Famili

Monsun Timur Laut & Hujan Lebat Dijangka Bermula 5 November Ini Hingga Mac 2025

17
SHARES
MONSUN TIMUR LAUT

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan Monsun Timur Laut (MTL) akan berlaku bermula pada 5 November (Selasa) ini dan akan berterusan sehingga Mac 2025.

MetMalaysua turut meramalkan bahawa akan berlaku lima hingga tujuh episod hujan lebat berlaku sepanjang tempoh tersebut.

Baca juga: Jenis Lampu Kereta Yang Tarik Perhatian JPJ, Kalau Tengok Mesti Kena Saman!

MONSUN TIMUR LAUT DIJANGKA BERLAKU BERMULA 5 NOVEMBER INI

MONSUN TIMUR LAUT

Menurut Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip, ketika fasa awal Monsun Timur Laut ini iaitu November hingga Disember, hujan lebat dijangka melanda Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Tambahnya pada Januari hingga Februari 2025 pula, negeri yang lebih berpotensi berlaku hujan lebat adalah di Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Jekiranya luruan monsun yang berlaku adalah kuat dan pada masa sama wujud sistem cuaca tekanan rendah, hujan lebat berterusan boleh berlaku di negeri-negeri lain di Malaysia.

“Hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan berkedudukan rendah dan berhampiran sungai.

“Sekiranya hujan lebat berterusan berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar dan luruan ribut, risiko kejadian banjir boleh menjadi lebih ekstrem,” jelasnya.

Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang juga boleh menyebabkan laut bergelora, risiko kenaikan paras laut dan ombak besar di perairan Laut China Selatan.

Kawasan utara Semenanjung dijangka mengalami kurang hujan menjelang fasa akhir MTL pada bulan Januari hingga Mac 2025.

“Keadaan ini akan menyebabkan cuaca panas dan kering serta berpotensi berlakunya gelombang haba. Walau bagaimanapun, keadaan tidak seteruk seperti tahun 2024 disebabkan fenomena La Nina dijangka bermula hujung tahun ini hingga pertengahan tahun hadapan,” katanya.

Jadi, orang awam dinasihatkan agar sentiasa bersiap sedia dengan musim tengkujuh dan sentiasa peka dengan maklumat, nasihat dan ramalan yang dikeluarkan oleh MET Malaysia.

Baca juga: 23 Cadangan Soalan KENA Tanya Kepada Pengasuh Anak Sebelum Bersetuju, Barulah Hati Lebih Lega

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×