Gula Kelapa adalah manisan natural yang terhasil dari pokok kelapa. Ia mempunyai pelbagai nama, mengikut jenis pokok yang dihasilkan. Antaranya gula melaka, gula kabong, manise, gula nipah, gula merah dan pelbagai lagi. Gula kelapa lebih sesuai untuk pesakit diabetis kerana mempunyai Indek GIisemik yang lebih rendah berbanding gula pasir dan madu.
Gula Kelapa mengandungi lebih banyak mineral seperti kalsium, potassium dan zat besi berbanding dgn gula pasir yang hampir tiada mineral. Ambil dalam kuantiti yang sederhana untuk mengelakkan rasa pahit kopi atau teh sahaja bukan untuk mendapat rasa manis.
Baca juga: 5 Teknik Atasi Masalah ‘Separation Anxiety’ Agar Ibu Bapa Tidak Mengalami Kemurungan
KEHEBATAN GULA KELAPA
Berikut merupakan kehebatan gula kelapa:
1. Jumlah elektrolit
Apa contoh elektrolit? Potassium, magnesium dan sodium. Penting untuk fungsi otot, saraf, organ dan sel sel.
2. Rendah GI
Hampir sama dengan GI gula yang ditemui dalam buah.
3. Anti oksida asli
Tidak diletak bahan kimia atau bahan tambahan lain. Nutrien dikekalkan dalam bentuk asal.
4. Ada inulin
Tiada dalam gula lain. Pastikan usus sihat. Gula dalam darah dikawal. Halang penyakit bahaya seperti kanser.
5. 100% bebas ‘bone-char’
Pernah dengar? Bone-char adalah sebatian tulang haiwan yang sering digunakan. Untuk putihkan gula dan kekalkan kehalusannya. Ni ramai tak tahu.
6. Non-GMO
Gula kelapa adalah 100 organik. Produk GMO banyak dikaitkan dengan masalah ketidaksuburan.
7. Kaya vitamin dan mineral
Tiada pada gula putih. Seperti asid amino, vitamin C, vitamin B. Gula kelapa senang ditukarkan kepada nisbah 1:1.
Sumber: Facebook DrRizal Abu Bakar