Sihat

‘Lepas Maghrib Jantung Slow’- Doktor Jawab Mitos Larangan Mandi Dalam 3 Waktu Ini, Mengarut!

75
SHARES

“Eh jangan mandi malam nanti paru paru masuk air!”

Mesti ramai dalam kalangan anda yang sudah terbiasa dengan frasa di atas bukan? Tidak dapat disangkal lagi, dalam masyarakat kita terdapat pelbagai petua yang dititipkan buat generasi ke generasi. Ada daripadanya yang boleh digunapakai dan ada juga antaranya hanyalah mitos semata-mata.

Ini juga termasuk larangan untuk anda mandi dalam tiga waktu tertentu iaitu pada waktu malam, sesudah asar, maghrib dan isyak. Ada yang mengatakan bahawa jika anda mandi ketika waktu yang dilarang ini, akan menjadi punca timbulnya pelbagai jenis penyakit dalam badan. Betul ke? Ini jawapan dari doktor dan juga mufti.

TIGA INI WAKTU DILARANG MANDI?

Disebarkan satu tulisan melarang mandi di 3 waktu tertentu. Kononnya mandi selepas asar, selepas maghrib dan selepas isyak akan menyebabkan penyakit tertentu. Mungkin ianya pengalaman yang berlaku kepada sesetengah orang, tetapi secara umumnya larangan tersebut tidak tepat dari sudut kesihatan.

Berikut adalah ulasan saya berkaitan dengan *larangan mandi* ini.

A. 30 minit setelah solat asar

~ Darah badan kita senantiasa panas dengan julat suhu 36.5 hingga 37.5 celcius, sesuai dengan spesies manusia sejenis mamalia yang berdarah panas. Jika kita mandi sekalipun, darah kita tidak akan berubah samada sejuk atau terlalu panas. Keseimbangan akan tetap terjamin. Mandi pada ketika ini dibolehkan dan tiada kesan kesihatan. Penat dan lelah secara lumrahnya boleh berlaku setelah kita berkerja sepanjang hari, tiada kaitan pun dengan mandi.

B. Setelah Maghrib

~ Jantung manusia bekerja sepanjang waktu, tidak mengenal penat dan lelah. Bagi orang yang normal degupannya berdetak antara 60 – 110 kali seminit. Tiada istilah jantung lemah kecuali orang yang diserang penyakit jantung lemah. Tiada kajian pun mengaitkan mandi selepas Maghrib atau mandi malam menyebabkan paru-paru berair. Mitos mandi malam penyebab paru-paru berair ini selalu disebarkan dalam masyarakat kita. Zaman dahulu, orang tua-tua melarang mandi malam kerana kesusahan untuk ke perigi yang berada di luar rumah. Letrik pun tiada dan gelap malam yang menyusahkan untuk bergerak. Sekarang zaman sudah berubah.

C. Selepas Isya’

~ Jika jantung kita terhenti, pengsan lah kita atau tanda kematian. Tidak sesekali jantung kita akan istirehat atau berhenti melakukan tugasnya mengepam darah keseluruh tubuh. Mandi selepas isya’ tidak mendatangkan mudarat kepada badan ataupun jantung berair. Malah mandi di awal pagi bukannya teknik untuk cas semula jantung. Allah jadikan jantung kita sesuatu yang unik, tidak perlu dicas atau diletakkan bateri kecuali penyakit tertentu seperti rithma jantung tidak menentu (cardiac arrytmia) yang memerlukan pacemaker.

TIADA DALIL ATAU HADIS LARANG MANDI

Tiada dalil al Quran atau Hadis yang melarang mandi pada tiga waktu yang disebutkan itu. Jangan cuba menyandarkan sesuatu yang tidak pernah disebut oleh Rasulullah saw sebagai sunnah. Mungkin terdapat ulama yang tidak menjadikan amalan mereka mandi pada waktu-waktu tertentu. Namun ianya bukan satu arahan khusus dan amalan itu bergantung kepada suasana kehidupan mereka. Tidak diglobalisasikan tegahan larangan mandi itu kepada seluruh umat di dunia ini.

Terdapat hadis yang menyebut sunat untuk mandi sebelum solat jumaat, tetapi ianya bukannya arahan wajib. Malah jika tidak mandi pun bukan menimbulkan implikasi kesihatan. Semoga dengan penjelasan ini boleh menghilangkan kerungsingan anda untuk terus membersihkan badan, seterusnya melakukan ibadah dengan sempurna.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Dr.Amalina, Dr.Suhazeli Abdullah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×