Hebahan

MB Perak Umumkan Kemasukan Percuma Ke MAPS Ipoh Mulai 1 Mac 2019

28.7K
SHARES

Wah, berita baik bagi anda yang belum berkesempatan nak berkunjung ke Movie Animation Park Studio (MAPS) yang terletak di Ipoh ni!

Hari ini Menteri Besar Perak mengumumkan mulai 1 Mac 2019, para pengunjung akan dibenarkan untuk masuk ke MAPS secara PERCUMA.

Ia adalah antara pembaharuan di bawah Strategi Baharu Model Perniagaan MAPS, di mana pengunjung hanya perlu membayar sekiranya mereka mahu bermain permainan atau menonton persembahan disediakan.

Foto Kredit: Perak Today

Kupon Permainan / Persembahan Bermula Serendah RM3

Menariknya, setiap permainan atau persembahan hanya akan dikenakan bayaran kupon antara RM3 hingga RM15 seorang untuk sekali masuk.

Jika dibandingkan dengan sebelum ini, harga tiket masuk tanpa promosi adalah RM80 bagi dewasa manakala RM70 bagi kanak-kanak.

Banyak juga dapat jimat tu kan?

Pas Istimewa Turut Disediakan

Selain itu, bagi memberi kemudahan kepda pengunjung berkemampuan, pihak MAPS akan memperkenalkan dua bentuk tiket istimewa iaitu:

i) MAPS Passport (RM80) = Pembeli tiket ini boleh menaiki setiap permainan dan tarikan yang ada di MAPS untuk sekali saja dengan tempoh sah adalah selama 30 hari.

ii) MAPS Infinite Pass (RM145) = Pembeli tiket ini boleh menaiki dan menikmati setiap tarikan yang ada di MAPS seberapa banyak kali yang mereka mahu dalam tempoh sehari.

Waktu Operasi Baru

Dah teruja nak datang tu, take note juga ya sebab MAPS akan memulakan waktu operasi baru.

Waktu operasi MAPS selepas ini adalah bermula pada jam 4 petang sehingga 12 malam bagi hari Isnin, Selasa dan Khamis.

Manakala, bagi hari Jumaat dan hujung minggu, MAPS akan beroperasi bermula jam 10 pagi sehingga 12 tengah malam.

Sebahagian Daripada Usaha Menjadikan MAPS Mesra Rakyat

Menurut sumber, usaha ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk menjadikan taman tema ini sebagai mesra rakyat, sekaligus mengotakan janji Menteri Besar untuk mengkaji semula harga tiket MAPS.

Jadi apa lagi, cuma lebih kurang 2 jam lebih dari KL kan?

Jom rebut peluang berkunjung ke MAPS dengan keluarga, saudara-mara, rakan dan anak-anak. Mesti seronok pergi ramai-ramai!

 

*Sumber: Perak Today

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×