Mesti ramai dikalangan anda yang dah mula membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri, betul tak?
Selain membeli baju, kasut dan menyiapkan kuih-muih, pasti ramai dikalangan anda yang dah mula membersihkan rumah.
Biasalah, bila ada sambutan perayaan semestinya kita nak rumah kita bersih-sebersihnya.
Oleh itu, hari ini min nak perkenalkan kepada anda produk-produk pembersihan rumah keluaran Orita, yang berbaloi untuk anda cuba.
Orita lancar semula 3 produk juara mereka!
Ada banyak rangkaian produk Orita yang ditawarkan dipasaran.
Tapi ada 3 produk juara yang memang dapat rating tinggi di kalangan pengguna Orita.
Produk pembersihan tersebut adalah cecair lembut pembersih fabrik, cecair pembersih lantai dan cecair pembersih pinggan mangkuk.
Ketiga-tiga produk ini merupakan produk juara Orita. Memang best bila guna.
1. Cecair lembut pembersih fabrik.
Cecair lembut pembersih fabrik Orita diformulasi menggunakan bahan-bahan mesra alam.
Ianya sesuai digunakan pada fabrik yang memerlukan penjagaan tambahan seperti kain sutera, lace, pakaian berenda, pakaian dalam dan pelbagai lagi.
Cara penggunaannya pun mudah, sapu cecair lembut pembersih fabrik Orita pada pakaian, biarkan sebentar dan cuci.
Hasilnya, fabrik yang dibersihkan akan jadi lebih lembut, bersih tapi dalam masa yang anda dapat menjaga alam sekitar.
2. Cecair pembersih lantai.
Selain cecair lembut pembersih fabrik, pastikan korang cuba cecair pembersih lantai Orita.
Baunya lembut dan wangi.
Sesuai digunakan untuk permukaan lantai seperti mozek, vinil, seramik, granit, marmar, terazo dan parket, cubalah guna untuk sambutan hari raya nanti.
Confirm, bersih berkilat lantai rumah anda.
3. Cecair pembersih pinggan mangkuk.
Dapatkan juga cecair pembersih pinggan mangkuk Orita.
Cecair pembersih pinggan Orita menanggalkan kesan minyak dan kotoran pada permukaan pinggan, mangkuk dan periuk dengan mudah.
Paling best, cecair pembersih pinggan mangkuk Orita tidak meninggalkan bau yang kuat walaupun digunakan untuk membersihkan peralatan plastik.
Diformulasi dengan kadar kepekatan yang tinggi, hanya dengan sedikit cairan pembersih pinggan mangkuk Orita anda dapat membersihkan pinggan mangkuk dengan berkesan dan dalam masa yang sama menjimatkan kos.
Orita perkenal Gel Freshener & Car Clip!
Melangkah setapak lebih kehadapan, Orita kini memperkenalkan produk baharu keluaran mereka iaitu gel freshener dan clip car.
Kedua-dua produk ini di datangkan dengan 3 pilihan bauan lembut yang berbeza.
Bukan itu sahaja, wangian kedua-dua produk ini tahan lama sehingga 30 hari, selain dapat meneutralkan bau yang tidak menyenangkan dalam kenderaan atau pada ruang dalam rumah.
Gel freshener:
- Fresh Linen
- Tropical Breeze
- Morning Mist
Clip car:
- Lavender Oasis
- Floral Fantasy
- Fresh Linen
Kekal segar & wangi sepanjang perjalanan balik kampung raya nanti!
Banyak lagi produk Orita yang boleh anda cuba.
Ada banyak lagi sebenarnya produk-produk Orita yang menarik untuk anda cuba. Kesemuanya ada kelebihan tersendiri.
Berikut adalah senarai produk lain keluaran Orita yang anda boleh dapatkan di Watsons Malaysia.
Rumah tampil bersih dan wangi dengan Orita Aidilfitri ini! Dapatkan produk Orita di kedai Watsons seluruh negara atau beli secara dalam talian.