Dapur

Mudahnya Nak Buat ‘Energy Booster’ Dengan Bajet Rendah, Hanya Guna Limau Kasturi Je!

2.2K
SHARES

“Lesunya badan, nak kata buat kerja banyak pun tak juga…”

Bersenam sudah, tidur cukup sudah tapi badan masih mengalami kelesuan. Kenapa? Mungkin kerana badan anda masih kekurangan sumber vitamin yang boleh menjadi booster kepada sistem dalam badan. Selain dari menjaga pemakanan mengikut kepada keperluan piramid makanan, petua-petua kesihatan juga harus diambil berat. Salah satunya adalah dengan mengamalkan pengambilan buah limau kasturi. Katanya boleh membekalkan vitamin C yang ‘murah’?

BOOSTER TENAGA DAN KECANTIKAN DENGAN VITAMIN C MURAH TETAPI HEBAT.

Ini resepi simple tapi superpower untuk badan kita. Kalau kita baca dari wall FB DrRizal Abu Bakar, beliau selalu tegaskan tentang pemakanan dan cara hidup yang sihat akan membawa kepada kesihatan yang hebat. Kak Eli dah lama set see first beliau sebab sangat banyak yang kita boleh belajar tentang otak manusia, tidur yang cukup, pemakanan dan vitamin semulajadi.

Lifestyle. Topik menarik yang sangat kena dengan jiwa. Bersikap positif dalam hidup maka tubuh akan menghasilkan zat kimia yang akan mengurangkan rasa cemas. Maka terhasillah konsentrasi dan kejayaan. Begitu. Berceramah pula Kak Eli tiba-tiba.

http://www.mingguanwanita.my/

Limau kasturi boleh jadi energy booster untuk badan kita. Dan beliau bagitahu cara mudah buat air limau kasturi. Setelah Kak Eli cuba selama seminggu, tadaa sungguh luar biasa kesannya pada tubuh. Tak ada lagi rasa lemau, biasanya kalau tengahari mulalah rasa mengantuk dan rasa malas tapi sekarang Kak Eli dah berubah, buat kerja dengan bertenaga dan gembira.

Limau kasturi penuh dengan vitamin C, boleh menjadikan kita awet muda dan mengikis kolestrol jahat dalam badan. Yang paling penting boleh hilangkan kedut pada kulit. Oi mestilah nak. Tipu kalau tak nak. Jom tengok resepi air energy booster penghilang lesu dari Doktor Rizal (Kak Eli ubah suai sedikit resepi untuk lebih ummphh).

JOM BUAT ENERGY BOOSTER!

BAHAN-BAHAN

1. Bahannya ialah cuma limau kasturi. Iya, cuma limau kasturi, sudahlah murah, mudah pula nak cari.

www.facebook.com/groups/MasakApaHariNiMAHN.my

2. Belah dan buang biji. Blend halus dengan kulit sekali bersama sedikit air kemudian tapis. Tak mahu tapis pun tak apa.

3. Nak lagi sedap, tambah sedikit madu asli. Tak ada pun tak apa. No problem.

4. Masukkan dalam bekas kiub (mold) kemudian simpan dalam peti ais bahagian beku.

5. Setiap kali kita nak minum, cuma ambil satu kiub dari peti ais dan curah air panas. Pati limau kasturi ini walaupun dah ditapis masih banyak serat didalamnya. Sangat berkhasiat walaupun hanya satu kiub.

6. Setiap pagi sebelum subuh Kak Eli akan ambil satu kiub dan curah air panas kedalam cawan. Biarkan. Siap solat, air tadi dah sedikit suam jadi boleh terus minum. Jangan tambah gula ya.

Aroma kasturi yang memenuhi ruang akan menghidupkan rasa nyaman. Melayan hening subuh rasa sangat bahagia dan tenang.

Boleh ulang secawan lagi waktu tengahari atau malam. Wajib cuba dan kita akan rasa perbezaan pada tubuh. Rasa sangat segar dan energetik, kurang rasa sakit badan (maklumlah penuaan – menangis)

*Balik dari kerja waktu petang terus boleh buat segelas. Badan yang lesu akan cergas semula. Ayuh!

Sumber : Suhaili Baharudin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×