Baru-baru ini, Perdana Menteri ada mengumumkan bahawa bagi sesiapa yang mempunyai caruman dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja boleh membuat pengeluaran dalam Akaun 2 anda. Namun, pengeluaran tersebut adalah terhad kepada jumlah maksimum RM500 sebulan.
Sebagai langkah untuk membantu rakyat yang kini berada dalam situasi sukar berdepan dengan ancaman wabak merbahaya, sedikit sebanyak pengeluaran ini dapat membantu meringankan beban mereka yang hilang punca pendapatan.
CARA MOHON PENGELUARAN AKAUN LESTARI KWSP
1.Pergi ke laman web www.kwsp.gov.my
2.Masukkan user id dan password
3.Setelah masuk di homepage: Tekan option withdrawal dekat atas sebelah kanan tu
4.Tekan New Application
5.Tekan pada withdrawal type
6.Pilih i-lestari
7.Tekan (x) pada popup message ni.
8.Kemudian tekan pada butang next.
9.Masukkan amaun min rm50- max rm500 di ruangan Applied Amount.
10.Pilih Jenis bank dan masukkan no akaun bank. Tekan Next.
11.Kemaskini maklumat peribadi di ruangan ini jika perlu.
12.klik ☑️ di checkbox
13.klik request TAC
14.Dapat TAC no dihantar ke no fon melalui sms.Masukkan di ruangan TAC No kemudian tekan submit.
15.SIAPPP!!
*Langkah pengeluaran ini juga adalah bergantung kepada keinginan anda sendiri. Jangan lupa berjimat- cermat tau!
Sumber: Luqman Hariz