Terapi

Guna Permainan Pop-It Boleh ‘Pancing’ Anak Kenal Huruf & Operasi Nombor. Ini Caranya!

3.3K
SHARES
permanan pop it

INI MANFAAT PERMAINAN POP-IT UNTUK KANAK-KANAK, BOLEH BANTU KENAL HURUF DAN NOMBOR JUGA!

Pernahkah anda melihat permainan silikon berwarna-warni yang boleh dipicit-picit ini? Pop-it ini merupakan permainan sensori yang sangat popular sehingga mencetuskan fenomena seperti mana fidget spinner dahulu.

Ianya berbentuk separa gelembung dan sangat trending di media sosial termasuklah Tik Tok.

Mengambil konsep seperti ‘bubble wrap’ yang boleh dipicit sekadar untuk menghilangkan bosan dan stres, permainan ini mendapat perhatian ramai dan bukan sahaja digunakan oleh kanak-kanak, tetapi juga orang dewasa tau!

Tahukah anda, ada pelbagai manfaat permainan sensori ini kepada kanak-kanak.

Jom ketahui lebih lanjut tentang kelebihan permainan pop-it yang viral ini dan bagaimana anda boleh menggunakannya untuk membantu anak-anak belajar mengenal huruf dan nombor.

kelebihan permainan pop-it

Kelebihan Permainan Pop-It Untuk Anak Anda

1. Membantu Kanak-kanak Lebih Fokus

Beberapa penyelidikan telah menunjukkan bahawa ketika anak-anak dapat mengawal atau mengarahkan pergerakan mereka, terutama ketika stres atau cemas, mereka juga dapat meningkatkan fokus dan konsentrasi.

Pergerakan dan input deria penting untuk belajar dan menjalankan tugas kerana melibatkan otak kanan dan kiri otak.

Di samping itu, kajian kes menunjukkan bahawa peningkatan prestasi dapat ditingkatkan dengan mainan sensori seperti permainan pop-it ini, terutamanya di kalangan pelajar ADHD.

permainan pop-it

2. Membantu Mengurangkan Stres

Dalam tempoh pandemik ini, mungkin ada kanak-kanak yang stres dan sukar untuk meluahkan perasaan mereka.

Penggunaan permainan sensori seperti pop-it ini dapat membantu kanak-kanak menjadi lebih tenang apabila mereka dapat melakukan sesuatu pergerakan berulang seperti memicit, menekan, dan sebagainya.

Permainan pop-it ini dapat membantu mengurangkan rasa keresahan dengan menjadi satu medium untuk menyalurkan tenaga mereka.

Sebagaimana orang dewasa suka memicit bubble wrap dan berasa puas, begitulah juga permainan ini membantu kanak-kanak menghilangkan stres!

3. Boleh Dijadikan Permainan Membantu Anak Mengeja / Mengenal Huruf

Dalam sebuah posting oleh Amira Zulaikha, beliau sendiri menggunakan permainan pop-it ini untuk membantu pembelajaran anak-anak dengan kreatif.

Salah satu cara yang diketengahkan oleh beliau adalah ‘Pop dan eja perkataan’!

Boleh menguji anak anda kefahaman dalam huruf & ejaan. Tanyakan soalan & suruh anak anda menekan huruf di pop-it tersebut, samada utk mengenal huruf atau mengeja ayat ringkas yang tiada huruf berulang.

Ia dapat melatih kanak-kanak lebih cepat mengenal huruf vokal, konsonan dan seterusnya mengeja ayat dengan betul. Pasti anak anda akan teruja dengan pembelajaran sebegini yang amat menghiburkan mereka.

permainan pop-it

4. Boleh Dijadikan Permainan Anak Mengira

Dalam matematik juga anda boleh menggunakan pop-it ini dengan membuat turutan nombor dengan marker/pen.

Tanyakan anak anda soalan ringkas Tambah @ Tolak & suruh mereka mengiranya.

Jika tambah suruh anak anda tekan gelembung pop-it tersebut mengikut soalan, dan kira jumlah gelembung yang telah ditekan.

Jika soalan tolak, timbulkan kembali (release) gelembung pop-it tersebut, dan kira jumlah gelembung popit yg masih tinggal/yang telah ditekan. Anda akan mendapati pembelajaran sebegini amat memudahkan kanak-kanak.

permainan pop-it

Yang paling penting ia menghiburkan kanak-kanak dan mereka juga akan lebih gembira serta teruja untuk belajar kan?

Baca juga: “Makin Kita Mewahkan Anak, Makin Mewahlah Rezeki Kita…”

Sumber rujukan:

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×