Dapur

Cabaran Kurus Sebelum Raya, Ini 13 Menu Eat Clean Anda Wajib Cuba!

84
SHARES

Sedar tak sedar, lagi dua bulan sahaja kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. Oleh sebab itulah, ramai dalam kalangan kita yang sudah bersiap sedia untuk mendapatkan berat badan ideal. Sudah pastinya bulan puasa nanti selain dari beribadat kita akan mengambil peluang untuk menurunkan berat badan juga, tetapi tidak salah untuk kita mulakan dari awal.

Oleh itu, ini perkongsian 13 menu eat clean yang anda boleh cuba dari sekarang bagi mendapatkan berat badan yang ideal! Yang pasti, bukan sahaja kurus malah badan pun akan jadi sihat.

13 MENU EAT CLEAN UNTUK ANDA YANG NAK KURUS!

MENU SATU

Carbohydrate :Roti Wholemeal

Protien :Telur Ayam

Fibre :Lettuce Romaine

-Carrot
-Broccoli
-Cauliflower
-Tomatoes Cherry
-Chiliflakes homemade
-Garam

Telur rebus sampai masak..buang kulit potong 4..Broccoli, carrot dan Cauliflower kukus separuh masak, da masak hidangkan dgn Romaine, roti yang sudah dicarikkan, letak telur, taburkan garam dan chiliflakes.

MENU 2

Carbohydrate :Russet Potato

Protein :Egg scramble(kosong) 1bj
Baked bean 2tbsp(Ayam Brand light)

Fibre :Broccoli

-Lettuce Romaine
-Kubis Unggu
-Tomatoes Cherry
-Chili flakes homemade

Telur masak macam biasa ,sapukan sedikit unsalted butter.Baked bean panaskan sekejap dengan microwave. Broccoli kukus separuh masak.Kentang potong cube gaul sedikit garam grill kan sampai masak..Dah siap semua bahan-bahan hidangkan.

MENU 3

Carbohydrate :Roti Wholemeal

Protien :telur mata 1bj
Baked bean 1tbsp (Ayam brand light)

Fibre :Dragon Fruit
-Lettuce Romaine
-Chili flakes homemade
-Garam

Telur masak mcm biasa,sapukan sedikit unsalted butter dan taburka sedikit garam atas telur..Roti tu grillkan sekejap pastu carikkan..Baked bean panaskan sekejap.

MENU 4

Carbohydrate :brown rice 1 senduk (brand jasmine)

Protien :Ayam Masak Asam pedas bendi

Fibre :Peas Sprout
-Timun kecik
-Bijan hitam/putih
-Bende asam pedas

Asam pedas masak macam biase NO MSG Kurangkan minyak masak.

MENU 5

Carbohydrate :Brown rice 1senduk

Protien :Daging seketul(sebesar kotak mancis)
Telur mata 1bj

Fibre :Lettuce Romaine
-Tomatoes
-Bijan hitam/putih

Tumiskan bawang merah 7 hiris,bawang putih 2 biji ketuk dan hiris dengan sesudu minyak masak,masukkan daging yg dipotong kecil,masakkan sampai daging betul2 masak masukkan nasi,sayur sawi putih segenggam,cili padi 3bji ketukkan..garam dan b.pepper Secukupnyer…dah masak hidangkan dengan telur mata.

MENU 6

Carbohydrate :Tepung Wholemeal 4tbsp rata (brand matahari)

Protien :Telur 1bj
Fresh milk 150ml (minum)

Fibre:Pisang Berangan 2bj (1biji blend kan bersama tepung)

Blendkan tepung,serbuk penaik sedikit je,telur, pisang dan sedikit fresh milk.. pastu panaskan pan..saya letak adunan guna sudu makan.. dah siap hidangkan potongan pisang dan sedikit madu.

MENU 7

Carbohydrate :sweet potato 1 biji (orange)

Protien :Chicken Breast grill

Fibre :Lettuce Romaine
-Tomatoes Cherry
-Chiliflakes homemade
-Bijan hitam/putih

Kukus kan potato sampai masak..pastu leyekkan dengan daun bawang sedikit, bawang merah sedikit potong dadu dan sedikit garam..pastu bentukkan jadi patty dan grill dah masak hidangkan. Dada ayam gaul dengan garam dan b.pepper pastu grill sampai masak.

MENU 8

Carbohydrate :Soun segengam lepas dicelur

Protien :Udang 6ekor

Fibre :Broccoli
-Mushroom king
-Cili padi
-Bawang Merah
-Bawang putih
-Carrot
-Cili besar merah
-Bijan hitam putih
-Garam
-Black Pepper
-Sedikit tepung jagung

Rebus air,masukkan udang,bawang,cili..udang dah separuh masak masukkan sayur,garam dan b.pepper Secukupnyer rase..syur da separuh masak masukkan air tepung jagung untuk pekatkan kuah. Kuah da pekat rase pun da sesedap.. jiruskan atas soun dan taburkan bijan.

MENU 9

#myhealthysnack

-Buah Naga
-Mangga
-Cincau
-Serbuk kacang

MENU 10

Carbohydrate :Brown rice 1senduk

Protien :Chicken Breast sedikit grill
Telur mata

Fibre :carrot
-Timun 11hiris
-Mushroom king
-Lettuce Romaine
-Tomatoes Cherry
-Chili flakes homemade
-Bijan hitam/putih

Ayam gaul sedikit garam dan grillkan sampai masak. Carrot dan cendawan potongkan pastu grill separuh masak. Telur masak mcm biasa sapukan sedikit unsalted butter. Nj sy makan bersama sambal lada.

MENU 11

Carbohydrate :Wrap Wholemeal

Protien :egg scramble 2bj

Fibre :Lettuce Romaine
Tomatoes
Cili padi
Bijan hitam/putih

MENU 12

Air sejuk 300ml
-Cincau 2 potong bulat (no sugar)
-Madu pure 1tbsp
-selasih 1tsp rendam sampai kembang..

MENU 13

Air sejuk 300ml
Selasih 1tbsp (terbanyak lak)
Air Bunga telang

*Ada yang nak try amalkan?

Sumber: Mammy Esha

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×