0-6 Bulan

Mudahnya Nak Masak Bubur Nasi Untuk Si Kecil, Anda Boleh Buat Serbuk Beras Ni Je!

0
reads

“Aduh, malasnya nak buat bubur nasi ni, lama sangat baru nak siap”

CARA MUDAH UNTUK BUAT BUBUR NASI UNTUK BAYI

http://www.pinayworkingmom.com/

Semalam Mama buat serbuk beras untuk ‘Aqeelah. Dah alang-alang buat tu, terus je lah ambil video dan gambar. Ni Mama kongsikan cara mudah untuk buat bubur nasi untuk baby k. Kalau nak buat hari-hari, memang tak rajin kan? Haa ni kita buat terus serbuk beras tu untuk sebulan punya stok. Bila nak masak, cuma perlu letak:

✔ 1 sudu besar serbuk beras
✔ 1 sudu kecil serbuk ayam
✔ 1 kiub puree sayur
✔ Air secukupnya

Panaskan je kesemua bahan kat atas ni dengan api perlahan. Dalam 5 minit dah siap! Pastu selalunya sebelum suap ‘Aqeelah makan, Mama akan mix dengan satu sudu kecil VCO. Nyum nyum!

CARA PENYEDIAAN

Cara Buat Serbuk Beras:

www.facebook.com/sitibadariahbaharin

1. Basuh beras bersih-bersih > Sangai sehingga kering > Kisar sehingga halus > Tapis > Letak dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk

Cara Buat Serbuk Ayam:

www.facebook.com/sitibadariahbaharin

1.  Rebus isi ayam > Carik isi ayam kecil-kecil > Sangai sehingga kering > Kisar sehingga halus > Tapis > Letak dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk

Cara Buat Kiub Puri:

1. Steam sayur (carrot/brokoli/etc) > Kisar sehingga halus > Masukkan dalam ice cube tray dan bekukan > Bila dah beku, keluarkan dan masukkan ke dalam ziploc bag

Cara Buat Bubur Nasi Ekspress:

1. Campur satu sudu besar serbuk beras, satu sudu kecil serbuk ayam, satu kiub puri sayur pilihan, dan sedikit air > Masak atas api perlahan > Dalam 5 minit dah siap!

www.facebook.com/sitibadariahbaharin

Video:

INFO TAMBAHAN

1. Untuk baby 6 bulan, start bagi puri buah/sayur dulu. Cuba satu jenis puri untuk 4 hari, kalau baby ok, baru tukar ke puri yang lain pulak.
2. Bila baby dah 8 bulan, boleh start bagi bubur nasi dah. Tapi buat cair-cair dulu. Kang terkejut plak perut baby.

*Haa, mudah kan? Lepas ni tak ada lagi alasan untuk anda malas buat bubur untuk si kecil lagi!

Sumber: Badariah Baharin

Yang Popular

To Top