Rakyat

Murid Patah Jari, Kipas Siling Jatuh Dalam Kelas Di Sekolah

39
SHARES

Satu kejadian berlaku di Selama, Perak apabila seorang murid perempuan patah jari tangan kiri apabila kipas siling dalam kelasnya di sebuah sekolah rendah. Menurut laporan, kipas di dalam kelas tersebut terjatuh lalu terkena mangsa.

Menurut laporan Berita Harian, dalam insiden kira-kira jam 10 pagi itu, difahamkan tiga lagi murid perempuan berumur lapan tahun turut mengalami kecederaan ringan.

Baca juga: ‘Silibus Buku Gred 1 Di USA Macam Level Tadika Malaysia’- Semua Soalan Susah, Mak Ayah Dah Mula Risau

KIPAS SILING JATUH DALAM KELAS, MURID PATAH JARI

Foto: Berita Harian

Bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd, 32, berkata meja anaknya itu terletak betul-betul di bawah kipas berkenaan.

Selain patah jari, beliau mendakwa, anaknya juga mengalami beberapa kecederaan lain di bahagian dada akibat kejadian itu.

“Disebabkan meja anak saya terletak betul-betul di bawah kipas itu, maka kecederaan dialaminya agak serius berbanding rakan lain.”

Mangsa dikejarkan ke hospital dan sebaik saja dibawa ke hospital, doktor memaklumkan tulang jari tangan kirinya patah serta perlu disimen. Namun, bapa mangsa beliau dan isteri agak terkilan kerana mendakwa pihak sekolah tidak menyegerakan rawatan kepada anaknya dan mangsa lain, sebaliknya menunggu ibu bapa hadir untuk membawa sendiri anak ke hospital.

“Ketika isteri tiba di sekolah, keadaan tangan anak sudah bertukar warna dan sepatutnya memerlukan rawatan segera. Namun, mereka masih meminta isteri mengisi buku log kebenaran keluar sekolah dan sebagainya. Kes ini kecemasan tetapi pengurusan sekolah memberi alasan mengikut peraturan ditetapkan Jabatan Pendidikan.”

“Bagaimanapun, saya dan isteri menerima seadanya kemalangan itu kerana ia bukanlah disengajakan. Cuma, kami terkilan dengan tindakan pihak sekolah yang melambatkan proses rawatan ke atas anak saya dan mangsa lain,” dakwanya.

Si bapa juga mendakwa, kipas yang terjatuh itu kelihatan uzur, berkarat dan tidak selamat untuk digunakan. Beliau memaklumkan, anaknya diberikan cuti sakit selama 14 hari, dan masih trauma dengan kejadian yang berlaku.

Susulan itu, Mohd membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama pada petang semalam. Sementara itu Ketua Polis Daerah Selama, Superintendan Mohd Sabri Saad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×