Famili

Menarik! Perkongsian Dari Hanis Zalikha Untuk Hindarkan Perasaan ‘Lonely’ Dalam Kalangan Ibu

4.2K
SHARES

Apabila sudah bergelar ibu dan juga surirumah, sudah semestinya rasa sunyi itu akan menjelma. Biasalah, bila sibuk menguruskan anak-anak, suami pula tiada di rumah kerana bekerja, jadi kita tiada teman untuk bersembang. Ramai juga ibu yang akan merungut bahawa setelah menjadi seorang ibu ini, jarang untuk kita dapat meluangkan masa dengan diri sendiri.

Oleh itu, jom kita baca sedikit perkongsian menarik dari selebriti terkenal dan juga seorang ibu iaitu Puan Hanis Zalikha ni laman Facebooknya mengenai apa yang dimaksudkan dengan ‘Motherhood and Loneliness’. Mungkin ramai para ibu yang mengalami situasi ini dapat berkongsi pendapat dan menjadikan perkongsian ini sebagai panduan.

***

MOTHERHOOD AND LONELINESS

Tadi Mommynis ada post video tentang Motherhood & Loneliness. Ia menceritakan pasal kesunyian & kesepian menjadi seorang mak. Ada seorang mak tu cakap dia rasa sunyi (and sesat sorang2), bila berada di kalangan ibu kerana semua ibu-ibu ni cerita pasal bestnya jadi mak, betapa seronok jaga anak. So dia sunyi sebab dia rasa macam — “semalam aku tidur 2 jam je, aku rasa cam sampah, apa korang cakap ni?!”. Pastu dia sambung lagi, sepanjang hari dia akan bercakap dengan manusia kecil ni yang takkan bercakap balik dengan kita. And topik2 nak cakap pun topik terpilih. Jadi rasa sunyi sungguh2 berkepit dengan baby. Sampai dia tersedar yang seharian suntuk dia takde proper conversation dengan sesiapa.

Hal-hal yang dia cakap tuh I takleh relate sangat sebab keadaan kami tak sama. So I kata ; eh mana ada sunyi apeni. Tapi bila second person pula cerita dia rasa macam banduan kat rumah sendiri, tapi banduan atas pilihan sendiri. Sebab dia yang pilih nak duduk rumah dengan anak untuk keselamatan dan keselesaan. Namun hari terasa panjang. Tengok jam and tunggu je suami balik. Tetiba ayat last tuh is so me. Tengok jam tunggu suami balik LOLOL!!! Maksudnya ada juga rasa sepi yang I tak perasan. Sejak ada baby ni memang suka gila tengok suami melangkah masuk rumah like amagad my bestfriend is baaaack. (Ini untuk hari-hari yang I work from home and he has a shooting / work outside). Bila jadi mak ni, kita lagi memerlukan suami kita. Mommynis harap ibu-ibu yang merasainya tolong communicate dengan orang sekeliling sebab hidup harus positif dan cari jalan penyelesaian. Loneliness is a real thing so talk to someone.

www.facebook.com/pg/haniszalikhaFB

www.facebook.com/pg/haniszalikhaFB

Kalau pasangan pula, suami kena faham, bila ada anak, lagilah dia kena banyak duduk rumah, bukan sebaliknya. Memang ada suami yang ingat dah ada anak, lagi diorang boleh kat luar lama-lama sebab anak akan teman isteri. NO. Suamilah peneman isteri untuk besarkan anak-anak. Untuk suami yang kerja jauh, pastikan your wife dah ada support system yang bagus keliling dia, kalau tak, sunyi.

www.facebook.com/pg/haniszalikhaFB

www.facebook.com/pg/haniszalikhaFB

Sumber Facebook : Hanis Zalikha 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×