Seorang nelayan hampir maut tercekik seekor ikan puyu yang melompat keluar dari air dan terus masuk ke mulutnya dalam satu kejadian di Thailand baru-baru ini, lapor Mirror.
Mangsa bergegas ke Hospital Wilayah Patthalung untuk mendapatkan bantuan kecemasan daripada pihak perubatan dan doktor terkejut apabila nelayan itu memberitahu perkara sebenar.
Baca juga: Budak Darjah 3 Menangis Kena Ejek Hitam Dalam Group Whatsapp
NELAYAN HAMPIR MAUT GARA-GARA TERCEKIK IKAN PUYU
Menerusi imbasan x-ray mendapati ikan berduri sepanjang lima inci tersekat di keronkong mangsa dan pasukan medik, dua doktor dibantu tiga jururawat, berjaya mengeluarkan ikan sepanjang 5 inci itu menerusi pembedahan selama satu jam.
Pegawai hospital Sermsri Pathompanichrat berkata, mereka berjaya melakukan tindakan kecemasan menyelamatkan mangsa terbabit.
“Doktor kami bekerja keras untuk meminimumkan kerosakan pada organ pesakit kami. Mereka telah berjaya menyelamatkan pesakit itu.” jelasnya.
Walaubagaimanapun, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian tekak dan kerosakan kronik akibat terhiris dengan ketajaman sirip keras ikan puyu tersebut.
Jelas lelaki itu, ketika dia sedang menghirup udara secara tiba-tiba ikan puyu melompat keluar dari air dan terus masuk ke dalam mulut serta kerongkongnya.
Ketika kejadian itu berlaku orang ramai di sekeliling melihat mangsa tercungap-cungap sambil memegang kerongkong sebelum dia dikejarkan ke hospital untuk tindakan kecemasan.
Sumber: Mirror UK