makanan

Nikmati Kelazatan Aiskrim Terbaru Wall’s Dengan Karakter LINE FRIENDS Yang Comel Ini Sekarang!

1.1K
SHARES

Aiskrim sandwich berwajah baharu dengan kerjasama antara Wall’s dan Global Creative Studio, LINE FRIENDS, merupakan salah satu gabungan kreatif yang telah dihasilkan oleh mereka.

Dengan rupa dan karakter yang menarik, comel dan semestinya sangat kreatif ini akan menceriakan hari anda dikala anda menikmatinya. Jadi, nak tahu  apa lagi yang menarik tentang aiskrim ini?Jom kita tengok!

Pelbagai emoticon yang berbeza

Untuk pengetahun anda, aiskrim ini telah direka dan dicetak dengan pelbagai emoticon yang berbeza tau. Ia terdiri daripada empat watak LINE FRIENDS yang mempamerkan karakter masing masing. Antaranya adalah:

  1. HEARTY FRIEND, BROWN
  2. CHEERFUL FRIEND, CONY
  3. ADORABLE CHICK, SALLY
  4. LOVELY FASHIONISTA, CHOCO

Wah! Menarik kan? Jadi kalau anda berminat nak dapatkan keempat empat karakter tersebut, jangan lupa untuk beli sebanyak yang mungkin Aiskrim Sandwich Edisi Khas LINE FRIENDS dari Wall’s ni ya!

Mempunyai dua perisa dalam satu aiskrim

Paling best, Aiskrim Sandwich Edisi Khas LINE FRIENDS ini juga didatangkan dengan dua perisa berbeza, iaitu perisa vanilla dan juga coklat. Jadi bila dah makan tu, rasa dia bersatu je dalam mulut anda.

Tekstur biskutnya pula sangat lembut dan lembap tetapi masih sejuk di dalam. Yang pastinya memang lazat lah untuk dijadikan snek makanan anda pada bila bila masa saja. Harga nya pun tidak lah mahal, cuma RM2.00 sahaja. Berbaloi lah kan?

Tunggu apa lagi? Jom dapatkan Ais Krim Wall Edisi Khas Ini Sekarang!

Ha…kepada peminat aiskrim semua, tunggu apa lagi tu? Jom lah dapatkan segera Aiskrim Sandwich Edisi Khas LINE FRIENDS ini di ( To be updated with where to buy the ice cream).

Kalau anda nak tahu lebih lanjut lagi tentang aiskrim ini, boleh layari laman web mereka sekarang ya! (link to be inserted)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×