Kewangan

Maybank Tawar Bantuan Banjir, Tangguh Bayaran Pinjaman & Kurangkan Ansuran Bulanan

107
SHARES

Susulan daripada bencana banjir yang melanda di beberapa buah negeri, banyak dalam kalangan organisasi kewangan tertentu yang bertindak untuk membantu mengurangkan beban mangsa yang terlibat. Tidak ketinggalan, pihak Maybank turut tampil menawarkan bantuan banjir kepada pelanggan mereka yang terjejas.

Baca juga: #DaruratBanjir: Senarai Lengkap Tempat Anda Boleh Salurkan Derma & Bantuan

MAYBANK TAWAR BANTUAN BANJIR, TANGGUH BAYARAN PINJAMAN & KURANGKAN ANSURAN BULANAN

Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi Maybank, bantuan yang diberikan adalah termasuk dengan penangguhan pembayaran atau pinjaman, pengurangan ansuran bulanan atau lanjutan tempoh pembayaran balik.

Selain itu, Maybank juga menawarkan pengecualian yuran dan caj bagi perkidmatan terpilih seperti penukaran kad debit, kad ATM atau buku cek yang hilang atau rosak semasa banjir.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk di bawah:

#MBBAlert Pelanggan yang Dihormati,

Kami menawarkan #BantuanBanjir kepada mereka yang terjejas akibat banjir besar disebabkan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Bantuan Banjir ini akan termasuk, antara lain, penangguhan pembayaran pembiayaan/pinjaman, pengurangan ansuran bulanan atau lanjutan tempoh pembayaran balik.

Selain itu, kami juga menawarkan pengecualian yuran dan caj untuk perkhidmatan terpilih, seperti penggantian kad debit, kad ATM atau buku cek yang hilang atau rosak semasa banjir. Kami juga akan memberikan pengecualian untuk caj lewat untuk kad kredit pelanggan yang terjejas.

Untuk memohon, e-mel kami di [email protected] atau lawati mana-mana cawangan/pusat kami.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Talian Perkhidmatan Pelanggan kami di 1-300-88-6688 atau layari : –https://maybank.my/3mk5SoJ

Sumber: Maybank Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×