Famili

Viral Bawa Mangkuk Tingkat Ke Sekolah, Menu Murid Ini Cetus Inspirasi Buat Kaum Ibu

584
SHARES

Baru-baru ini viral di laman media sosial mengenai perkongsian gambar seorang murid sekolah yang membawa bekal mangkuk tingkat ke sekolah. Hal ini kerana, ada sesetengah pihak yang agak tidak biasa melihat seorang kanak-kanak membawa bekal di dalam mangkuk tingkat dan menganggap perkara tersebut agak menghiburkan dan ‘terlampau’ banyak untuk kanak-kanak.

Namun, sebenarnya tindakan ibu yang menyediakan makanan sedemikian kepada anaknya tidak salah dan patut dicontohi. Oleh itu, ramai warganet yang turut positif dan menyokong tindakan ibu kanak-kanak tersebut dan memuji bahawa ibunya adalah seorang yang sangat rajin!

MAKANAN MANGKUK TINGKAT ADIK ISYA LENGKAP DENGAN KHASIAT!

Wowwww power eh menu hari-hari adik isya ni.. Kagum. Bukan dia je bwk tepen gi skolah. Abg2 dia pon sama sekali pak dia cikgu skola tuh.. Seronok betul dapat budak kaki makan tak cerrrreweet mcm dia ni. Lagi mak dia semangat masak. Yg kecam dia tu mohon belek gambar dia ni. Aku da puas jjln kt fb mak dia. Btw tepen kuning tu mahal gak. Mana dpt singgit dua. Pandai2 je kondem2 suggest itu ini. Makdia tau la apa tbaik utk anak2 dia. Kah! Semoga lebih ramai mak2 inspired dengan semangat ibu dia nih.

Bukan itu sahaja, warganet juga berkongsikan bahawa harga mangkuk tingkat yang digunakan sebenarnya tidak murah. Hal ini kerana mangkuk tingkat yang digunakan adalah berkualiti.

MENU BEKAL TIGA BERADIK, SEMUA MEMANG WOW!

Bukan itu sahaja, ibu adik Isya ini juga turut berkongsikan menu bekal mangkuk tingkat yang bukan sahaja disediakan kepada adik Isya sahaja, malah turut disediakan kepada dua orang abangnya. Kalau dilihat dari menu yang disediakan memang lengkap dengan zat dan protein yang lengkap!

*Memang patut dipuji. Bukan sahaja nasi disiapkan lengkap bersama lauk-pauk, malah buah-buahan juga turut disediakan. Semoga ibu adik Isya terus diberikan kerajinan untuk membekalkan anak-anak dengan makanan yang sihat-sihat belaka.

Sumber: Amoideyla Othman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×