1. Moratorium 𝘽𝙖𝙣𝙠 𝙈𝙪𝙖𝙢𝙖𝙡𝙖𝙩

https://map.muamalat.com.my/

  1. Moratorium 𝘾𝙞𝙩𝙞𝘽𝙖𝙣𝙠

https://www.citibank.com.my/english/forms/moratorium-restructure-V2/index.html

  1. Moratorium 𝙎𝙩𝙖𝙣𝙙𝙖𝙧𝙙 𝘾𝙝𝙖𝙧𝙩𝙚𝙧𝙚𝙙 𝘽𝙖𝙣𝙠

https://www.sc.com/my/important-information/covid-19

  1. Moratorium 𝘼𝙡 𝙍𝙖𝙟𝙝𝙞 𝘽𝙖𝙣𝙠

https://www.alrajhibank.com.my/page/financial-relief/financial-assistance

  1. Moratorium 𝙆𝙪𝙬𝙖𝙞𝙩 Finance House

https://www.kfh.com.my/malaysia/personal/announcements/KFH-RAP.html

  1. Moratorium 𝙐𝙊𝘽

https://www.uob.com.my/default/covid-updates/covid-relief-assistance.page

  1. Moratorium 𝙊𝘾𝘽𝘾

https://www.ocbc.com.my/personal-banking/Loans/moratorium/index.html

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×