Famili

Mudah Saja Nak ‘Travel’ Dengan Anak Kecil Naik Kapal Terbang, Boleh Cuba Tips Ini

199
SHARES

Kalau cakap bab nak travel dengan anak-anak kecil mesti orang macam anggap itu salah satu pengalaman ngeri kan? Yelah, nak layan kerenah anak-anak lagi, nak melancing lagi, aduh peningnya! Selain dari itu, perasan tak bila kita travel dengan anak-anak naik kapal terbang, mesti orang yang duduk sebelah tempat duduk kita tu macam nak dengan tak nak saja kan?

Sebenarnya, nak melancong dengan anak-anak kecil ni mudah saja kalau perancangan awal dibuat. Kita hanya kena pastikan anak-anak berada dalam kondisi yang bagus sahaja untuk mendapatkan perjalanan yang selesa tambahan pula bila menaiki kapal terbang. Kalau macam itu, jom kita buat ‘checklist’ apa yang perlu dilakukan sebelum memulakan perjalanan menaiki kapal terbang bersama anak-anak!

www.youtube.com

www.youtube.com

‘Pack’ barang

1. Jika mempunyai anak yang umur berbeza, pastikan anda mengemas beg mereka secara berasingan. Pastikan dalam setiap beg yang dibawa mempunyai permainan atau barang kesukaan mereka supaya boleh digunakan ketika di dalam pesawat.

2. Di dalam beg anak itu juga, jangan hanya penuhkan dengan mainan yang tidak diperlukan. Anda juga boleh masukkan juga barang seperti diapers dan botol susu di dalam beg mereka. Jangan risau, anak-anak boleh saja galas beg jika anda masukkkan barang sebegini. Bukan itu saja, anda juga dapat menjimatkan ruang di dalam beg pakaian nanti.

http://www.mindfulmum.co.uk/

http://www.mindfulmum.co.uk/

3. Bawa lampin pakai buang lebih banyak dari apa yang anda perlukan. Bukannya apa, bila berjalan jauh dengan anak-anak yang masih kecil ini, persediaan yang rapi perlu dilakukan.

4. Untuk perjalanan yang lebih teratur, anda perlu siapkan segala kelengkapan yang anak kecil perlukan di dalam beg asing. Hal ini supaya nanti anda tak payah lah susah-susah nak buka beg yang besar untuk ambil barang kan. Dengan adanya beg yang asing ini dan boleh dibawa ke mana sahaja, maka ia memudahkan lagi kerja.

5. Kalau perjalanan hanya mengambil masa yang pendek, anda tetap perlu membawa baju lebih untuk anak dan untuk anda juga. Kalau perjalanan di dalam pesawat memakan masa yang panjang, sudah tentu anda akan berhadapan dengan situasi anak muntah. Tak kan nak tidur dengan baju penuh muntah kan? Jadi, yang terbaik adalah untuk meletakkan baju lebih di dalam beg yang berasingan. Kalau nak masukkan dalam beg barang keperluan anak pun boleh juga.

www.youtube.com

www.youtube.com

6. Selain itu, sediakan juga beg plastik di dalam beg berasingan untuk membuang sampah makanan. Biasalah, budak-budak ni memang mereka akan buang saja makanan tu merata-rata. Jadi, untuk mengelakkan situasi ‘tegang’ antara anda dan pramugari bertugas, eloklah kiranya anda mengumpul sampah makanan anak di dalam satu beg plastik dan membuangnya sewaktu turun.

Sebelum berlepas

1. Sementara menunggu untuk ‘boarding’, anda boleh biarkan anak-anak berjalan-jalan dahulu di kawasan sekitar yang dianggap sebagai senaman tu mereka sebelum memulakan perjalanan yang panjang. Sebelum duduk dalam pesawat sampai 5 ke 10 jam, inilah masanya untuk mereka mendapatkan ruang yang selesa. Tapi janganlah sampai biarkan anak-anak berlari tak tentu arah dan menganggu orang awam pula kan.

http://www.minitime.com/

http://www.minitime.com/

2. Yang paling penting adalah, sebelum naik ke dalam pesawat, pastikan anak-anak sudah ke tandas. Memang betul ada tandas di dalam pesawat, tetapi kalau anak-anak dah pergi ke tandas pada waktu awal,lambat lah sikit mereka nak menggunakan tandas pula kan? Lagipun , nak guna tandas dalam pesawat agak leceh sikit kerana ruang yang terhad. Sebab itulah, anda perlu menyediakan lampin pakai buang di dalam beg berasingan jika berlaku kes-kes kecemasan ya!

3. Kalau boleh, sebelum beli tiket penerbangan, pilihlah tempat duduk yang selesa dan sesuai untuk anda membawa anak kecil. Katanya, kalau pilih tempat duduk di hadapan dan di belakang sekali, anda akan mendapat ruang yang lebih. Lebih bagus kalau tempat duduk anda berdekatan dengan ‘cradle’ di dalam pesawat dan dekat juga dengan tandas. Kalau nak guna ‘carseat’ anak pun tak adalah mengganggu orang sangat kan.

Makanan anak-anak

http://edition.cnn.com/

http://edition.cnn.com/

1.Kalau melancong dan menaiki pesawat dengan anak lebih dari seorang dan masih kecil, janganlah pula bawa satu sahaja makanan. Bergaduh pula nanti, susah. Setiap seorang anak mesti mempunyai ‘closeable bag’ yang boleh ‘seal’ dan mempunyai makanan yang sama bagi setiap seorang.

2. Untuk para ibu yang selalu meyediakan bekalan anak, janganlah bawa makanan yang terlalu berat dan merenyahkan untuk anak-anak, contohnya nasi berlauk dan keropok yang boleh mengotorkan tempat di dalam pesawat. Jika anda bawa jus di dalam kotak, pastikan hanya kotak yang kecil dimana boleh dihabiskan pada waktu itu juga. Ini supaya anda mudah untuk mengumpul sampah untuk dibuang selepas mendarat.

http://www.dailymail.co.uk/

http://www.dailymail.co.uk/

Semasa berlepas dan semasa mendarat

1. Ketika waktu ini, kadang-kadang anak akan menangis sebab terkejut dan merasa tekanan yang kuat. Untuk mengelakkan hal tersebut terjadi, apa kata biarkan anak mengunyah gula-gula dan sibuk dengan mainan mereka. Terangkan apa yang sedang berlaku supaya mereka sentiasa tenang dan jika anak masih terlalu kecil, teruskan bermain dengan mereka supaya tidak menangis.

http://www.dailymail.co.uk/

http://www.dailymail.co.uk/

2. Selepas mendarat, pastikan anda membiarkan penumpang lain turun dahulu. Jangan terlalu cepat untuk bersesak-sesak dengan orang ramai kerana takut anak nanti tercedera. Jadi, seeloknya, tunggu penumpang lain turun dahulu, pastikan barang anak-anak diambil dan pimpin anak untuk turun dari pesawat.

3. Jika memerlukan pertolongan, minta bantuan dari pihak lapangan terbang. Selalunya, mereka menyediakan kemudahan untuk anda yang melancong dengan anak kecil.

www.frankfurt-airport.com

www.frankfurt-airport.com

Dalam apa saja situasi sama ada anak menangis secara tiba-tiba dan anda letih melayan kerenah anak, pastikan keselamatan terjamin. Bukan saja keselamatan anak, keselamatan anda sebagai penjaga juga amat penting untuk memastikan perjalanan yang selamat ke destinasi. Selamat melancong!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×