Famili

Orang Ramai Puji Sharifah Zarina Teman Anak Dara ‘Dating’, Siap Duduk Sebelah Meja!

120
SHARES

Bila sebut tentang ‘dating’ sahaja, sudah pasti ramai dalam kalangan kita yang selalu meminta izin ibu dan ayah dahulu sebelum keluar bersama kekasih hati bukan? Namun, ada yang positif dan ada juga yang negatif dalam memberikan keizinan kepada anak-anak untuk keluar bersama pasangan.

Berbeza pula dengan penyanyi Sharifah Zarina yang berkongsikan video di laman Tiktok apabila dia menemani anak daranya yang juga terkenal di laman Tiktok iaitu Athalia Deena Baswani, pergi ‘dating’ bersama kekasih. Sporting betul tu!

Baca juga: Cara Tukar Duit Raya Di Mesin ATM, Tak Sampai 10 Minit Dah Dapat Duit Baru!

ORANG RAMAI PUJI SHARIFAH ZARINA TEMAN ANAK DATING, SIAP DUDUK SEBELAH MEJA!

Mungkin ada dalam kalangan ibu bapa yang ‘strict’ dalam soal anak-anak bertemu dengan kekasih hati atau pergi ‘dating’, namun berbeza dengan Sharifah Zarina yang dilihat bersama dengan suaminya menemani anak mereka keluar berjanji temu dengan seorang lelaki di sebuah restoran.

Menerusi satu video di akaun Tiktok miliknya, penyanyi lagu ‘Langit Ketujuh’ itu dilihat berada di meja makan bersebelahan dengan meja Athalia yang merupakan anak gadisnya dengan rakan lelakinya itu. Walaupun hanya memerhatikan dari jauh tanpa banyak bercakap, penyanyi berkenaan sempat membuat mimik muka comel dalam rakaman berdurasi 13 saat tersebut.

@realsharifahzarina

🤷🏻‍♀️

♬ ily (i love you baby) – Surf Mesa

@officialathalia

Now its your turn🤪 #fyp #tiktokmalaysia #tiktokusa #trend

♬ original sound – Zaniya<3

‘SPORTINGNYA PARENTS!’

Athalia dan lelaki tersebut juga kelihatan selesa bersembang walaupun kedua ibu bapanya berada bersebelahan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji mereka kerana menjadi ibu bapa yang ‘sporting’. Ada juga yang sempat berkongsikan pengalaman ‘dating’ masing-masing, dan ada yang berseloroh pasti berasa janggal sekiranya dalam keadaan tersebut.

Sumber: Tiktok @officialathalia, @realsharifahzarina

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×