Famili

[VIDEO] Gara-Gara Cucu Susah Minum Susu Botol, Atuk Menyamar Jadi ‘Ibu Menyusu’. Lucu!

159
SHARES

Siapa pernah mengalami situasi dimana bayi tidak mahu menyusu dalam botol? Mesti ada bukan? Maklumlah, ada ibu yang terpaksa bekerja dan menjadikan susu di dalam botol sebagai pengganti susu badan apabila tidak bersama dengan si kecil. Jadi, bila ada yang tidak mahu menyusu di dalam botol dan tidak merasa ‘hangat’ tubuh si ibu, memang meragam si kecil!

Oleh itu, terdapat perkongsian menarik di laman TikTok dimana seorang datuk menyamar sebagai ibu menyusu semata-mata untuk menyusukan cucunya menggunakan susu di dalam botol. Nampaknya teknik yang digunakan oleh datuk ini menjadi dimana cucunya berjaya menerima susuan di dalam botol. Lucu betul!

DATUK ‘MENYAMAR’ JADI IBU MENYUSU

@xo.weendyyTo all the dads out there who struggle with their little ones not taking the bottle 😂💀 ##fyp ##foryou ##parati ##fypシ ##4u ##grandchild♬ original sound – Wendy Rangel

Daripada perkongsian Tiktok Wendy Rangel, dia mendedahkan anaknya mengalami kesukaran untuk minum susu di dalam botol. Oleh itu, si ayahnya yang merupakan datuk mempunyai idea yang bernas dimana, seakan-akan menyamar sebagai ibu yang kononya sedang menyusu.

Selepas memotong sedikit bajunya kepada bulatan kecil, si datuk memasukkan botol susu tersebut lalu bersedia untuk ‘menyusukan’ cucunya. Taktik ini benar-benar menjadi apabila anak kecil itu terlihat selesa semasa menyusu seperti berada di pangkuan si ibu.

Meraih lebih 8 juta tontonan sejak dimuat naik, gelagat si datuk mendodoi bayi berkenaan dengan lagu yang comel juga mendapat pujian ramai. Bukan sahaj terhibur dan menambat hati warganet, malah ramai juga yang memuji pengorbanan yang dilakukan oleh datuk ini demi memastikan cucunya mendapat susu yang cukup.

‘TUNJUK VIDEO INI BILA BAYI DAH DEWASA’

Maka orang ramai pun ‘membanjiri’ ruangan komen Tiktok tersebut dengan kata-kata pujian. mungkin anda pun boleh cuba?

Sumber: xo.weendyy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×