Satu perkongsian pengguna Twitter dikenali Miya Wong menarik perhatian ramai apabila dia menceritakan anak saudaranya berusia sembilan tahun dipercayai menjadi mangsa buli.
Menerusi perkongsian tangkap layar itu, perbualan tersebut dilihat beberapa pelajar lain melemparkan kata-kata kesat walaupun baru sahaja berusia sembilan tahun.
Baca juga: Suami Penggal Kepala Isteri Guna Pisau Potong Daging Hingga Putus
BUDAK DARJAH 3 MENANGIS KENA EJEK HITAM
Jelas Miya juga, anak saudaranya pulang ke rumah dalam keadaan menangis kerana kecewa dimarahi oleh gurunya kerana membuat laporan dibuli tetapi hanya dibalas dengan sindiran sinis.
Lepas tu macam biasa la cikgu downplay benda ni. Cakap ala budak-budak biasa la. Parents cakap budak tu belajar cakap mcmtu daripada TikTok.
Antara sebab kenapa kita kena delay selama mungkin utk bagi anak fon sendiri.
This is a conversation from my 9 yo niece's whatsapp group chat. She got bullied by her classmate. 😡 👇
#cyberbully #speechless #toxic pic.twitter.com/LuexxSPs3D— Miya Wong (@meowonges) May 31, 2022
Anak sedara aku balik-balik terus nangis sebab cikgu marah dia. Marah sebab dia mengadu yang dia kene buli. Kena marah eh. Cikgu siap cakap nak cili mulut anak sedara aku ni.
Ibu kepada anak saudaranya itu sempat menghantar mesej kepada ibu yang dipercayai membuli namun maklum balas yang diterima agak mengecewakan.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial menyifatkan kanak-kanak sekarang lebih ‘ganas’ daripada dahulu dan sehingga artikel ini ditulis perkongsian tersebut telah mendapat 10.7 retweet.
Sumber: Twitter Miya Wong