Famili

Nak Tambah Pendapatan? Ini Cara Yang Anda Boleh Cuba!

1.4K
SHARES

Bekerja mahupun tidak seseorang wanita ianya tidak merendahkan martabat sesiapa. Sebaliknya, inisiatif yang diambil oleh seseorang untuk meningkatkan taraf ekonomi sesebuah keluarga itu yang perlu kita hormati.

Jadi bagi anda yang nak jana pendapatan tambahan, kini semuanya hanya berada di hujung jari. Nak berniaga bukan lagi halangan walau di mana anda berada. Nak tahu macam mana caranya? Kena la stay tuned!

Ragu-Ragu Nak Meniaga Online?

Admin yakin mesti ramai antara anda yang nak meniaga online. Nak cuba nasib la katakan. Tapi pasti ada antara anda yang bimbang dan ragu-ragu terhadap produk yang bakal anda jual, betul tak?

Tambahan pula, kalau jual makanan, apa kandungannya, halal ke tak? Cara penyediaan bersih ke? Macam-macam persoalan yang bermain di minda kita kan?

Keyakinan Pelanggan Keutamaan Anda!

Kalau boleh mestilah kita nak berikan yang terbaik untuk pelanggan kita. Takkan nak aniaya mereka pula.

Sekarang anda tak perlu risau lagi tentang semua itu. Anda boleh jual masakan anda sendiri. Barulah anda yakin dan dapat jumpa eye to eye dengan pelanggan semasa proses jual dan beli.

ShaFoLo Platform Perniagaan Anda!

Awesome kan? Dengan adanya ShaFoLo semuanya mudah! Macam mana anda nak gunakan ShaFoLo sebagai platform perniagaan anda? Sini, admin terangkan!

Pertama sekali apa yang anda perlu lakukan ialah mendaftar dengan ShaFoLo. Tiada sebarang yuran dikenakan tau! Best kan? Anda hanya perlu key in nombor akaun bank anda dan selepas itu anda sudah bersedia untuk berniaga.

Mudah dengan ShaFoLo!

Jangan risau atau ragu-ragu. Maklumat akaun bank anda adalah selamat dan paling penting tidak akan dikongsikan dengan mana-mana pihak ketiga. Ianya hanyalah bagi tujuan pembayaran oleh pihak ShaFoLo.

Anda keliru dan masih tak dapat gambaran prosesnya? Jom usha dekat bawah, admin letak manualnya.

Ni adalah skrin utama. Dekat sini anda kena pilih I want to Sell/Share Food. Selepas itu, barulah anda boleh mula berniaga!

Bahagian yang kedua pula ialah bahagian di mana anda kategorikan makanan anda. Anda juga dikehendaki menyatakan jenis servis yang anda berikan sama ada ianya self pickup atau penghantaran terus kepada pelanggan. Paling penting, jangan lupa masukkan harga tau.

Untuk satu akaun boleh jual sehingga 5 jenis makanan!

Di bahagian ini, segala maklumat mengenai produk anda akan dinyatakan bagi memudahkan pelanggan buat pembelian.

Bahagian ini pula pelanggan boleh nyatakan apa yang mereka inginkan. Misalnya, nak nasi lemak tak ada ikan bilis.

Yang terakhir, ialah map skrin di mana pelanggan boleh lihat penjual makanan yang terdekat dengan mereka.

Elakkan Pembaziran Makanan & Jana Pendapatan!

Selain itu, kalau anda nak tahu ShaFoLo mengentengahkan konsep untuk kita berkongsi makanan yang ada dan elakkan pembaziran. Inilah yang menjadi tujuan utama ShaFoLo!

Mereka nak pastikan kita dapat reduce pembaziran makanan yang berlaku dan nikmati keenakan makanan yang ada bersama-sama.

Jadi apa lagi yang anda tunggu, jom download ShaFoLo sekarang jugak. Bukan sahaja anda boleh berniaga melalui ShaFoLo tapi anda juga boleh jadi pembeli bila nak rasa atau cuba masakan ahli komuniti ShaFoLo yang lain.

Buat masa ini, ShaFoLo hanya available untuk iOS. Tapi jangan bimbang tak lama lagi ShaFoLo dah boleh didapati melalui Google Store juga. Bagi anda pengguna android, stay tuned tau!

Website: ShaFoLo

Facebook: ShaFoLo

Link muat turun iOS ShaFoLo>>> ShaFoLo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×