Asuh

‘Menyamar’ Jadi Isteri Untuk Susukan Anak, Telatah Si Ayah Ini Sangat Mencuit Hati

466
SHARES

Melayan kerenah anak-anak kecil ternyata bukanlah mudah. Tambah pula jika si kecil lebih rapat dengan ibu dan hanya mahu si ibu berada bersama tidak kira masa, tak ‘berjalan’ kerja laij yang ibu perlu selesaikan. Situasi ini juga berlaku kepada keluarga ini dimana si ayah perlu ‘menyamar’ menjadi si ibu dengan mengenakan pakaian yang sama seperti ibunya. Perkongsian ini mendapat perhatian dan mencuit hati ramai orang kerana tekniknya yang sangat kreatif!

JADI ‘NINJA’ UNTUK SUSUKAN ANAK

So, disebabkan Farizah merupakan seorang yang berniqap maka suaminya mengambil keputusan untuk memakai niqab isterinya dan menyusukan anak mereka, ternyata helah tersebut menjadi apabila si bongsu senyap dan ‘menyonyot’ botol susu yang diberikan suaminya itu.

Bila mak kau busy dgn order, haqq pulak merengek nk ibu. Sekali bapak kau dtg..terus senyap. Mata haqq pun tengok mcm pelik, mcm ser@m . Selalu kalau ibu pakai niqab sembang dgn haqq, haqq mesti senyum. Tp kali ni bulat mata dia.”

Katanya pada ketika itu dia terfikir, sekiranya suaminya bersuara hatta batuk sekalipun pasti anak kecil itu tau yang berniqab tersebut bukan ibunya yang sebenar.

“Ini klu bapak kau batuk Confrm kantoi. Mcm2 pujuk x jln. Nie jalan terakhir abi kau memujuk nak. senang keje mak lepas nih. Asal merengek nk ibu..abi sarung niqab, haqq pun senyap”

#ini_bukan_mak_nakkk
#bapak_kau_ninja
#anwarrul_haqq

Katanya mereka mempunyai 5 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki, selepas 9 tahun barulah dapat yang si baby, sebab tu ‘melekat’ lain macam dengan ibunya..patutlah, jarak anaknya jauh, memang manja la.

“Kami anak 5 Perempuan, 1 lelaki. 9thn baru dpt yg si baby. Harus la manje nak merap ngn mak , sampai abi pun terpaksa olok2 jadi mak”

Farizah menjelaskan dia ketika itu sedang sibuk menyiapkan order kek, sebab tu suaminya terpaksa menyamar dengan memakai niqab, supaya anak lelakinya senyap.Lagipun Haqq agak susah dilayan oleh orang lain.

“Ini hanya jln terakhir je usaha bapak nye haqq nak kasi dia diam. Puas pujuk..kang klu tak ibu x leh buat keje nak oii. Mujur bapak boleh olok2 jadik mak.

Tidak lama lepas Farizah muat naik gambar suaminya berniqab, postingnya terus viral dan dibanjiri dengan komen-komen netizen yang kelakar melihat aksi ‘ninja’ suaminya itu.

Sumber : Farizah Jaafar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×