Cantik

6 Rahsia Merahkan Bibir Yang Gelap Dan Kusam Dalam Satu Minggu

635
SHARES
petua merahkan bibir

“Cemburunya tengok si Alia tu, merah sungguh bibirnya walaupun tanpa ‘make-up’. Tak tahulah apa petua merahkan bibir yang dipakainya. Kalau tanya orang dulu-dulu, mesti tahu rahsianya.”

Siapa tak mahu bibir yang merah bak delima, kan? Mesti senang, tak payah susah-susah nak kenakan gincu lagi. Calitkan sedikit dengan ‘lipgloss’ saja sudah memadai.

 

petua merahkan bibir

Foto Kredit: noihirek.hu

Kenapa Bibir Menjadi Gelap Dan Kusam?

Sebenarnya, warna bibir boleh menjadi gelap atau tidak cantik akibat beberapa sebab seperti kesan pancaran matahari belebihan, reaksi terhadap alahan tertentu, penggunaan kosmetik yang kurang berkualiti, kesan merokok, pengambilan kafein keterlaluan, atau mungkin alasan semulajadi seperti ketidakseimbangan hormon.

Dengan mengamalkan beberapa petua merahkan bibir di bawah, anda tentu akan dapat melihat kesannya dalam masa yang singkat, bergantung kepada cara aplikasi dan penerimaan kulit anda.

Ini 6 Rahsia Merahkan Bibir Yang Gelap Dalam Satu Minggu

1. Campuran Lemon Dan Madu

Lemon dan madu dikatakan dapat memberi khasiat yang meremajakan kulit. Mana tidaknya, lemon kaya dengan vitamin C manakala madu pula mengandungi khasiat anti-bakteria dan anti-penuaan.

Lakukan langkah di bawah:

 

Biarkan semalaman untuk mendapatkan kesan yang lebih ketara dalam masa seminggu.

Tiada gliserin? Tiada masalah. Anda boleh menggantikannya dengan gula kasar – ianya juga cukup berkesan!

2. Gosok Bibir Dengan Berus Gigi

Pernahkah anda dengar petua ini? Selain menggunakan ubat gigi untuk gigi dan lidah, ubat gigi juga boleh diletakkan pada bibir seperti skrub.

Sebelum menggosok gigi, oleskan sedikit pada bibir anda. Gunakan berus gigi untuk membersihkan bibir anda sewaktu membilasnya selepas 3-4 minit.

Proses ini akan membuang sel-sel mati dan menggalakkan pembinaan kolagen, menjadikan hasil bibir lebih muda remaja.

petua merahkan bibir

Foto Kredit: fashionpheeva.com

3. Gula

Tahukah anda, sebenarnya gula merupakan bahan utama dalam pembuatan skrub bibir yang berada di pasaran.

Anda boleh buat sendiri skrub bibir di rumah menggunakan gula kasar dengan mencampurkannya dengan jeli petroleum atau ‘vaseline’ yang biasa terdapat di pasaran. Bahannya sangat mudah, seperti sukatan di bawah:

  • 1/2 cawan gula (jangan risau, bukannya kita makan gula ini ya!)
  • 2ml jeli petroleum (‘vaseline’)

Kalau tak ada ‘vaseline’ bolehlah diganti dengan air suam. Campurkan bahan hingga sebati dan sapukan pada bibir dalam gerakan membulat selama 3-4 minit. Bilaskan apabila ia kering.

4. ‘Lip Gloss’ Buah-buahan Segar

Buat sendiri ‘lip gloss’ atau balm dengan menggunakan buah-buahan merah semula jadi seperti strawberi, delima, buah naga, atau beri merah.

Lenyek atau kisarkan bahan-bahan ini dan tambahkan sedikit madu (sekiranya ada) dan oleskan pes ini pada bibir. Bilaskannya apabila ia mengering. Lakukan sekerap mungkin, sekurang-kurangnya 3 kali sehari.

Buah-buahan ini bukan saja memberi kelembapan bibir, ia juga membantu mengembalikan nutrisi serta menyerlahkan kemerahan bibir.

4. ‘Beetroot’

Ubi bit atau ‘beetroot’ adalah salah satu makanan yang berwarna merah semulajadi. Ia mempunyai ciri pencerah semulajadi yang boleh membantu mencerahkan warna bibir yang gelap.

Juskan ubi ini sebelum masuk tidur dan oleskan pada bibir anda. Warna merah pada jusnya ini akan meresap pada bibir dan menjadikan bibir anda merah bak delima pada keesokan paginya!

Anda juga boleh mencampurkan jus ubi bit dengan jus lobak merah untuk khasiat yang tak kurang hebatnya. Urutkan pada bibir anda selama lebih kurang 10 minit sebelum membilasnya dengan air suam.

Lakukan langkah ini sekurang-kurangnya sekali setiap hari.

Ubi bit atau 'beet root'

Ubi bit atau ‘beetroot’ mempunyai warna merah semulajadi yang sangat pekat

5. Banyakkan Minum Air Kosong

Selain melakukan petua di atas, pastikan anda meminum banyak air kosong untuk membantu penghidratan dan pengedaran darah. Kedua-dua proses ini adalah kunci kepada petua merahkan bibir secara semulajadi.

Banyakkan minum air masak (bukan air bergula)

Banyakkan minum air masak (bukan air bergula)

6. Minyak Zaitun

Selain itu, gunakan minyak zaitun atau minyak kelapa sebagai pengganti kepada gincu anda buat sementara waktu.

Kedua-dua minyak ini mempunyai banyak khasiat dan dapat menjauhkan bibir anda daripada bahan kimia buat sementara waktu.

Foto Kredit: fairwaymarket.com http://blog.fairwaymarket.com/2013/02/the-truth-about-olive-oil/

Foto Kredit: fairwaymarket.com

Bibir Mungil Berseri Dalam Satu Minggu!

Amalkan langkah-langkah semulajadi ini dengan konsisten untuk mendapatkan keputusan yang memberangsangkan.

Anda juga digalakkan agar mengamalkan pemakanan serta langkah hidup sihat seperti bersenam kerana kesihatan tubuh badan amat berkait rapat dengan fizikal setiap manusia.

Cepat cuba sekarang, minggu depan boleh lupakan gincu!

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×