Peluang untuk melancong ke tempat orang memang jadi kegilaan semua orang. Bila kita dapat pergi tempat orang, banyak yang kita pelajari, terutama dari segi adat, budaya dan tempat-tempat menarik yang tak ada kat Malaysia. Lagi menarik dapat melancong tempat yang ada 4 musim. Admin berpeluang ke Korea pada musim luruh. Memang cantik pemandangan kat sana waktu musim luruh ni. Dapatlah admin cuci mata menikmati panorama yang cantik di Korea selama 4 hari 3 malam. Trip ke Korea ini telah ditaja sepenuhnya oleh pihak COWAY Malaysia.
Musim luruh (autumn) di Korea adalah musim yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat Korea. Selain suhu yang nyaman dan tidak terlalu sejuk, pemandangan di Korea lebih cantik berbanding ketika musim lain kerana pokok-pokok di Korea akan bertukar warna. Musim luruh di Korea adalah pada bulan September, October dan November.
COWAY Media Trip seramai 28 orang
Walaupun dalam kumpulan yang kecil tapi trip ni sangat padat dengan pelbagai aktiviti yang telah disediakan oleh pihak COWAY. Pastinya ada surprise yang bakal diberikan khas untuk orang Malaysia, nantikan!
Perjalanan kami ke Korea bermula pada 22 Oktober 2018 dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS). Perjalanan ini mengambil masa selama 6jam 28minit. Korea tunggu kedatangan kami!
Setibanya kami di Incheon International Airport, Seoul, kami disambut oleh pihak pemandu pelancong dari Korea yang akan memberi panduan perjalanan sepanjang berada di sana. Destinasi kami yang pertama adalah melawat Coway Research & Development (R&D), kami diberi penerangan khas mengenai produk terbaru yang bakal dilancarkan di Malaysia tak lama lagi.
COWAY Research & Development (R&D)
Sewaktu lawatan di Research & Development (R&D), kami berpeluang berjumpa dengan orang-orang penting disebalik COWAY. Kami dibawa melihat bagaimana proses-proses untuk menghasilkan barangan COWAY dilakukan. Memang suatu pengalaman yang berharga. Bukan senang nak dapat peluang macam ni!
Memang tak dinafikan kehebatan produk COWAY yang kini semakin dikenali ramai. COWAY juga telah diiktiraf sebagai ‘World-class design center’ sejak tahun 2008. Meskipun baru saja menembusi pasaran Malaysia, namun produk ini telah berjaya memikat hati ramai orang Malaysia.
Untuk tahun ini, COWAY bakal menghasilkan satu lagi produk penapis air khas untuk pasaran Malaysia. Disebabkan Malaysia dikelilingi dengan laut dan pulau, mereka namakan produk terbaru ni dengan nama ‘Ombak’. Amboi, bertuah sungguh orang-orang Malaysia siap ada produk COWAY khas lagi. Produk ini bakal dilancarkan pada 7 November.
Menariknya, OMBAK mempunyai butang khas untuk suhu air, jadi korang dah tak perlu bersusah payah nak campurkan air panas dan sejuk secara manual lagi lepas ni. Mudahkan!
‘OMBAK’ bakal melanda Malaysia November ini
Bila dah datang Korea, tak sah kalau tak cuba makanan tempatan mereka. Menu yang popular di Korea antarnya adalah kimchi, pancake telur dan sup herba. Apa yang menarik, kami semua dibawa ke restoran khas yang menyajikan makanan tempatan di sini, agak terkejut bila kami sampai, makanan dah terhidang dan sangat banyak.
Perut pun dah kenyang, kami sambung semula perjalanan ke tempat seterusnya iaitu COWAY Care Station. Di sini kami dibei penerangan tentang produk COWAY termasuk OMBAK. Selain itu kami juga diberi peluang untuk mencuba produk yang ada di situ.
Dah penat seharian berjalan, masanya untuk check-in di Four-Point by Sheraton. Menariknya, hotel ni berdekatan dengan stesen tren Seoul dan juga LOTTE yang merupakan tempat membeli-belah duty-free. Kalau nak sambung berjalan, bolehlah explore tempat menarik kat Seoul.
Four Points by Sheraton Seoul, Namsan
Seoul Station & Lotte Mart
Lawatan Ke Kilang Yugu
Perjalanan ke kilang Yugu mengambil masa selama 2jam 30minit, dalam perjalanan, kami sempat singgah di hentian rehat Jeongan Albam, Gongju. Sambil menunggu yang lain, sempat jugalah ambil gambar sebagai kenangan, walaupun hanya sekadar tempat hentian rehat, tapi pemandangan di situ cukup cantik.
Sebelum memulakan tour di kilang Yugu, kami diberi sedikit taklimat dan pengenalan orang-orang disebalik kilang Yugu ini. Seperti yang diberitahu, COWAY mempunyai 3 buah kilang dan setiap kilang menghasillkan produk yang berlainan. Di kilang Yugu, mereka menghasilkan produk penapis air termasuklah ‘Ombak’ dan penapis udara.
Malam di Dongdaemun, Seoul!
Dah seharian kita buat lawatan di kilang Yugu, sekarang nak pergi cuci mata dan cari ole-ole untuk bawa balik Malaysia. Antara tempat yang korang boleh explore pada waktu malam kat Seoul ni adalah di Dongdaemun. Kat sini la lubuk di mana para pemborong bergerak aktif untuk mendapatkan stock barangan untuk berniaga. Antara barang yang boleh korang shopping kat sini adalah kasut, baju, bag tangan, stokin dan banyak lagi.
Waktu admin pergi ni, semua peniaga dah mula keluarkan stock baju untuk musim sejuk, jadinya tak berpeluang nak beli baju yang sesuai dengan cuaca kat Malaysia. Apapun admin kagum dengan orang Korea ni sebab mereka memang aktif tak kira siang atau malam. Sangat produktif!
Jom Belajar Main Drum
Hari ketiga, kami berpeluang untuk belajar bermain drum. Bunyi macam senangkan. Memandangkan tempat tu agak kecik, kami dibahgi kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama akan belajar baling pinggan pada lubang markah yang disediakan. Seterusnya, barulah dapat ketuk-ketuk drum. Ketuk drum dengan ikut rentak lagu Gangnam style….mampu! Pada korang yang datang Korea, jangan lupa untuk pergi Nanta Class Drum ni, memang rugi kalau tak cuba!
Dah penat ketuk-ketuk drum, kami dibawa pula ke Chyeonggyecheon Stream, antara tempat tarikan pelancongan yang wajib pergi. Menariknya di sini, korang dapat tengok macam mana orang Korea boleh jadikan sebuah saliran sebagai tempat pelancongan dengan dihiasi bunga dan arkitektur yang unik serta air yang jernih yang mana boleh dijadikan tempat lepak.
Cheonggyecheon Stream
COWAY Farewell Dinner
Malam terakhir di Korea, kami sekali lagi dibawa ke sebuah restoran khas sebagai tanda penghargaan untuk meraikan media yang turut serta dalam lawatan ini. Selain dijamu dengan makanan tempatan, kami diberi peluang untuk menyarung pakaian tradisional orang Korea yang dipanggil Hanbok.
Terima kasih kepada pihak COWAY kerana memberi peluang yang terindah untuk kami semua. Bukan mudah nak dapat peluang macam ni tau, selain melawat kilang & pusat research & development COWAY, kami juga dibawa melawat beberapa tempat pelancongan di Korea. Walaupun trip yang singkat, tapi dah cukup bermakna untuk kami semua jadikan memori yang tak dapat dilupakan.
Paling penting, korang semua nantikan kemunculan OMBAk di Malaysia pada November ini!!!