Euforia Bola 2026
Inspirasi

“Alhamdulillah”- Ikut Jejak 3 Abangnya, Mia Ghazali Lengkapkan Legasi Emas Muay Thai Keluarga Di SUKMA

mia ghazali

Bukan mudah untuk menggalas nama keluarga yang sudah dikenali dalam dunia Muay Thai, namun Emylia Lynn Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Mia Ghazali, membuktikan dirinya mampu berdiri dengan pencapaian sendiri apabila menamatkan saingan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 dengan pingat emas.

Baca juga: “Kerja Abah Bukan Kerja Yang Orang Pandang Tinggi, Tapi Saya Bangga”– Anak Tak Pernah Malu Bapa 25 Tahun Pekerja Pembersihan

MIA GHAZALI RAIH EMAS MUAY THAI WANITA SUKMA 2026

mia ghazali

Gambar RTM.

Atlet Sarawak berusia 15 tahun ini muncul juara kategori 42 hingga 45 kilogram (kg) wanita selepas menewaskan wakil Johor, Damia Husna Azian, 34-33 dalam aksi final di KSL Esplanade Mall pada Ahad.

Kemenangan tipis itu diraih menerusi pertarungan sengit apabila kedua-dua petarung saling berbalas serangan sehingga pusingan terakhir. Dalam detik penentuan, Mia berjaya mengekalkan kelebihan satu mata untuk memastikan emas menjadi miliknya.

Emas Mia lengkapkan koleksi keluarga

Lebih istimewa, kejayaan tersebut melengkapkan satu pencapaian unik buat keluarga Ghazali apabila keempat-empat beradik kini mempunyai pingat emas SUKMA dalam sukan Muay Thai.

Rentetan itu bermula pada SUKMA 2022 menerusi Elias Ghazali dan Johan ‘Jojo’ Ghazali yang masing-masing meraih emas.

Pada edisi 2024 pula, Miki Ghazali meneruskan kecemerlangan keluarga sebelum Mia mengambil giliran pada SUKMA Selangor 2026.

Johan turut berkongsi detik membanggakan tersebut menerusi Instagram dengan menyatakan kejayaan keluarga Ghazali pada 2022, 2024 dan 2026 hadir berturut-turut untuk Sarawak.

“Congratulations @miaa_ghazali,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Namun, kejayaan Mia bukan sekadar bergantung kepada nama besar keluarganya.

Sepanjang saingan di SUKMA kali ini, Jojo dan Miki turut berada di sisinya sebagai ‘cornerman’, membantu memberikan panduan serta sokongan ketika atlet muda itu berdepan lawan di dalam gelanggang.

Baca juga: Siapa Lim You? Kaki Kiri ‘Berbisa’ Pemain Umur 14 Tahun Ini Meledak 7 Gol, Mimpi Ngeri Buat Arab Saudi!

Persiapan dua bulan akhirnya berbaloi

mia ghazali

Gambar Instagram Johan Ghazali.

Bagi Mia, emas yang diraih merupakan hasil persiapan intensif selama kira-kira dua bulan.

Tempoh tersebut dimanfaatkan untuk memperkemaskan teknik selain meningkatkan tahap latihan menjelang kejohanan.

“Saya sudah berlatih kira-kira dua bulan untuk teknik dan banyak memberi fokus kepada latihan. Semuanya berbaloi dan saya sangat gembira serta berpuas hati dengan keputusan ini,” katanya.

Cabaran di final juga bukan mudah apabila Mia berdepan Damia yang enam tahun lebih berusia daripadanya.

Bagaimanapun, usia dan pengalaman lawan tidak mengganggu keyakinannya kerana Mia memilih untuk berpegang kepada latihan yang telah dilakukan bersama jurulatih.

“Saya percaya kepada latihan saya, percaya kepada jurulatih dan percaya kepada Allah. Tidak lupa juga kepada keluarga saya,” katanya.

Baca juga: Dulu Iring Penumpang Di Awan Biru, Kini ‘Abang Belon’ Cipta Gubahan 3D Luar Biasa Hingga Jadi Rujukan Artis Dunia

Selepas kemenangan disahkan, Mia berkongsi rasa syukur menerusi Insta Stories dengan memuat naik foto dirinya sambil memegang pingat emas.

“Alhamdulillah,” tulisnya ringkas.

Kejayaan itu sekali gus menambah satu lagi bab dalam perjalanan keluarga Ghazali yang cukup sinonim dengan Muay Thai.

Daripada Elias, Jojo dan Miki, kini Mia pula mencipta detik tersendiri di pentas SUKMA. Ia menjadikan empat beradik, empat pingat emas dan satu legasi keluarga yang terus berkembang.

Sumber: Instagram Mia Ghazali & Johan Ghazali / Berita RTM / Sinar Harian

FT Image: Instagram Mia Ghazali / Berita RTM

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×