Dapur

Ada Kari Sotong, Kuah Kicap & Ayam Berempah, Ini Resepi Satu Set ‘Nasi Kandaq’ Ala Deen Maju

52
SHARES

Buat anda yang pernah berkunjung ke negeri Pulau Pinang, tidak sah kalau tidak pernah menjamah nasi kandar di sana bukan? Mempunyai rasa yang memang kaw, antara pilihan nasi kandar Penang adalah di Restoran Nasi Kandar Deen Maju. Tetapi, setiap kali pergi, panjang sungguh barisan beratur untuk masuk ke dalam kedai!

Jadi, buat anda yang memang teringin nak makan nasi kandar macam di Deen Maju tetapi atas faktor jarak yang jauh dan malas untuk beratur, apa kata anda masak sendiri satu set hidangan lengkap macam apa yang anda boleh dapat di restoran nasi kandar tersebut. Memang sedap!

RESEPI HIDANGAN LENGKAP NASI KANDAR MACAM DEEN MAJU

Siapa yang pernah makan Nasi Kandar Deen Maju pasti akan teringat-ingat penangannya kan. Setahun yang lepas makan Nasi Kandar Deen Maju memang teringat-ingat sampai ke hari ni. Disebabkan dah makin kuat teringat musim-musim PKP ni, kita kaji dan selidik sampai jadi Nasi Kandar ala Deen Maju.

Alhamdulillah suami puji melangit. Sama rasa katanya. Hehe. Nahh kita kongsi resepi Nasi Kandar ala Deen Maju cara saya.

Bahan-bahan Kari Sotong

1 biji Bawang besar hiris memanjang

4 biji bawang putih hiris

Seinci halia hiris

Seinci kunyit hidup hiris

Daun kari dua kayu

Sup bunjut

1. Tumiskan bahan-bahan tadi sehingga naik bau.

2.Masukkan bancuhan serbuk kari daging Babas. Sukatan: 3/4 cawan dan dibancuh dengan air sehingga pekat.

3.Selepas pecah minyak, masukkan sedikit air.

4.Masukkan sotong dan tambahkan 2 cawan air sehingga mendidih dan masak. Lpastu baru masukkan sekeping asam keping. Jangan masukkan asam keping awal nanti boleh buat sotong jadi liat.

5.Masukkan sayur kegemaran seperti terung dan lain-lain. Cili optional. Bagi yang suka pedas, boleh letak, begitulah sebaliknya.

6. Masukkan terung dan cili api terlebih dahulu.

7.Last sekali masukkan tomato dan biarkan kari pekat dan perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa. Biarkan pekat mengikut citarasa masing-masing.

8. Siap!

Resepi Kuah Kicap Pekat ala Deen Maju

Bahan-bahan kisar yang ditumis:

8-10 tangkai cili kering.

Satu biji bawang besar.

4 biji bawang putih.

Kisar sehingga betul halus, kemudian tumiskan. Kemudian masukkan 1/2 cawan air.

1.Apabila pecah minyak, masukkan bawang besar hiris.

2.Cili api optional bagi peminat pedas.

3.Masukkan kicap maniss sehingga warnanya cantik.Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa.Kuah kicap ni mesti rasa manis yang seimbang baruu nikmat. Boleh juga buat ayam masak kicap style ni. Tapi saya tak bubuh ayam sebab dah buat ayam goreng mamak.

4. Kejadian kuah kicap yang melengkapi rasa Nasi Kandar.

Resepi Ayam Goreng Mamak

1. Perapkan ayam dengan bahan kisar halia+bawang putih+satu sudu teh garam.Perapkan sekurangnya 30 minit.

2. Apabila hendak mula memasak, masukkan bahan-bahan lain.

-Serbuk kunyit 3 sudu

-Serbuk kari 3 sudu

-Serbuk cili 3 sudu

-2 sudu gula

-Dan serbuk pasti sedap knorr

Jangan perapkan sekali kerana boleh buat ayam rasa pahit

3. Letak daun kari. Lagi banyak. Lagi harummm

4.Apabila minyak mula dipanaskan, baru masukkan satu senduk kecil tepung beras dan dilumur kepada ayam.

5.Kejadian setelah ayam dilumur dengan bahan-bahan tersebut.

6. Gorengkan dengan minyak yang banyak, pastikan minyak betul-betul panas dan api dibuka dengan kecil supaya memastikan ayam masak sekata.

Resepi Nasi Harum

1. 5 pot nasi beras faiza + air 3 pot air (saya gunakan pot periuk nasi)

-Daun pandan

-Satu sudu kecil garam

-1 sudu esen pandan

Masak telur masin sekali ketika tanak nasi akan melemakkan lagi rasa nasi.

2. Sedia dihidang bersama bendi celur dan cili besar.

Sumber: Siti Fatimah Mohd Jamil

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×