Kini Trending

Nak Gaya Hidup Seperti Panda? Jom Sertai Peraduan Ni, Siap Boleh Dapat Rumah Kondominium Tau!

41
SHARES

Sebut sahaja nama panda, pasti anda dapat membayangkan kecomelan dan kegebuan fizikal haiwan ini. Kehidupan seekor panda juga dikatakan nampak seronok apabila mereka sentiasa melakukan aktiviti-aktiviti dalam dunia mereka tersendiri.

Pasti ramai juga antara anda nak kan gaya hidup seperti panda sebab mereka suka buat perkara-perkara seperti ini…

1. Habiskan masa dengan tidur

Seperti yang anda tahu, haiwan seperti panda ini sering digambarkan sebagai haiwan “pemalas”. Ini kerana 2/3 daripada hidupnya dihabiskan dengan tidur sahaja.

Kalau kita dapat tidur saja macam panda pun mesti seronok kan. Lagi-lagi bila sudah penat selepas seharian bekerja atau sebagainya. Dapat pula rehat dan tidur dalam masa yang lama, lega rasanya!

2. Nikmati makanan-makanan lazat

Cakap mengenai makanan pula, semua orang suka bila dapat makanan yang sedap-sedap dan dapat makan segala jenis makanan. Ha…kalau anda nak tahu, mamalia yang sangat cantik seperti panda ini dapat memakan segala jenis makanan omnivor tau! Mereka juga mempunyai makanan kegemaran tersendiri.

Antaranya adalah ikan, binatang kecil dan juga buluh. Panda juga akan memakan 99 persen buluh bambu untuk diet mereka.

3. Menjaga habitat dengan baik

Untuk pengetahuan anda, ibu panda akan melahirkan satu atau dua anak setiap 2 tahun. Bayi-bayi panda itu akan terus bersama induknya sehingga usia 18 bulan. Jadi, mereka akan duduk bersama-sama di dalam habitat mereka dan seterusnya hanya  menjelajah dan mencari makanan sendiri.

Tetapi, panda dikatakan pandai menjaga habitat mereka dengan baik. Mana taknya, mereka hidup dalam keadaan sejuk, memang akan sentiasa rasa selesa lah kan!

4. Sentiasa rasa senang hati

Selain itu, kalau kita perhatikan panda merupakan perenang dan pemanjat pokok yang baik. Pada usia 5 bulan, anak panda belajar memanjat dan berlatih dengan memanjat induknya.

Bukan itu saja, panda juga boleh melakukan handstand. Ia adalah satu senam lantai dimana kita berdiri dengan terbalik, dengan kedua tangan menopang tubuh. Nampaknya, mereka sentiasa hidup dalam rasa senang hati kan? Boleh buat macam-macam pula tu!

Ha…bila tengok gelagat itu semua, anda pun boleh jadi selesa seperti panda! Mudah saja, hanya Collect Pandas & Get Rumah!

Jangan risau! Mulai dari hari ini, anda pun boleh hidup selesa seperti panda kalau anda sertai Peraduan MEGA foodpanda ni. Paling menarik, anda berpeluang untuk menangi sebuah rumah kondominium 3 bilik di puncak bukit di Lembah Klang oleh UEM Sunrise bernilai lebih RM570,000! Memang selesa lah hidup anda nanti. 

Nak tau macam mana nak sertai? Jom ikut langkah dibawah ini:

  1. Buat mana-mana pesanan bernilai RM20 dan ke atas di platform foodpanda seperti food delivery, pick-up, pandamart atau shops
  2. Kemudian, masuk kan kod promo “PANDA”
  3. Dengan setiap pembelian atau tempahan, anda berpeluang untuk mendapat mata panda

Seterusnya, peserta akan dipilih sebagai pemenang yang disenarai pendek selepas peraduan tersebut dan pemenang akhir yang terpilih akan diumumkan dan hadiah akan disampaikan melalui cabutan bertuah.

Selain rumah kondominium, anda juga berpeluang untuk menang Huawei Mate 50 Pro + Huawei Watch GT2 + Huawei Freebuds Pro2 bernilai RM7,000, iPhone 14 Pro Max (128GB) bernilai RM5,799 dan juga RM1,000 baucar foodpanda. Wahhh…hadiah yang ditawarkan pun bukan biasa-biasa ya!

Jadi, kalau nak jadi pemenang untuk contest ni, anda perlulah mengumpul mata panda sebanyak mungkin dengan membuat pembelian atau tempahan di aplikasi foodpanda.

Tapi, macam mana cara lain nak kumpul mata panda yang banyak dengan mudah? pandapro lah jawabnya!

Apa itu pandapro? Kalau anda nak tahu, pandapro merupakan pelan langganan bulanan yang menawarkan beberapa kelebihan kepada pengguna.

Dengan hanya RM0.99 sen sahaja untuk 12 bulan, anda boleh nikmati caj penghantaran secara percuma. Paling penting, dengan setiap pembelian bermula menggunakan pandapro, anda akan dapat 2x mata panda tau. Wahhh, dapat double point!

Tapi, kalau bukan ahli pandapro macam mana pula? Ha, jangan risau! Bermula dari 7 hingga 13 November anda berpeluang untuk mendapat 2x mata juga. Bestkan! Boleh lah kumpul mata dengan cepat kan?

Tunggu apa lagi tu? Jom sama-sama kumpul mata panda, menang hadiah menarik & hidup selesa seperti panda harini juga!

Ha…jangan lupa untuk membuat tempahan atau pembelian di aplikasi foodpanda untuk menang hadiah menarik dari mereka! Lepas ni, boleh lah ada pun hidup selesa seperti panda juga kan? Seronoknyaaa!

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang foodpanda atau pun melalui Facebook dan Instagram mereka!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×