Rakyat

Menteri Pendidikan Umum 5 Inisiatif & 9 Intervensi Kerajaan Untuk Ringankan Beban Guru

2
SHARES

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik telah mengumumkan 5 inisiatif yang merangkumi 9 intervensi dari Kementerian Pendidikan bagi meringankan bebanan tugas guru di seluruh negara.

Rancangan jangka pendek pihak kerajaan

Kesemua inisiatif tersebut merupakan perancangan jangka pendek di bawah bahagian proses pengajaran yang menjadi tumpuan utama Kementerian tahun ini. Sememangnya, tugas guru bukan sahaja mendidik, malah ia meliputi pelbagai aspek yang sangat meluas. Jadi, dengan adanya inisiatif baharu ini sedikit sebanyak dapat meringankan tugas-tugas guru.

Inisiatif pertama: Memudahkan pengurusan fail dan dokumentasi

Inisiatif pertama iaitu memudahkan pengurusan fail dan dokumentasi akan mengandungi 3 intervensi melibatkan pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), fail panitia dan pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

Inisiatif kedua: Pengurusan data dan sistem dalam talian

Inisiatif kedua pula melibatkan pengurusan data dan sistem dalam talian yang merangkumi dua intervensi yang akan dilaksanakan iaitu pengumpulan data diambil daripada sumber sedia ada kementeria dan penggunaan sepenuhnya sistem kehadiran murid secara dalam talian.

Inisiatif ketiga: Merangka sendiri pelaksanaan Literasi dan Numerasi (Linus)

Bersesuaian dengan pemansuhan peperiksaan Tahap Satu, kementerian akan melaksanakan inisiatif ketiga bagi memberi ruang kepada sekolah untuk merangka sendiri pelaksanaan Literasi dan Numerasi (Linus) bersesuaian dengan keperluan murid.

Inisiatif keempat: Penyeragaman borang dan proses pemantau

Inisiatif keempat pula adalah penyeragaman borang dan proses pemantau menerusi dua intervensi bagi memastikan guru tidak terbeban untuk mengisi borang kebersihan, keselamatan dan penarafan kantin.

Inisiatif kelima: Penyelarasan jawatankuasa

Inisiatif yang terakhir pula berkaitan penyelarasan jawatankuasa di peringkat sekolah bagi memastikan jawatankuasa tidak berkaitan tugas mendidik akan dimansuhkan.

Pendidikan bukanlah sekadar proses transfer ilmu pengetahuan dari pendidik ke anak didik sahaja, malah guru ditugaskan untuk mendidik murid menjadi insan yang berjaya kelak.

Sumber: Instagram Dr. Maszlee Malik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×