Famili

Nak Rakam Video Momen Terindah Bersama Anak? Sony Kini Mengeluarkan Handycam Terbaru, Sony Handycam FDR-AXP55 Yang Sangat Mesra Keluarga! Yay!!!

5.7K
SHARES

Masa berlalu pantas, ibu bapa sering terlepas menghargai kenangan bersama anak. Waktu anak baru pertama kali berjalan, sambut hari jadi, melangkah ke sekolah, tamat pengajian di universiti atau perkahwinan. Hihi. Pasti anda mula rindukan nostalgia seperti ini kan? 

Sony Handycam FDR-AXP55 dapat merakam video dalam kualiti 4K Ultra HD

Merakam video momen terindah bersama anak pasti lebih mudah jika anda memilih Sony Handycam FDR-AXP55 sebagai sahabat setia anda. Ia merupakan Handycam yang mampu merakam video berkualiti 4K Ultra HD. Wow! Jom tengok fungsi menarik yang ada pada Handycam ini…

20X OPTICAL ZOOM LENS DENGAN BUILT-IN PROJECTOR YANG BERKUALITI TINGGI

20x Optical Zoom Lens. Jarak jauh pun okay tak ada hal!

Anak selalu berjauhan dan sukar dirakam? Jangan risau! Sony Handycam FDR-AXP55 membolehkan anda untuk zoom anak anda dengan lebih dekat kerana ia mempunyai 20x optical zoom lens yang menakjubkan. Paling best, kualiti video juga kekal ada. Yay!

Cari permukaan rata seperti dinding. Boleh tengok dengan anak-anak. Mesti seronok!

Istimewanya Sony Handycam FDR-AXP55 ini, ia sudah dilengkapi projektor yang pasti memudahkan ibu bapa menunjukkan filem pada anak-anak di mana-mana sahaja. Kenapa? Sebab Handycam ini boleh paparkan filem dengan sekelip mata pada dinding. Syok kan?

BALANCE OPTICAL STEADY SHOT, BOLEH RAKAM DENGAN STABIL TANPA GANGGUAN LUAR

Rakam video sambil berlari dengan anak. Sangat mudah!

Anak yang aktif sangat suka berlari ke sana sini. Ibu bapa pasti pening memikirkan bagaimana mahu rakam video anak mereka dengan kualiti yang bagus walaupun Handycam asyik bergoyang? Nanti video jadi kabur, tak best pula!  Aduh, bagaimana ya?

Fungsi yang unik iaitu Balance Optical SteadyShot.

Tak sangka, ternyata Sony Handycam FDR-AXP55 ini adalah Handycam pertama dengan versi terbaru oleh Sony yang mempunyai Balance Optical SteadyShot, iaitu 5-axis image stabilization system, dengan mod Intelligent Active baru. Nak rakam video sambil berlari dengan anak pun boleh. Menarik!

DILENGKAPI DENGAN SENSOR EXMOR R CMOS, RAKAM DALAM GELAP PUN TAK JADI MASALAH!

“Hmm tak nampaklah! Gelap!”, biasa situasi begini akan berlaku apabila merakam video anak dalam keadaan gelap. Tapi admin nak bagitahu, Sony Handycam FDR-AXP55 ini membantu anda merakam video dalam keadaan gelap kerana sensitivitinya pada cahaya yang tinggi!

Sensor Exmor R CMOS membolehkan anda merakam dalam keadaan gelap.

Menggunakan sensor Exmor R CMOS yang baru direka dengan saiz piksel 1.6x lebih besar daripada model terdahulu, Sony Handycam FDR-AXP55 ternyata mempunyai low light performance yang lebih baik. Walaupun gelap, anda masih boleh merakam video berkualiti tinggi. Best best!

KEISTIMEWAAN SONY HANDYCAM FDR-AXP55

Nak pilih Handycam yang terbaik, Sony Handycam FDR-AXP55 adalah pilihan yang tepat! Selain mesra keluarga, ia juga memiliki keistimewaan yang unik. Antara keistimewaan utama yang ada pada Sony Handycam FDR-AXP55 ialah:

  • Kualiti gambar yang ditangkap nampak mengujakan dengan 4K handycam.
  • Kanta ZEISS terbaru yang diperluas ke sudut lebar 26.8mm3 dapat menangkap scene dengan lebih tepat.
  • Kualiti bunyi yang advance, mengekalkan objek dengan sharp focus yang terbaik.
  • Rakaman full HD 100fps berkelajuan tinggi untuk scene yang slow-motion.

Sebenarnya ada banyak lagi fungsi menarik pada Sony Handycam FDR-AXP55.Untuk mengetahui sebarang info lanjut tentang harga, fungsi dan sebagainya, anda boleh klik di sini. Sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi terus di talian 03-22950200.

Sony Handycam FDR-AXP55 ini amat mesra pengguna. Mudah digunakan. Paling penting ia mesra keluarga! Jom jadikan ia sebagai sahabat setia anda bersama anak-anak! 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×