40 Minggu

Buat Si Ibu ‘Hantu Kopi’, Ini Panduan Kandungan Kafein Dalam Minuman Untuk Ibu Hamil

123
SHARES

“Teringin la nak minum kopi, tapi orang cakap mengandung tak boleh minum minuman berkafein”

Buat si ibu yang merupakan pencinta minuman berkafein sudah pastinya akan rasa terseksa apabila tidak boleh meneguk air berkafein dalam sehari. Apa nak dibuat lagi jika sudah hamil dan ada pantang larang yang perlu diikuti termasuklah menghadkan pengambilan minuman berkafein.

Namun, tidak ramai dalam kalangan ibu hamil yang tahu bahawa bukan sahaja kopi mempunyai kandungan kafein yang tinggi, malah makanan lain juga. Oleh itu, penting untuk anda yang hamil untuk kenalpasti makanan jenis apakah yang mempunyai kandungan kafein supaya anda tak termakan atau terminum semasa hamil. Doktor pun dah pesan!

HADKAN PENGAMBILAN KAFEIN KETIKA HAMIL

Kopi memang sedap. Tapi tulah, kalau tak mengandung takde hal la nak minum kopi. Minum bersederhana la kan walaupun tak mengandung. Apa-apa pun dalam kuantiti berlebihan pasti memudaratkan. Tapi saya nak bagitahu kenapa kena limit caffeine masa mengandung. Semua ibu mengandung perlu hadkan pengambilan caffeine 200mg setiap hari. Tak boleh lebih-lebih. 200mg sahaja ingat tu.

Jangan lupa caffeine bukan setakat ada dalam kopi sahaja, caffeine ada dalam:

-Teh

-Coklat

-Minuman tenaga

-Sesetengah ubat batuk dan selsema

-Soft drinks seperti cola

MACAM MANA NAK TAHU BERAPA KANDUNGAN KAFEIN?

Macam mana nak tahu berapa banyak kandungan caffeine dalam sesuatu minuman atau makanan? Ni saya bagi sekadar anggaran sahaja.

-1 mug kopi segera : 100mg
-1 mug kopi filter : 140mg
-1 mug teh : 75mg
-1 tin coca cola : 40mg
-1 tin minuman tenaga (250ml) : boleh ada sehingga 80mg. Tin yg lebih besar mungkin ada 160mg
-1 bar plain chocolate  (50gm) : mungkin kurang 25mg
-1 bar milk chocolate  (50gm) : mungkin kurang 10mg

So kalau 200mg caffeine sehari, maka dalam sehari mak buyung sekalian hanya boleh menikmati lebih kurang :

-2 mug teh DAN 1 tin coca cola ATAU

-1 mug kopi segera dan 1 tin (250ml) minuman tenaga ATAU

2 mug kopi segera

Ni analogi sahaja, pandai-pandai la korang adjust mcm mana nak dapat 200mg caffeine setiap hari tu. Ni untuk mereka yang ‘hantu’ kopi tu mcm saiaa lah. Minuman Instant ( segera ) biasanya ada kandungan gula yang tinggi. Jaga-jaga!

PANDUAN DARI KEMENTERIAN KESIHATAN

Pengambilan caffeine berlebihan ketika hamil boleh memudaratkan kehamilan – baby boleh jadi kecik dan meningkatkan kes keguguran lebih-lebih lagi pada awal kehamilan

Maka, saya suka nasihatkan ibu-ibu mengandung sekalian untuk ELAKKAN at all cost pengambilan caffeine pada 12 minggu pertama kehamilan. Selepas 12 minggu kehamilan, hadkan pengambilan caffeine sehingga 200mg setiap hari jika korang takleh hidup tanpa minuman berkaffein. Sekali sekala terlebih 200mg sehari tu takpe, tapi jangan ler dibiasakan selalu.

Lagi bagus kalau ganti minuman-minuman berkaffein ini dengan jus buah ke atau segala minuman yg telah di-nyah caffein ( decaffeinated drinks ). Tu lagi baik. Ha jangan lupa, KURANGKAN manis ye. Kopi yang takde gula lagi sedap biasanya.

Sumber : Kementerian KesihatanDr.Izzat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×