Asuh

Anak Mengadu Sakit Perut & Disangka Gastrik, Rupanya Saluran Usus Dah Penuh Dengan Najis

590
SHARES

Pengambilan makanan yang betul ketika proses pembesaran anak-anak adalah penting untuk memastikan tahap kesihatan mereka berada pada tahap optimum. Makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan perlu diberi selari dengan makanan utama yang lain. Hal ini kerana, perjalanan usus dalam perut bukan sahaja untuk anak-anak malah untuk golongan dewasa juga perlu dijaga supaya tidak ada ‘benda’ yang tersekat.

Begitu juga dengan perkongsian yang dari si ibu ini dimana beliau berkongsi anaknya mengalami sakit perut secara tiba-tiba dengan kerap. Bila berjumpa dengan doktor, rupanya-rupanya najis banyak di dalam usus adalah punca kepada masalah sakit perut ini!

ANAK KERAP SAKIT PERUT SECARA TIBA-TIBA

Ceritanya dah 2 hari kakak sakit perut tiba tiba, kakak ni sebenarnya kerap sakit perut, tak boleh tersalah lapar sikit, tak boleh tersalah tak makan sikit… Kak fizz dok ingat gastrik la kan, sebab dulu bawa pergi klinik Dr kata gastrik! Biasa kalau gastrik, lepas sapu minyak telon #afwa, walid urut urut dah OK, tapi semalam tak dapat tidur, pagi tadi pun still sakit lagi.

Lama dah sakit, jalan pun membongkok, tengahari tadi bawa pergi hospital. Sampai kat kecemasan, Dr tanya history la kan, kak fizz citerla semalam sakit perut, kiranya harini dah 2 hari, sebelum ni selalu jadi gini tapi lepas sapu-sapu dan urut OK! Dr pun terus cakap ‘ok gini puan, peringkat umur dia ni memang ramai kena macam dia, satu pandangan yang agak tajam renungan mata Dr padaku ketika itu.

NAJIS DALAM USUS ANAK DAH BANYAK, TAK KELUAR

Hati kak fizz dah berdetak detak rasa tunggu apa yang Dr nak bagitahu.’ Saya rasa najis dalam usus anak puan banyak ni, dia buang air besar tapi tak lawas, tak keluar semua, bila yang lama-lama ada tertinggal sikit sikit, lama lama bila yang baru ada ia semakin berkumpul dan berkumpul. Ginilah kita buat xray abdomen dulu tengok macam mana.

Long story short, lepas xray dah keluar, Dr panggil dan tunjukkan result xray tadi. Dr cakap sambil tunjuk di xray, puan ni ada najis berkumpul kat sini, kat sini dan satu saluran usus besar anak puan penuh dengan najis.

MACAM MANA BOLEH JADI?

Tanpa ku tanya Dr terus explain kenapa? Biasa terjadi dan memang ramai di peringkat umur macam anak puan jadi macam ni, biasanya berpunca dari faktor pemakanan, biasala budak-budak tak makan sayur (sambil terasa disitu sebab ibu dia pun tak makan sayur.

Sahkan budak orang tua pun tak makan sayur jugak, macam tahu jer Dr ni. Takpela nant kita bagi ubat untuk bantu keluarkan semua sekali, sebab kalau tak nanti najis tu akan berkumpul kat situ. Herm angguk jela kepala menurut perintah. Dok terpikir kalau anak aku yang umur 11 tahun macam tu dah, gamaknya aku yang dah setengah abad ni apala citernya kan!!. Dr nasihatkan makan sayur, buah buahan dan minum air masak banyak.

Sumber : Afiza Jamaludin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×