Hebahan

Nampak Normal, Tapi Sebenarnya Adik Ini Derita Lahir Tanpa Dubur Atau Cloacal Exstrophy

32
SHARES

Jika dilihat dari fizikal luarannya, kanak-kanak ini kelihatan normal dan tiada mengalami apa apa kesakitan kerana sifatnya yang ceria dan aktif bermain sama seperti rakan rakan sebayanya. Tetapi siapa sangka adik Syafrullah Aqil Mohamad Hairul Nizam ini sebenarnya mengalami Cloacal Exstrophy.

Memetik laporan dari Harian Metro, kanak-kanak yang lebih mesra dipanggil Aqil ini sebenarnya derita dalam diam apabila disebalik keceriaannya itu sebenarnya dia dilahirkan tanpa dubur dimana tidak mempunya tempat pembuangan air besar yang sempurna. Anak bongsu daripada empat beradik ini juga mempunyai pelbagai masalah kesihatan lain dari pusat ke bawah.

Terpaksa Bergantung Pada Beg Stoma

Aqil yang merupakan anak bongsu kepada pasangan Mohamad Hairul Nizam Ab Rahman dan Mardiana Supartak ini terpaksa bergantung kepada bag stoma yang dilekatkan pada lubang yang ditebuk di bahangian badannya bagi memudahkan dia untuk membuang air besar. Aqil juga yang berstatus orang kurang upaya (OKU) juga terpaksa memakai lampin pakai buang dengan saiz yang lebih besar.

Selain itu, Aqil juga dipakaikan satu kasut khas untuk menyokong pergerakannya yang tidak stabil angkara masalah kaki kanannya terpelecok semasa di dalam rahim lagi. Bapanya juga berkata doktor tidak mengesan sebarang masalah dan komplikasi sewaktu isterinya mengandungkan aqil. Perkara itu diketahu sebaik Aqil dilahirkan dan mereka redha dengan ketentuan itu walaupun agak berat untuk menerima kenyataan itu.

“Saya dan isteri tidak menjangkakan Aqil dilahirkan begini kerana sewaktu pemeriksaan kandungan, doktor memberitahu bayi dalam keadaan normal.

“Pada mulanya kami memang sedih, tetapi cuba menerima hakikat selepas memikirkan amanah dan tanggungjawab untuk membesarkan Aqil.

“Kami perlu akur apabila doktor memberitahu tumbesaran Aqil tidak sama dengan kanak-kanak seusia dan perlu menjalani sekurang-kurangnya 16 kali pembedahan sehingga dewasa selain bergantung dengan penggunaan beg stoma serta lampin pakai buang seumur hidupnya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Ampang, Kuala Lumpur.

Tiga Kali Menjalani Pembedahan

Menurut bapanya lagi, sejak Aqil dilahirkan, dia pernah menjalani tiga pembedahan dan ditahan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur selama 6 bulan bagi tujuan rawatan serta pemantauan. Kesempatan menjaga Aqil di ICU digunakan untuk belajar kaedah menjaga dengan betul daripada doktor dan juga mempelajari cara penukaran bag stoma.

“Saya dan isteri memang tiada asas penjagaan kanak-kanak berpenyakit kronik kerana tiada pengalaman sebegitu sewaktu membesarkan tiga anak lain.

“Namun, doktor dan jururawat banyak membantu malah saya belajar dengan memerhatikan cara mereka melakukannya sewaktu di wad.

“Mulanya memang agak kekok untuk mempraktikkannya di rumah, tetapi lama-kelamaan sudah biasa dan kini, anak sulung saya turut membantu menukar beg stoma Aqil sekiranya sudah penuh atau sudah tiba masa untuk diganti dengan yang baru,” katanya.

Kesempitan Wang Untuk Beli Barang Keperluan Aqil

Hairul Nizam yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan pendapatan yang tetap membuatkan dia susah untuk menampung kos rawatan dan juga tidak mampu untuk beli susu formula khas seperti yang disyorkan oleh doktor. Dia hanya mampu untuk memberikan vitamin kepada Aqil bagi ketahanan antibodinya.

Hairul yang pernah bekerja di kilang elektronik di Hulu Klang telah berhenti kerja apabila menceburi bidang perniagaan sate, tetapi perniagaan tersebut hanya bertahan selama setahun setelah mengambil keputusan untuk berhenti kerana ketika membuat perniagaan itu dia terdedah kepada kuman dan risau kepada keadaan Aqil yang kerap keluar masuk hospital ketika itu.

“Sejak itu, saya menjaga Aqil sepenuh masa di rumah di samping membantu adik berniaga makan dan minuman dan menjadi penghantar rempah untuk perniagaan ayah dengan pendapatan RM50 sehari. Manakala isteri bekerja sebagai kerani di syarikat pelancongan swasta,” katanya.

Namun begitu, Hairul dan isteri sentiasa berdoa dan berharap mempunyai peluang untuk mereka membesarkan Aqil dengan sempurna seperti kanak-kanak lain. Bagi orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan, anda boleh menghubungi Mohamad Hairul Nizam di talian 012-2924629 atau terus menyumbang ke akaun CIMB Bank bernombor 7603947775.

Sumber : Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×