Famili

Nikmati Pelepasan Taksiran Cukai 2021 Dengan Menyimpan Di Simpan SSPN Sebelum Hujung Tahun Ini!

80
SHARES

Simpan SSPN (Simpanan Pendidikan Nasional) merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang  diwujudkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi.

Bagi anda yang ingin fokus simpanan untuk pendidikan anak-anak di masa hadapan, cara ini boleh dilakukan sebagai salah satu alternatif yang baik.

Haa…cakap tentang simpanan, salah satu keistimewaannya anda boleh nikmati pelepasan taksiran cukai tahun semasa jika anda menyimpan di Simpan SSPN ini tau! Nak tahu lebih lanjut, teruskan membaca ya…

Pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000.00 bagi pendeposit Simpan SSPN

Selaras dengan penjenamaan PTPTN, Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus, kedua-dua produk simpanan PTPTN ini menawarkan pelepasan taksiran cukai pendapatan maksimum sehingga RM8,000.00 bagi simpanan bersih tahun semasa di dalam Simpan SSPN.

Lebih istimewanya, ibu bapa yang membuat simpanan di dalam Simpan SSPN Plus layak menerima pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM11,000 iaitu sebanyak RM8,000 bagi simpanan bersih di dalam Simpan SSPN Plus dan RM3,000 bagi caruman takaful.

Bagi pendeposit yang memilih skim pencen pula layak menikmati pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM15,000 iaitu sebanyak RM8,000 bagi simpanan bersih dalam Simpan SSPN Plus dan RM7,000 bagi caruman takaful.

Ibu bapa kandung, ibu bapa angkat, ibu bapa tiri yang membuka akaun atau menambah simpanan di Simpan SSPN untuk anak iaitu penerima manfaat layak untuk memohon. Selain itu, pelepasan ini juga dikira berdasarkan jumlah simpanan bersih tahun semasa.

Ini antara langkah bagi membuat penambahan simpanan untuk mendapatkan pelepasan taksiran cukai tahun 2021

Ada yang masih tertanya-tanya, bagaimana untuk membuat pembukaan atau penambahan simpanan bagi melayakkan anda mendapat keistimewaan pelepasan taksiran cukai? Caranya mudah saja, iaitu:

  • Secara dalam talian – Pendeposit boleh membuat penambahan atau buka akaun baharu (jika belum ada akaun) secara dalam talian di www.lovesspn.com.
  • Melalui kaunter PTPTN – Pendeposit akaun Simpan SSPN juga boleh membuat penambahan deposit dan pembukaan akaun di kaunter PTPTN atau melalui Eksekutif Pemasaran PTPTN.
  • Saluran Bank Terpilih – Pembukaan akaun Simpan SSPN Prime juga  boleh dibuat di mana-mana kaunter ejen bank yang terpilih.
  • Saluran – saluran yang lain boleh terus klik pada link berikut:
  • 1) Simpan SSPN Plus
  • 2) Simpan SSPN Prime

Bukan itu saja, dengan menyimpan di Simpan SSPN Plus, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik dengan menyertai Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN Plus 2021

Haa..selain dari menerima faedah pelepasan cukai tersebut, anda juga berpeluang untuk menyertai  Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN Plus 2021 jika anda menyimpan dengan Simpan SSPN Plus ini.

Cabutan ini dikhususkan kepada pendeposit Simpan SSPN Plus yang membuka akaun atau membuat penambahan simpanan di dalam tempoh kempen ini iaitu bermula dari 1 September 2021 hingga 31 Disember 2021.

Paling penting, anda perlu mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh mereka. Antaranya adalah:

  1. Kempen ini terbuka kepada pendeposit Simpan SSPN Plus yang membuka akaun atau membuat penambahan simpanan dalam tempoh kempen tersebut berlangsung sahaja.
  2. Ia tidak layak untuk disertai oleh kakitangan PTPTN dan kakitangan panel pengendali takaful seperti Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT), Great Eastern Takaful Berhad (GETB) dan Takaful Ikhlas Family Berhad (TIFB) atau ahli keluarga termasuklah pasangan dan anak-anak.
  3. Selain itu, anda juga perlu memastikan akaun anda tiada sebarang tunggakan dan kekal aktif sehingga  tarikh cabutan.
  4. Akhir sekali, bilangan cabutan yang dibuat adalah berdasarkan kepada setiap simpanan bersih RM50 iaitu simpanan & takaful bagi melayakkan anda mendapat 1 cabutan.

Paling menarik, dengan Cabutan WOW! Simpan SSPN Plus 2021 ini, anda berpeluang untuk memenangi hadiah lumayan bernilai hampir RM320,000!

Pemenang utama, anda akan menerima Gold Bar yang bernilai RM150,000 tau! Bagi pemenang kedua, kereta berjenama Perodua Bezza 1.3 AV akan menjadi milik anda manakala pemenang ketiga pula akan menerima perkasas dapur canggih iaitu Thermomix. Wow! Menarikkan…

Bukan itu saja, seramai 215 orang pemenang saguhati juga akan menerima tunai bernilai RM221. Wahh! Seronok kan? Kalau macam tu, jangan lepaskan peluang ini dan jangan lupa untuk membuat penambahan simpanan  sebelum akhir tahun ini ya..

Jom simpan dengan Simpan SSPN & nikmati pelbagai lagi keistimewaan!

Jadi, anda tunggu apa lagi tu? Jangan lupa untuk membuka akaun dan membuat penambahan simpanan Simpan SSPN anda hari ini dan nikmati pelepasan taksiran cukai 2021 dan pelbagai lagi keistimewaan dan manfaat dari Simpan SSPN.

Disamping membudayakan tabiat menabung dalam kalangan warganegara Malaysia bagi tujuan pendidikan secara tidak langsung dapat mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman.

Selain daripada itu, ibu bapa perlu mempunyai perancangan kewangan sejak awal lagi agar usaha menimba ilmu ke peringkat pendidikan tinggi terhenti disebabkan oleh masalah kewangan sekaligus memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang sempurna.

Untuk keterangan lanjut, anda boleh layari laman web INI. 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×