Telekung ni dah menjadi kelengkapan wajib bagi setiap wanita Muslim. Selain menjadi alat kelengkapan solat, ia juga merupakan lambang cinta abadi pada setiap sujud hamba kepada Tuhannya.
Bagi wanita, setiap telekung mempunyai keistimewaan dan nilai sentimental yang tersendiri tau, sama ada telekung tersebut dihadiahkan dari yang tersayang, diterima sebagai hantaran perkahwinan mahupun dibeli sendiri. Tak kisahlah apa pun kerana setiap telekung tu adalah istimewa buat pemiliknya.
Telekung kena gunting pun, neneknya masih nak cuba jahit..
Begitu jugalah dengan kisah nenek dan Nas ni. Walaupun telekung dah habis digunting oleh si cucu, si nenek ni masih lagi nak jahit dan ”selamatkan” telekung tersebut. Agak-agak korang kenapa ye?
Rupanya ada kisah di sebalik telekung ni..
Ohh..rupa-rupanya telekung nenek ni merupakan pemberian daripada arwah suaminya. Lambang Cinta Abadi dari Atok. Patutlah ianya sangat bermakna buat nenek. Sampai anaknya, Farah nak gantikan telekung baru pun dia taknak.
Walaupun telekung lama nenek menyimpan seribu memori, tapi tak salah apabila ia digantikan dengan telekung baru.
Tambah-tambah telekung dari Siti Khadijah ni memang cantik, berkualiti dan selesa sangat!
Buat yang berminat untuk dapatkan telekung Siti Khadijah, boleh layari laman web Siti Khadijah atau berkunjung ke butik SK yang berdekatan.