Seperti yang anda semua tahu, setiap ibu bapa sentiasa bekerja keras bagi memastikan masa depan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Ada yang bekerja dua syif dan memandu Grab selepas waktu bekerja untuk menjana pendapatan sampingan.
Disamping kos sara hidup yang semakin meningkat, ramai keluarga yang menghadapi kekangan kewangan turut berhadapan masalah kesuntukan masa untuk menyediakan hidangan yang lengkap buat keluarga mereka.
Isi rumah berpendapatan rendah lebih cenderung untuk kurangkan perbelanjaan barangan dapur atau harian.
Impak dan tekanan peningkatan kos sara hidup di Malaysia adalah lebih ketara dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah.
Dalam laporan media September lalu mendapati bahawa lebih setengah juta isi rumah kumpulan berpendapatan pertengahan (M40) telah tergelincir ke dalam kategori golongan berpendapatan rendah (B40) disebabkan oleh krisis COVID-19 yang memberikan tamparan hebat terhadap pendapatan rakyat Malaysia.
Keluarga berpendapatan kurang RM2,000 sebulan lebih cenderung untuk membeli telur dan mi segera berbanding kumpulan berpendapatan tinggi yang lain, serta kurang mengambil protein dan nasi (UNICEF & UNFPA Families on the Edge, 2020).
Menurut laporan National Health and Morbidity Survey 2019 (NHMS 2019), 9 daripada 10 orang dewasa dan kanak-kanak tidak mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan yang mencukupi setiap hari. Ianya merupakan komponen penting dalam sajian seimbang yang sepatutnya membentuk ½ daripada pinggan mereka, selaras dengan konsep Suku Suku Separuh mengikut Panduan Pinggan Sihat Malaysia.
Kedua ibu ini berdepan dengan kekangan hidup akibat pandemik COVID-19 & cabaran dalam menyediakan sajian seimbang dan berkhasiat untuk keluarga!
1. Puan Nuraini Balqis Binti Abdullah, 32 tahun
Puan Nuraini merupakan seorang ibu kepada tiga orang anak berusia 9, 7 dan 4 tahun. Pernah bekerja sebagai seorang kerani di sebuah firma guaman, tetapi berkeputusan untuk berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada anak-anak yang masih kecil.
Menurut Puan Nuraini, waktu pagi adalah waktu paling sibuk buatnya. Uruskan anak ke sekolah, memasak sarapan untuk suami dan anak- anak, kemas rumah, masak untuk makan tengah hari… memang tak menang tangan!
Puan Nuraini tidak pernah menyesal berhenti kerja. Ini kerana, masa bekerja dulu, beliau tidak sempat untuk masak kerana kekangan masa menguruskan kerja dan anak-anak.
Namun, kehidupan Puan Nuraini sekeluarga mula bertambah rumit apabila suaminya yang bekerja kontrak kehilangan kerja apabila projek yang dijalankannya dibatalkan ditambah pula dengan penularan wabak COVID-19.
Dengan sumber pendapatan yang semakin berkurang, pastinya ia membataskan pembelian termasuk bahan masakan serta sedikit sebanyak menjejaskan kualiti hidup seharian mereka. Puan Nuraini mengaku pemilihan makanan yang seimbang itu penting untuk tumbesaran anak-anak.
Namun, kekangan kewangan menyukarkan beliau untuk membeli bahan-bahan masakan yang mencukupi untuk menyediakan sajian seimbang harian. Ditambah pula anak-anak yang hanya suka pada lobak merah, kobis dan brokoli.
Tekad untuk membantu suaminya yang kini bekerja sebagai pemandu e-hailing, Puan Nuraini mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan. Beliau kini menjalankan perniagaan makanan bersama-sama rakannya Puan Siti Aminah, berdekatan dengan kediaman PPR mereka di Setiawangsa.
Puan Nuraini berkata, masa susah dan sibuk ini, MAGGI adalah penyelamat beliau. Mudah dan cepat untuk dimasak, termasuklah untuk suami dan anak sulungnya yang berusia 9 tahun itu. Katanya, semasa beliau sibuk di kedai, anak sulungnya akan masak Mi MAGGI Ayam kegemaran adik-adiknya, ditambah telur dan ayam, kadang-kadang ditambah dengan sayur.
Memandangkan harga sayur, telur dan bahan masakan lain semakin mahal, beliau perlu lebih berjimat dalam merancang pembelian bahan masakan dan sering membuat pembelian di pasar borong seminggu sekali.
Untuk sayur, Puan Nuraini memilih sayur-sayuran yang tahan lama, mudah disimpan dan dimasak oleh anaknya seperti kobis dan brokoli.
Dari kecil Puan Nuraini sudah ajar anak sulungnya memasak dan sentiasa mengingatkan anak-anak untuk lebihkan makan sayur-sayuran. Dengan perniagaan makanan ini, serba sedikit membantu menambahkan lagi pendapatan keluarga Puan Nuraini. Beliau berharap kehidupan mereka akan bertambah baik dan beliau dapat meningkatkan lagi penyediaan makanan seimbang dan lebih sihat di rumah.
2. Puan Siti Aminah Binti Mohd Hashim, 36 tahun
Ibu kepada empat orang anak berusia antara 3 bulan ke 9 tahun ini sangat lemah lembut perwatakannya dan merupakan seorang superwoman yang berani mencuba sesuatu yang baru. Sebelum menjadi seorang usahawan perniagaan makanan, pelbagai jenis pekerjaan beliau sudah cuba dan beliau tidak takut untuk mencuba sesuatu pekerjaan yang baru dan mencabar kerana komitmen yang semakin bertambah.
Katanya, sekadar pendapatan suaminya sebagai juru ukur tidak mencukupi untuk memberi kehidupan yang selesa. Lebih-lebih lagi dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, ditambah pula anak-anak yang bakal memasuki alam persekolahan tidak lama lagi. Banyak persediaan perlu dibuatnya.
Beliau mula menyimpan, berjimat-cermat dan lebih pentingkan keperluan anak-anak berbanding diri sendiri. Sesusah mana pun kata Puan Siti Aminah, beliau akan pastikan pemakanan keluarganya terjaga. Apabila ditanya mengenai pandangan beliau terhadap sajian seimbang, beliau bertegas, ibu bapa perlu peka dan mengawasi pemakanan anak- anak.
Puan Siti Aminah sangat suka memasak. Beliau memperoleh banyak inspirasi masakan baru dan sihat daripada video-video masakan oleh cef-cef terkenal tanah air dan influencer masakan seperti Duta MAGGI, Sis Sheila Rusly di TikTok dan Instagram.
Anak-anak sangat memilih dan tidak berapa suka makan sayur-sayuran. Menurut Puan Siti Aminah, beliau perlu lebih kreatif dalam masakan, terutamanya untuk memastikan masakannya mengandungi sumber nutrien asas yang diperlukan seperti karbohidrat, protein, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Beliau juga banyak menggunakan produk MAGGI dalam masakan untuk penambah rasa dan selera. Mi MAGGI Kari dan Ayam adalah kegemaran anak-anaknya. Apabila kesuntukan masa untuk memasak, hidangan Mi MAGGI cukup untuk buat keluarganya senyum lebar.
Beliau suka mencuba resipi baru MAGGI supaya anak dan suami tidak jemu. Kadang-kadang bersup, kadangkala goreng…mudah, cepat dan pasti lazat. Nak bagi seimbang, beliau akan memasukkan sayur sawi, ayam, atau makanan laut ke dalam masakan beliau.
Perkenalan Puan Nuraini dengan Puan Siti Aminah bermula semasa gotong-royong di sekolah anak-anak mereka. Dari situ, mereka menjadi semakin rapat dan membentuk satu ‘Group Chat’ di WhatsApp yang digelar ‘Group Chat Supermom’ bersama rakan ibu yang lain.
Menggunakan platform WhatsApp, ibu-ibu ini sering berkongsi masalah, resipi-resipi masakan dan peluang perniagaan di antara satu sama lain. Di musim perayaan atau hujung minggu, rakan-rakan ibu akan berkumpul di kedai mereka untuk memasak dan makan bersama-sama.
Puan Nuraini sangat bersyukur mempunyai rakan seperti Puan Siti Aminah, beliau banyak membantu Puan Nuraini dalam urusan perniagaan serta memberi sokongan sebagi seorang rakan sewaktu susah. Jadi, inilah pentingnya sokongan rakan-rakan ibu dalam komuniti.
MAGGI lancar kempen Sajian Seimbang Tanda Sayang
Setiap hidangan seimbang yang disediakan mencerminkan kasih sayang terhadap keluarga. Oleh itu, baru-baru ini MAGGI telah memperkenalkan ‘Sajian Seimbang Tanda Sayang’ untuk menggalakkan pemakanan seimbang dalam kalangan rakyat Malaysia, serta meraikan kreativiti kulinari ibu dalam menyediakan hidangan yang lebih sihat untuk keluarga mereka.
Kalau anda nak tahu lebih lanjut tentang kempen “Sajian Seimbang Tanda Sayang” MAGGI ni, sila layari laman web mereka di SINI.