Famili

Me-O Edarkan Payung Parasol & Apron Untuk Peniaga Kecil.. Jom Daftar Sekarang!

3.4K
SHARES

Saban hari, sejak pandemik Covid-19 melanda negara, kita sering mendengar keluhan dan rintihan rakyat yang terkesan akibat daripada masalah ini. Ada diantara kita yang tidak dibayar gaji, diberikan cuti panjang dan diberhentikan pekerjaannya.

Sadis kan? Namun, ramai dikalangan individu ini terus berjuang dan memilih untuk menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan demi mencari sesuap nasi buat keluarga tercinta kerana keadaan ekonomi yang belum stabil menyebabkan peluang pekerjaan semakin berkurangan.

Me-O nak ‘Payung!’ perniagaan anda!

Ha! Terkini Me-O nak payung perniagaan kecil anda dengan payung parasol dan apron percuma.

Caranya mudah je, anda cuma perlu ikuti langkah di bawah:

  1. Ambil gambar hadapan dan papan tanda gerai anda
  2. upload gambar tersebut dan isikan maklumat anda di borang penyertaan di www.perfectcompanion.com.my
**Peniaga terpilih akan dihubungi sebulan setelah tempoh pencalonan tamat.

Anda bukan hanya boleh mendaftarkan diri anda tetapi anda juga boleh mendaftarkan kenalan dan ahli keluarga anda yang ingin menyertai program anjuran Me-O ini. Semoga dengan hasil usaha yang dijalankan oleh pihak Me-O, sedikit sebanyak bebanan yang ditanggung oleh peniaga kecil ini dapat di diringankan.

Dikenali di Asia Tenggara, Me-O tawar pelbagai pilihan produk makanan kucing!

Me-O bukanlah jenama yang asing lagi bagi peminat kucing. Menawarkan pelbagai variasi makanan kucing seperti makanan kering, makanan basah dan ‘Cat Treat’ yang diperkaya dengan pelbagai sumber khasiat dan kebaikan.

Maka, tak hairanlah jika jenama ini mendapat tempat di hati Si Meowy.

Me-O sesuai untuk semua baka kucing.

Selain itu, makanan kucing keluaran Me-O sesuai diambil oleh semua baka kucing. Lengkap dengan pelbagai nutrisi seperti Taurina, Vitamin C dan Omega 3 & 6 serta Zinc. Me-O juga dapat membantu mengelakkan masalah jangkitan pada pundi kecing Si Meowy.

Dengan Me-O, Si Meowy anda akan jadi lebih cergas dan dalam masa yang sama bulu dan kulit si Meowy akan jadi lebih berkilat dan sihat.

Antara produk best seller Me-O adalah Me-O Cat Lick! Me-O Cat Lick ni ada pelbagai variasi seperti:

  • Chicken and Liver
  • Bonito
  • Crab
  • Salmon
  • Katsuo
  • Tuna with Scallop
  • Maguro

Pek sachetnya memudahkan untuk diberikan kepada Si Meowy dan proses direct feeding ni boleh merapatkan hubungan anda dan Si Meowy. Bagi anda yang berminat nak cuba produk Me-O untuk Si Meowy, anda boleh dapatkan produk Me-O di semua pasar raya, pasar mini, kedai haiwan peliharaan atau secara atas talian di:

Nak dapatkan lebih banyak info mengenai produk dan aktiviti terkini Me-O? Ikuti Facebook rasmi mereka  di https://www.facebook.com/mymeocat/

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×