Rakyat

Met Malaysia Nafi Cuaca Buruk Luar Biasa Hingga Hujung Oktober

29
SHARES

Met Malaysia sehingga kini tidak menjangkakan akan berlaku cuaca buruk luar biasa di Malaysia pada penghujung Oktober 2022 seperti dinyatakan dalam rakaman video yang tular di pelbagai platform media sosial serta aplikasi WhatsApp.

Keadaan cuaca di Malaysia sedang dipengaruhi oleh penumpuan angin di Semenanjung, utara Sarawak dan barat Sabah sehingga penghujung bulan Oktober.

Baca juga: Kena Buat 5 Senarai Kecemasan Ini Sebelum Berlaku Bencana, Penting!

MET MALAYSIA NAFI CUACA BURUK LUAR BIASA HINGGA HUJUNG OKTOBER

MetMalaysia telah mengeluarkan ramalan cuaca signifikan dan ia berdasarkan analisis model MetMalaysia Weather Research and Forecasting Model (MET-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS).

Keadaan ini berpotensi menyebabkan pembentukan awan ribut petir yang boleh membawa hujan lebat dan angin kencang pada sebelah petang hingga awal malam di kebanyakan negeri di Semenanjung, utara Sarawak, barat Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Pada masa sama katanya, satu sistem tekanan rendah terbentuk di timur Filipina dan dijangka bergerak ke arah barat dan barat laut menjauhi rantau negara.

Maklumat sahih berkenaan ramalan dan amaran cuaca boleh dicapai melalui laman web MetMalaysia iaitu www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi.

Sebarang penyebaran maklumat berita palsu dan tidak sahih boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sumber: Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×