Famili

Mulakan Hari Anda Dengan Lebih Kuat Bersama Dutch Lady +Protein

10.1K
SHARES

Bagi seorang ibu menjadi suri rumah tangga sepenuh masa bukanlah satu tugasan yang mudah. Apatah lagi bagi mereka yang bekerjaya. Namun, itu bukan alasan untuk tidak memberikan makanan yang berkhasiat buat keluarga anda.

Mengimbangi kedua-duanya, antara rumah tangga dan keluarga memang bukan perkara mudah terutamanya bab penyediaan makanan hinggakan ada dikalangan ibu muda yang mengalami tekanan. Jadi, tidak peliklah jika anda merasa tercabar untuk memenuhi keperluan harian keluarga untuk menyediakan makanan berkhasiat.

Mungkin ramai diantara kita sedar betapa pentingnya pengambilan makanan secara seimbang. Disinilah protein memainkan peranan. Protein yang mencukupi sangat penting untuk tumbesaran tubuh badan dan tulang.

Tapi bagaimana protein memainkan peranannya dan apa kena mengena dengan situasi suri rumah sepenuh masa dan mereka yang bekerjaya? Ha! Sebab tu kami nak kongsikan dengan anda secara detail tentang kebaikan protein.

Kenapa Protein Penting Untuk Badan Kita?

Protein adalah salah satu nutrien penting untuk mengekalkan kesihatan badan kita. Antara fungsi protein yang anda perlu ketahui ialah:

  • Protein merupakan blok pembina badan. Rambut, kulit, mata, otot dan organ kita semuanya dibuat daripada protein1.
  • Protein juga membantu membaiki dan membina tisu badan. Pengambilan protein membantu badan untuk membina otot yang kuat2.
  • Menguatkan sistem imun anda. Protein membentuk antibodi yang membantu mencegah pelbagai jangkitan dan penyakit 2.
  • Bertindak sebagai sumber tenaga2.

Menurut Pakar Perunding Pemakanan Indra Balaratnam, beliau menyatakan, bukan semua protein itu sama. Walaupun makanan harian seperti daging, ayam, telur, kacang kuda dan kekacang mengandungi protein, terdapat sesetengah protein mempunyai profil asid amino yang lebih lengkap berbanding yang lain. Ini menjadikannya lebih bernilai untuk diet kita.

Sumber protein daripada haiwan seperti daging, makanan laut dan telur dianggap lebih lengkap secara biologi, atau lebih berkualiti tinggi berbanding protein daripada tumbuhan2. Akan tetapi, makanan tersebut mengambil masa yang lebih lama untuk disediakan pada waktu pagi. Tambahan pula, makanan yang overcook boleh memusnahkan kandungan nutrien penting sekaligus, menghalang penyerapan nutrien oleh badan kita2.

Ramai yang tidak menyedari bahawa susu mengandungi protein yang berkualiti tinggi seperti daging. Kedua-duanya kaya dengan 9 asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu, susu sedia diminum adalah pilihan sumber protein berkualiti tinggi – untuk badan dan tanpa memerlukan penyediaan.

Selain itu, pengambilan protein yang mencukupi dalam setiap hidangan adalah penting untuk memastikan badan kita berfungsi dengan optimum untuk prestasi terbaik sama ada ketika berada di sekolah atau di tempat kerja. Ianya dapat membantu membina otot yang kuat.

Hanya dengan 2 gelas susu Dutch Lady +Protein ianya membantu memenuhi 40% keperluan protein untuk membantu anda dan keluarga3 menjalankan aktiviti harian dengan lebih lancar! Susu Dutch Lady +Protein bukan sahaja kaya dengan protein berkualiti tinggi, malah juga ianya kaya dengan kalsium dan nutrien penting yang lain.

Bukan Hanya Protein Sahaja, Susu juga Kaya Dengan Kalsium Dan Pelbagai Nutrien Penting Yang Lain Untuk Pembinaan Tulang Dan Otot Yang Kuat!

 Kita memerlukan otot dan tulang yang kuat untuk menjalankan aktivti dan rutin yang padat dalam kehidupan. Selain protein, kalsium juga penting untuk kekuatan tulang. Susu bukan sahaja memiliki kandungan protein tetapi dalam masa yang sama ianya mengandungi kalsium yang tinggi yang penting untuk tumbesaran tulang yang kuat untuk kanak-kanak4. Di samping itu, susu membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang4 yang sihat untuk menyokong gaya hidup yang sibuk dan aktif.

Garis Panduan Pemakanan Malaysia juga mengesyorkan dua hingga tiga hidangan susu atau tenusu dalam pegambilan makanan harian. [satu hidangan susu bersamaan dengan 250 ml segelas5].

Dutch Lady +Protein, Produk Terbaru Untuk Permulaan Hari Lebih Kuat

Justeru itu, tingkatkan pengambilan protein and kalsium keluarga anda pada waktu sarapan untuk otot dan tulang yang lebih kuat dengan susu Dutch Lady +Protein mulai hari ini! Susu Dutch Lady +Protein mengandungi protein berkualiti tinggi, kandungan kalsium yang tinggi dan nutrien-nutrien penting lain seperti Vitamin A, Vitamin B2, dan Vitamin D untuk memastikan badan kita berfungsi seoptimum mungkin.

Amalkan pengambilan susu Dutch Lady +Protein pada waktu sarapan bersama keluarga untuk permulaan hari yang kuat, lagi aktif!

Untuk info lebih lanjut tentang  Dutch Lady +Protein, sila klik sini

 Rujukan:

  1. Hoffman JR & Favlo MJ. Protein – Which is best? Journal of Sports Science and Medicine. 2004; 3: 118-130.
  2. Recommended Nutrient Intakes for Malaysia, 2017. A report of the technical working group on nutritional guidelines. Ministry of Health.
  3. In accordance to NRV Malaysia
  4. MOH (2010). Guide to Nutrition Labelling and Claims (as at December 2010). Food Safety and Quality Division, Ministry of Health Malaysia, Putrajaya
  5. Malaysian Dietary Guidelines (National Coordinating Committee on Food & Nutrition, Ministry of Health Malaysia 2010); muka surat 9

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×