Advertorial

5 Sebab Anda Patut Melawat Melbourne Dalam Musim Luruh

55
SHARES
melawat melbourne

Musim luruh yang berlangsung dari bulan Mac hingga Mei selalu dianggap sebagai waktu terbaik untuk melawat Melbourne, Australia.

Tentu ramai setuju bahawa musim luruh adalah waktu terindah untuk anda mengabadikan kenangan dalam Instagram (tanpa menggunakan ‘filter’). Malah, ada pelbagai pesta disambut meriah dalam suhu dingin yang nyaman dan tidak terlalu sejuk. Jadi, tak perlu risau jika ada anak kecil, cuacanya begini memang sesuai dengan semua!

Tapi, selain itu, apa lagi yang boleh anda nikmati di sana?

melawat melbourne

Foto Kredit: visitmelbourne.com

Ini 5 Sebab Anda Patut Melawat Melbourne Dalam Musim Luruh

1. Dedaunan Luruh

Di tengah bandar, Carlton Garden menjadi tarikan ramai pengunjung untuk menikmati pemandangan dan mengabadikannya dalam fotografi. Jalan menuju ke Royal Exhibition Building dihiasi dengan pokok oak dan elm, seolah-olah membentuk bingkai semulajadi bagi bangunan dan air pancut. Sebiji macam dalam poskad!

Di luar bandar pula, Bright merupakan salah satu tempat popular untuk anda menikmati keindahan dedaunan luruh. Terletak 3 jam setengah dari Melbourne, Bright Autumn Festival diraikan pada penghujung April setiap tahun. Sepanjang festival yang berlangsung selama 10 hari ini, jalan-jalan akan dipenuhi dengan peniaga, muzik jalanan, dan juga perarakan.

melawat melbourne

Carlton Garden / Foto Kredit: visitmelbourne.com

2. Berkelah di bawah langit biru

Musim luruh biasanya dingin dan berangin, jadi memang seronok kalau dapat berkelah sambil menikmati pemandangan di taman-taman yang cantik. Royal Botanical Garden adalah tempat terbaik untuk anda bermalas-malasan dengan teman atau keluarga. Terletak di tengah-tengah kota, taman ini bak sebutir oasis yang subur dengan lebih 10,000 jenis spesies tanaman dari seluruh dunia.

Federation Square yang terletak berhampiran Sungai Yarra pula adalah tempat yang agak sibuk dan sesuai untuk perjumpaan yang kasual. Ia juga menganjurkan aktiviti menarik seperti yoga, dan pameran kesenian.

Jika anda lebih suka makan di restoran daripada berkelah, berkunjunglah ke Riverland Cafe yang terletak di tepi Sungai Yarra. Lokasi ini tentu amat strategik dan ideal bagi anda yang suka bersosial, tetapi tidak mahu melepaskan peluang menatap keindahan Melbourne.

Pemandangan indah di Sungai Yarra / Foto Kredit: www.visitmelbourne.com

Pemandangan indah di Sungai Yarra / Foto Kredit: visitmelbourne.com

3. ‘Hiking’, berbasikal, dan makan!

Selain terkenal sebagai pusat penanaman, penternakan, dan penghasilan arak atau‘wine’, Grampians mempunyai keistimewaan dari segi geografinya yang luarbiasa. Di sini, terdapat laluan ‘hiking’ yang dipenuhi dengan pelbagai keindahan semulajadi termasuklah air terjun.

High Country Harvest, yang terletak kira-kira 3 jam dari bandar Melbourne turut menganjurkan lebih 40 aktiviti termasuk pesta makanan dan berbasikal di dalam kawasan desa.

4. Boleh ketawa sampai pecah perut

Melbourne International Comedy Festival meraikan ulangtahunnya yang ke-30 tahun 2016 ini. Ianya akan berlangsung daripada 23 Mac hingga 17 April 2016. Inilah salah satu daripada tiga festival komedi terbesar di dunia!

Ia menampilkan lebih 1200 pelawak yang membuat lebih 6500 persembahan di hampir 100 tempat dalam bandar tersebut. Sebenarnya, festival ini juga menganjurkan ‘roadshow’ ke serata dunia, termasuklah Malaysia di sekitar bulan Julai setiap tahun.

5. ‘Berjumpa’ Marilyn Monroe

Alang-alang melawat Melbourne, luangkanlah masa melawat ikon terkenal ini melalui ‘Marilyn Monroe, The Exhibition’. Pameran ini adalah hasil kerjasama oleh Twentieth Century Fox dan Bendigo Art Gallery.

Terdapat artifak asli, pakaian, dan pelbagai barangan yang pernah dipakai atau dimiliki oleh Marilyn Monroe, aktres lagenda ini.

Selain itu, terdapat sebuah struktur arca ikonik gaya ‘skirt terangkat’ Marilyn Monroe, Forever Marilyn yang diukir setinggi 8 meter. Pameran ini akan berlangsung daripada 5 Mac hingga 10 Julai 2016.

TV - Marilyn Monroe

Teruja bukan? Jom kemas beg sekarang!

Untuk maklumat lanjut, layari www.visitmelbourne.com atau dapatkan info terkini di sosial media dengan #visitmelbourne melalui akaun Instagram dan @melbourne di akaun Twitter.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×